2:37 PM


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji hanya untuk Allah SWT dan selawat dan salam untuk Rasulullah SAW,ahli bait dan para sahabat r.anhum,dan ummat yang mengikuti mereka dengan ihsan sehingga hari kiamat.

Segala puji dan lafaz syukur atas nikmat Iman dan Islam yang telah diberikan oleh Allah SWT.Hanya dengan kasih sayang,rahmat dan belas kasihan Ilahi sahajalah,manusia akan terselamat dari siksaan Jahannam dan dibenarkan untuk memasuki Jannah.


SERANGAN TERHADAP ISLAM


Teringat hadith-hadith dari Kitab al-Iman dalam Sahih al-Bukhari.

Rasulullah SAW telah memberi kenyataan dan isyarat yang jelas pada kita sebagai umat Baginda SAW,bahawa tidak akan sempurna iman kita sehinggalah kita mencintai Rasulullah SAW melebihi segala sesuatu hatta diri dan keluarga kita sendiri.

Ia sebagaimana hadith ke-14 di bawah tajuk 'Mencintai Rasulullah SAW adalah sebahagian daripada Iman'

Begitu juga hadith ke-41 dari kitab Jami' al-'Ulum wa al-Hikam.Diriwayatkan dari hadith Sahabi 'Abdillah ibn 'Amr ibn al-'Ash r.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawasanya tidak sempurna iman seseorang dari kalangan kamu sehinggalah hawa nafsunya menuruti syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Imam Nawawi r.'alaih telah menghukum hadith ini sebagai Hasan Sahih.Namun al-Hafizh Ibn Rejab membantah hukuman ini dari sudut metodologi isnad (dhaif min haithu al-sina'ah al-isnadiyyah).Namun begitu,makna hadith tersebut disokong oleh ayat-ayat al-Quran yang pelbagai dan hadith-hadith sahih yang banyak serta athar dari para sahabat,tabi'in dan para ulama' Islam yang lain.

Kenapa hadith ini yang cuba saya ketengahkan dan ingin dikaitkan dengan serangan terhadap Islam?

Senario yang berlaku pada hari ini diseluruh dunia,adalah jawapan yang terbaik.Fenomena yang berlaku di tanah air Malaysia dan Bumi Kinanah tercinta sudah cukup sebagai contoh mudah dan paling dekat.

Betapa ramai yang mendakwa mencintai Allah dan RasulNya,tetapi mereka mendahulukan akal dan hawa nafsunya ke atas syariat Allah dan Rasulullah.Usah dicerita tentang syirik dan kufur dalam siasah Malaysia yang mengagungkan hukum wadh'ie ciptaan penjajah!Syi'ah yang makin bermaharaja lela di Malaysia,dalam kerja keras mereka untuk MEMURTADKAN ahli sunnah!Hedonisma atas nama Islam dan pelbagai rencam kehidupan atas nama Islam.Islamic Fashion?haddith wa la haraj!!

Di Bumi Kinanah tercinta,kami (ikhwah salafiah) dikejutkan lagi dengan berita penutupan Qanah al-Rahmah,Qanah al-Nas dan Qanah al-Hafiz sekali gus!Ini adalah siaran televisyen yang seratus peratus Islamik.Para Masyaikh adalah ulama' terbilang samaada dari al-Azhar ataupun dari Ansar al-Sunnah.Saluran yang telah merubah hati-hati dan jiwa ramai insan untuk kembali kepada Allah dan Islam.Namun kini telah ditutup oleh pemerintah kerana tunduk pada Yahudi.

Luka ini masih baru benar.Pada Mei lalu,Qanah al-Rahmah telah ditutup angkara Yahudi Zionis.Cerita yang tak asing bagi kami yang mengikuti perkembangan para guru kami yang tercinta.Bagaiman golongan yahudi berusaha untuk menutup saluran tersebut dan kerajaan Mesir hanya tunduk mengiyakan permintaad durjana itu.Di sini penerangannya.Belum sempat ia kering,luka itu ditoreh kembali!





Ia sememangnya serangan pada agama!Ia menghalang manusia dari agama!
Ia menghalang manusia yang ingin kembali pada Islam yang tulen atas manhaj al-Quran dan al-Sunnah atas kefahaman Salaf al-Soleh.

Itulah para guru kami!
Para Masyaikh yang tak takutkan manusia demi Allah.
Masyaikh yang dah berkali-kali meringkuk dalam penjara kerana melaungkan kalimah al-Haq!


ISLAM KEMBALI DAGANG


Usah gentar para ikhwah.Bersamamu adalah Allah.
Kukuhlah atas manhaj ini.Islam yang tulen dan bersih.tanpa bid'ah penambahan yang merosakkan wajah agama.Islam yang indah.Islam yang bukan hanya memberi penekanan pada sudut tertentu dan mengabaikan sudut tertentu.

Islam yang ingin kita juangkan adalah Islam yang syumul.
Pada siasah,ekonomi,pendidikan,hubungan luar,ibadat dan segala-galanya.
Islam yang berbicara tentang ihsan dan penyucian jiwa,tapi pada masa yang sama Islam yang meniupkan semangat jihad di Iraq,Palestin dan negara yang lain.
Islam yang berbicara tentang syirik memuja kuburan,mengagungkan wali melebihi had,tapi pada masa yang sama islam yang mengajak pada Tauhid Hakimiah.

Usah dijual agamamu pada nafsu mu.
Usah dijual agamamu pada pada sesiapa sahaja.
Thabatlah atas Islam Mahdh bak kata al-Imam al-Zahabi!

النور كيف ظهوره # إن لم يكن دمنا الوقود

القدس كيف نعيده # إن لم نكن نحن الجنود

0 comments:

Post a Comment