6:45 PM

RAMADHAN


Assalamualaikum

Salam Ukhuwwah,
Salam Mujahadah..

Afwan kerana agak lama menyepi.Kesibukan dengan urusan harian (makan dan tidur) menyebabkan saya tak berkesempatan untuk menulis.

Musim panas di Perlembahan Nil ini,terlalu banyak aktiviti yang nak dilakukan.Tidak menang tangan.Benarlah kata-kata para hukama' bahawasanya tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada.

Namun,apa yang tidak mampu kita lakukan semuanya,maka tidak wajar untuk kita tinggalkan semuanya.Yang penting ialah kita tunaikan dan laksanakan apa yang terdaya dan termampu secara bersungguh-sungguh.Bukanlah sebaik-baik amalan itu adalah yang dihiasi dengan itqan dan istiqamah?


RAMADHAN BERTAMU LAGI


Kali ini,Ramadhan yang ke-26 akan hadir dalam hidup saya insyaAllah.Ramadhan yang sama tetapi natijah yang berbeza-beza.Ia bergantung pada sejauh mana kita mengambil manfaat dari Ramadhan dan sejauh mana kita memanfaatkan Ramadhan.Sinergi dengan Ramadhan bak kata orang yang meminati buku 7 habits!

Nasihat saya untuk diri saya kali ini ialah agar kita sama2 manfaatkan masa yang ada untuk melakukan sebaik-baik ibadah.Menjadikan Rasulullah s.a.w,para Sahabat r.anhum dan generasi awal salaf al-soleh sebagai qudwah dan teladan.Semoga kita ditempatkan bersama-sama mereka di Firdaus sana.

Sepanjang Ramadhan ini juga,saya mengajak para teman untuk berpada dengan syariat Islam yang mulia.Yang dibina atas dasar yang kukuh dan jelas iaitu al-Quran al-Karim dan al-Sunnah al-Mutahharah berdasarkan kefahaman salaful ummah yang mulia.Jauhkanlah diri dari segala bid'ah dan rekaan dalam agama.Juga jauhkan diri dari menyebarkan riwayat-riwayat wahiah dan palsu tentang Ramadhan dan amalan pada bulan Ramadhan.Cukuplah bagi kita riwayat-riwayat yang sahih dan hasan yang telah dijadikan pegangan para ulamak kita.


DOAKAN SAUDARAMU


Jangan lupa doakan juga saudaramu di seluruh dunia agar dipandu Allah ke jalan yang benar.
Demi Allah,aku semakin takut dengan syiah yang semakin mendapat tempat di hati muda mudi di Malaysia.

Dalam keghairahan menyerang salafiah,Syiah semakin bersorak gembira.Apa tidaknya,jika ada yang menempelak syiah,maka hujjahnya dipatakah dengan satu patah kata sahaja. " Itu wahabi!!"

Panjang lagi yang ingin di tulis.
Hingga ketemu di lembaran yang lain.