5:37 PM

AL-HALL WA AL-MURTAHILL


MUHASABAH DIRI


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,Rabb dan Ilah bagi seluruh jagat raya ini.Itulah sebaik-baik lafaz syukur atas segala rahmat dan kurniaan Allah SWT.


Antara nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Dia Yang Maha Pemberi adalah untuk menjadi penghafal Kitabullah al-Karim.Petunjuk yang diturunkan olehNYA untuk kebaikan seluruh manusia.Sebaik-baik Kalam Allah,sebaik-baik Kitab,yang diturunkan oleh Jibril al-Amin,untuk sebaik-baik Rasul,Muhammad Ibn Abdillah untuk sebaik-baik ummah pada sebaik-baik malam dalam sebaik-baik bulan di sebaik-baik tempat iaitu Lembah Bakkah.


Namun,Al-Quran yang telah dihafal,adakah telah aku pelihara sebaik-baiknya dan aku amalkan sebaik-baiknya dan aku telah sampaikan sebaik-baiknya?


I'AADAH,MURAJA'AH,ULANGAN,PELANCAR...


Namakan ia apa sahaja.Yang penting,sejauh mana kita telah baca Al-Quran Al-Majid.Dan bagi seorang hafiz,berapa banyakkah juzuk yang semakin kukuh dalam ingatan.Sama-samalah kita koreksi diri.


Jauhnya kita dengan ahli al-Quran yang sebenar.Mereka apabila berbicara tentang al-Quran sahaja,telah teresak-esak menitiskan airmata.Kerana merasakan mereka telah mengabaikan al-Quran.Takut jika al-Quran akan menjadi pendakwa raya ke atas kita di padang Mahsyar.Juga takutkan Al-Quran akan melaknat kita.Dan takutkan juga bahawa Al-Quran akan jadi sebab kehancuran kita.Sebagaimana sepotong hadith dalam Sahih Muslim bahawa Allah akan mengangkat darjat sesuatu kaum melalui perantaraan Al-Quran dan akan merendahkan darjat sesuatu kaum juga dengan perantaraan Al-Quran.


10 AYAT DAN TADABBUR


Sekurang-kurangnya,setiap hari,biarlah kita membaca 10 ayat secara tadabbur.Melihat tafsiran para ulama'.Meneliti setiap bait-bait nazam al-Quran.Melihat ibrah dan izhah yang tersimpan di dalamnya.Semuanya adalah untuk diamalkan.Agar ia menjadi jambatan ke alam sana..




IMTIHAN DAN AL-QURAN


Buat para ikhwah di Shoubra,Bumi Barakah,semoga fatrah imtihan ini,akan menjadi pemangkin semangat kita untuk berterusan berdampingan dengan Al-Quran.Berdamping dari segala sudut dan segi.Maat taufiq wan najah untuk imtihan ini.




Salam juang.
Salam mujahadah.
Salam ukhuwwah.

0 comments:

Post a Comment