10:51 AM

ALANGKAH BESARNYA NIKMAT TUHAN PADAMU

ALLAH MAHA PENGASIH

Tak tersangka-sangka,walau diri ini dah berkali-kali mengulang dosa pada Allah al-Jabbar,namun,nikmatNYA sentiasa melimpah ruah pada hambaNYA yang sentiasa bergelumang dengan dosa.DemiMu ya Allah..alangkah pengampunya Dikau..
ada banyak peristiwa yg berlaku selama dua bulan ni..ntah la,akan dikongsi atau tidak dengan para pembaca..serasanya,apa yang bermanfaat akan dikongsi bersama..

Aku ingin mulakan dengan peristiwa terbaru yang berlaku dalam hidupku..semoga ia menjadi penguat semangatku,bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang untuk aku tidak berputus asa dari rahmatNYA.
hari khamis 25 Feb pada hampir jam dua pagi..
aku masih berjaga malam melayan mata yang tak mengantuk.Tiba-tiba,ada sms menjengah inbox telefon.Dari penyejuk mataku Syaikhuna al-Mubajjal Hafiz Muhammad al-Afghani.Beliau telah memberikan satu info yang sangat berharga (atas dasar kasih dan sayangnya) akan kehadiran dua ulama' besar dari benua kecil India.

1. Syaikhul Hadith Mufti Muhammad Taqi Uthmani hafizahullah
http://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Taqi_Usmani

2. Syaikhul Hadith Maulana Salim al-Qasimi al-Deobandi hafizahullah.(Gambar :Dua dari kiri)


Mereka berdua adalah antara baqaya ahli al-'ilmi yang masih lagi menjadi asbab keredaan kemarahan Allah swt terhadap umat ini yang penuh dengan maksiat dan dosa.Mereka berdua telah bermurah hati untuk mengurniakan ijazah sanad kitab-kitab hadith kepada para pelajar yang menziarahi mereka.
Tanpa membuang masa,aku telah menghubungi guru-guruku yang mulia untuk 'bertawassul' untuk menemui mereka hafizahumullah.Aku buangkan rasa bersalah kerana menghubungi mereka selewat jam 3 pagi.Aku katakan,ini adalah dharurat.Semoga mereka tak marah dan memaafkan aku.

Hampir berputus asa.

1.Mufti Shah Nawaz al-Qasimi tidak menjawab panggilan telefon.
2.Maulana Syihabuddin al-Nadwi juga tidak memberi respon.3.Maulana Syaqib al-Deobandi yang merupakan harapan terbesar selepas Allah swt.Beliau adalah cucu kepada Maulana Salim al-Qasimi.Namun,telefonnya juga sepi.
Azam dikukuhkan.Aku akan cuba selepas subuh.Bukan untuk sekeping ijazah.Kerana,apalah nilai ijazah sanad bagi kitab-kitab hadith tanpa pembacaan yang konsisten di hadapan para Masyaikh.Ia adalah demi bersua muka dengan ahluLLAH.Walaupun hanya untuk seketika.


Seusai solat subuh,Maulana syihabuddin al-Nadwi menghubungiku.Namun,berita sedih yang menyapa indera dengarku.Maulana Mufti Taqi Uthmani telah berangkat pulang selepas subuh.Tapi,harapan masih berbunga.Maulana Salim al-Qasimi masih ada di Kaherah.


Pagi itu juga,cucu kepada Syaikhul hadith al-Qasimi,Maulana syaqib telah menghubungiku.Temujanji dibuat.InsyaAllah aku akan diberi ruang untuk ziarah pada pagi Jumaat al-Mubarakah 26 Feb nanti..

Khamis 25 Feb,sebelum Isya'..

Limpahan Allah masih berterusan untuk aku.Dr Zakir Naik,hadir di bumi kaherah.Beliau sempat diculik untuk memberikan ceramah.Ia berkisar tentang konsep ketuhanan dalam agama-agama besar dunia.Seperti sebelumnya,ceramahnya tak pernah mengecewakan.Jazahullah khairan kathiran..

Jumaat 26 Feb,jam 8 pagi..

Aku menuju ke Conrad Hotel di kornesy el-Neil.5 minit perjalanan dengan taxi.Maulana Syaqib telah menunggu.Alhamdulillah,rahmat dan kurnian Ilahi pada hambaNYA yang penuh dengan kekurangan ini tak pernah luput.Aku telah berkesempatan untuk musafahah dengan ulama' rabbani yang merupakan antara pemegang sanad Sahih al-Bukhari yang paling tinggi di dunia pada hari ini.Maulana sudah uzur dan tua.Aku rasa bersalah tatkala mendengar nafasnya turun naik semasa berbicara denganku.Semoga Allah swt merahmatinya dan memanjangkan usianya untuk kebaikan dan manfaat umat ini.Aku tidak bersembang panjang.Tidak ingin mengganggu.Walaupun hati ini,ingin terus lama menatap wajahnya dan mendengar butir bicaranya.

Akhirnya,aku minta izin untuk beredar.Tanpa aku suarakan hasrat untuk meminta ijazah sanad darinya.Kerana,aku telah membacakan sebahagian daripada Sahih al-Bukhari sebelum ini di hadapan muridnya iaitu Syaikhuna Al-Mufti Shah Nawaz al-Qasimi al-Deobandi.Dan sebahagian yang lain dari Sahih al-Bukhari aku telah dengari dari Syaikhuna al-Mubajjal Dr. Muhammad Abul Laith KhairAbaadi..

Namun,sebelum berangkat pulang,Syaikhuna Maulana Shihabuddin al-Nadwi telah meminta izin dari Syaikh untuk aku bacakan sedikit dari Sahih al-Bukhari.Dan dengan altaf Allah swt,syaikh telah bersetuju.Dengan terketar-ketar aku telah bacakan hadith pertama dari al-Sahih,dan selepas itu,Syaikh telah berbesar hati menyampaikan ijazah sanadnya.Untuk Sahih al-Bukhari sahaja,Syaikh telah membacakan keenam-enam sanadnya untukku.Dan diteruskan dengan kitab-kitab hadith yang lain.WaliLLAH al-hamdu wa al-minnah awwalan wa aakhiran.

Semoga Allah merahmati Syaikh dan juga seluruh ulama' ummat ini.

p/s : cerita ni,adalah dalam bab at-tahadduth bini'matiLLAH.Ia tidak lebih dari itu.
Semoga ia menjadi ibrah untuk kita semua.

10:15 PM

AFWAN

Assalamualaikum..
Afwan kerana lama memencilkan diri..
Banyak sangat yg nak diceritakan..
tapi masa tak mengizinkan..
insyaAllah akan diceritakan satu2 nanti..

afwan
wassalam