6:14 AM

MENCARI KEBENARAN



Assalamualaikum,

Ikhwah dan akhawat sekalian,
Salam ukhuwwah,salam mujahadah.

Dr Faisal Tehrani Salam, Terima kasih mempromosi karya dan nama saya. Terlalu banyak yang tidak benar telah sdr palitkan pada nama saya.

Itulah komen Dr Faisal Tehrani terhadap artikel saya semalam.

Dan ini pula jawapan balas saya :

nasaie dr faisal : terima kasih kerana sudi bertandang.hanya tuan yg mampu bersihkan nama tuan.sila bersihkan dalam blog tuan.moga dapat kita amik manfaat


MENGELAK FITNAH


Saya berpegang dengan saranan al-Quran dalam surah al-Hujurat agar disemak balik setiap perkhabaran dan berita yang diterima agar kita tidak menuduh seseorang secara jahil dan membuta tuli.

Sebab itulah saya tidak melayan cerita-cerita yang saya dengar dari kawan-kawan.Sehinggalah saya membaca sendiri blog Dr Faisal.Saya hanya pernah komen sekali di blog beliau tentang artikel bas khusus untuk wanita di Iran.Jawapan balik beliau itulah yang saya anggap seolah-olah cabaran pembuktian terhadap kenyataan dan dakwaan saya.Sila lihat di sini di bahagian komen.

Secara peribadi,saya tidak mahu mengulas di blog beliau kerana beliau menapis komen yang dihantar.Dan komen saya terhadap artikel Kuasa tidak disiarkan (jika komen tersebut sampai).


MASIH BERTEGAS


Saya tidak akan sesekali menarik tulisan saya dan jauh sekali dari meminta maaf selagi saudara Faisal tidak mempertahankan diri beliau secara ilmiah.Jika beliau mempertahankan dirinya secara ilmiah,maka saya tidak teragak-agak untuk meminta maaf.Ini kerana,kita semua mencari kebenaran dan bukannya menjaga keegoan diri.

Samaada Dr Faisal tidak ada pengetahuan dalam selok belok riwayat hadith langsung ataupun beliau ada pengetahuan.

Jika :

(1) Beliau tidak ada pengetahuan dalam bab ini,maka beliau adalah jahil.Dan agama tidak boleh diambil dari orang jahil!Kata Abdullah Ibn Mubarak bahawa isnad adalah dari agama.Kalaulah tiada isnad nescaya sesiapa sahaja akan bercakap sesukata hati!Muhammad Ibn Sirin telah menyatakan bahawa ilmu adalah agama.Maka hendaklah kamu melihat daripada siapa kamu mengambilnya.

(2) Jika beliau berpengetahuan,maka terbuktilah pendustaan dan penipuannya!

Banyak lagi artikel yang saya sifatkan sebagai racun syi'ah.
Antara contohnya ialah beliau mengatakan bahawa sahabat r.anhum telah murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW kecuali beberapa orang sahaja.Dan beliau mengatakan sumber sejarah kemurtadan sahabat r.anhum ada dalam sumber sunni sendiri.Sila lihat di sini.

Inilah manhaj syi'ah yang pincang zaman berzaman.
Mengambil sesuatu berita tanpa usul ilmu yang jelas.

Hadith yang dikemukan beliau memang ada dalam sumber ahli sunnah.TAPI,jangan lupa yang ulama' hadith yang meriwayatkan hadith-hadith tentang kemurtadan itu,ulama' itu jugalah yang telah memasukkan fadhilat para sahabat r.anhum dalam kitab-kitab hadith mereka.Kenapa tidak dibawa syarah hadith-hadith tersebut dari kitab-kitab syarah hadith yang mu'tabar di sisi ahli sunnah?

Syubhat-syubhat rapuh itu telah dijawab oleh ulama' sunnah kurun berkurun.
Antara kitab yang baik dalam isu menjawab tuduhan para musuh Islam terhadap para sahabat r.anhum ialah ' al-Sunnah al-Nabawiyyah Fi Kitabat 'Adaa' al-Islam ' oleh Dr 'Imad al-Syarbini salah seorang ulama' hadith di al-Azhar al-Syarif.Beliau telah menjawab segala tohmahan tersebut dalam bab khusus berkaitan syi'ah yang mengkafirkan sahabat r.anhum.


SAHABAT R.ANHUM KAFIR ADALAH AKIDAH SYI'AH IMAMIAH (RAFIDHAH)


Rasa malas nak tulis banyak-banyak sumber syi'ah yang mengkafirkan para sahabat r.anhum.

Lebih kurang tiga tahun yang lepas,seorang sahabat saya telah melawat Iran.Di sana beliau telah dibawa oleh seorang pelajar malaysia untuk berjumpa dengan seorang maraji' syiah.Sebuah buku telah dihadiahkan kepada beliau.

' al-Syi'ah Hum Ahl al-Sunnah! '

Itulah tajuk buku tersebut.Di tulis oleh Dr Muhammad al-Tijani al-Samawi berkelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Sorboune,Perancis.

Kitab berbahasa arab setebal 327 muka surat itu penuh dengan cacian terhadap para sahabat r.anhum.Penuh dengan takfir sahabat dan dakwaan mereka murtad dan menzalimi ahli bait!


NASIHAT BUAT TEMAN


Semoga kita berhati-hati dalam urusan agama kita.Musuh ada di mana-mana.

Buat saudara Dr Faisal,sila bersihkan nama anda dalam blog peribadi anda.
Sebagaimana saya nyatakan sebelum ini,saya tidak bermasalah jika saudara ingin jadi syi'ah ataupun tidak.

Cuma,saya berharap agar saudara menyatakan pendirian saudara.

Samaada :

(1) Saudara bukan syi'ah.Maka saudara mestilah iklankan bahawa saudara berlepas diri daripada kesesatan syi'ah dan ulama'nya yang terang-terang melakukan kufur dan syirik dalam
akidah mereka.Dan saudara mesti membuang riwayat-riwayat yang menyokong syi'ah dan berunsur mencerca sahabat dari blog tuan.Jika ingin dibawa riwayat dari kitab ahli sunnah,maka bawalah secara lengkap dari sudut status dan syarahan para ulama' ahli sunnah.

(2) Saudara adalah syi'ah.Maka mudahlah kami mentahzir ummat dari saudara dan semoga peminat saudara tidak tertipu dan berhati-hati dengan riwayat yang saudara kemukakan terutamanya dari sumber ahli sunnah.

Buat teman seperjuangan,

Maafkan saya kerana tak dapat nak terjemah semua kenyataan berbahasa arab ataupun video berbahasa arab yang saya sertakan.Masa tidak mengizinkan.Sekurang-kurangnya saya telah nyatakan rujukan secara umum.Jika saya dituduh tidak amanah dalam tulisan saya,maka saya berharap Dr Faisal dan teman-temannya dapat buktikan.

Allah yahdiina ila sawa' al-sabil.

Ya Allah,semoga dengan usaha aku yang tidak seberapa ini,Kau selamatkan wajahku dari sambaran Jahannam kerana cintaku pada RasulMu,ahli bait dan sahabat baginda r.anhum.









4:29 PM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد الأمين, وأزواجه الطاهرات أمهات المؤمنين,وآله الطيبين الطاهرين,وأصحابه حملة القرءان والسنن حماة الدين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
.


FAISAL TEHRANI.SIAPA BELIAU?



Rasanya tak perlu nak diperkenalkan lagi siapa beliau.Seorang sasterawan dan karyawan yang mendapat tempat di hati para peminat sastera dan novel-novel melayu yang berkualiti.Baru sahaja mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam beberapa bulan ini.Lulusan Kolej Islam Klang dan juga Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.Secara umumnya,boleh dipanggil USTAZ kerana berlatarbelakang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.


FAISAL TEHRANI DAN SYIAH


Beberapa tahun yang lepas,mula heboh tentang 'syi'ahnya' Faisal Tehrani.
Bekas Mufti Perlis iaitu Dr MAZA pernah memperingatkan masyarakat Malaysia akan bahaya racun syi'ah Faisal Tehrani.Saya juga punyai teman2 rakan penulis yang pernah mengikuti bengkel penulisan beliau dan mereka juga mengiyakan kecenderungan Faisal ke arah Syi'ah.Seorang teman yang berada di Saudi juga pernah menyatakan bahawa Faisal menziarahi ulama' syi'ah rafidhah semasa bertandang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.

Namun,pada saya cerita-cerita ini yang saya dengari,BUKANLAH HUJJAH KUKUH untuk menisbahkan beliau kepada aliran syi'ah.

Takdir Allah,saya terjumpa blog beliau.
Saya tiada masalah jika beliau memuji Iran itu dan ini.Kerana manhaj ahli sunnah,ialah kita mengambil kebaikan-kebaikan yang ada dari segenap golongan walaupun ia datang dari golongan non-muslim.

Namun,apabila beliau menafikan kewujudan beberapa akidah syi'ah yang keji dan jijik dan juga beberapa ibadah yang masyhur dikalangan syi'ah dalam sumber-sumber muktabar syi'ah,maka telah terzahirlah siapa beliau.Soalan balik daripada beliau yang seolah-olah mencabar saya untuk buktikan dari kitab syi'ah yang mana saya petik nukilan-nukilan tersebut,telah menunjukkan wajah sebenar beliau.

Samaada :

(1) Beliau bukan syi'ah sehingga tidak mengambil endah langsung tentang maraji' syi'ah.Namun ini agak mustahil kerana dalam satu artikelnya berkaitan lailatu qadr,beliau secara jelas lebih cenderung ke arah pendapat mazhab ahli bait.Ini menunjukkan beliau membaca sumber-sumber syi'ah!

(2) Beliau syi'ah tapi tak mampu untuk menelaah kitab-kitab syi'ah yang berbahasa arab dan parsi.Ini juga agak pelik,sebab dia lulusan agama dan latar belakang pengajiannya ialah Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.Dan sebagaimana yang saya difahamkan,beliau juga belajar bahasa Parsi.

(3) Beliau syi'ah tetapi bertaqiyyah!Berdusta atas nama agama!

Pendapat yang ketiga inilah yang paling benar berdasarkan ijtihad,pengamatan dan penilaian saya.

Taqiyyah adalah agama syi'ah.Kenapa saya berkata demikian?

Kerana PENDUSTAAN beliau dalam menisbahkan riwayat hadith kepada kitab-kitab ahli sunnah!Saya tidak rasa marah jika beliau mempersembahkan riwayat-riwayat syi'ah dan dinisbahkan kepada kitab-kitab mazhab syi'ah.Namun saya akan berasa terbakar kerana cintakan Rasulullah dan hadith-hadith Baginda,cintakan ahli bait dan para sahabat r.anhum apabila riwayat yang menyokong doktrin syiah dinisbahkan kepada kitab ahli hadith secara DUSTA dan PALSU.

Klik sini dan sini.

Bagi kami pelajar hadith,kami tahu akan adanya hadith-hadith berkaitan al-Mahdi.Benar,para ulama' hadith telah menyatakan bahawa idea dan konsep al-Mahdi adalah mutawatir ma'nawi dalam Islam.Tetapi,al-Mahdi di sisi ahli sunnah jauh bezanya dari al-Mahdi dalam kitab-kitab syi'ah.

Namun ingin ditegaskan bahawa,ahli hadith memberi panduan tentang menanggapi hadith al-Mahdi.

(1) Hadith al-Mahdi adalah mutawatir tetapi ada juga hadith al-Mahdi yang tersangat dhaif dan banyak pula yang maudhu' dan palsu!

(2) Oleh yang demikian kita hanya beriman dengan riwayat yang sahih dalam bab ini dan kita menolak riwayat yang tersangat dhaif dan palsu!

Ada banyak kitab yang telah ditulis para ulama' tentang isu ini.Antara yang terbaik ialah kitab Dr Abdul Halim Abdul 'Azhim yang bertajuk " al-Ahaadith al-Waaridah Fi al-Mahdi al-Muntazhar Fi Mizan al-Jarh Wa al-Ta'dil ".Beliau juga ada membuat ensiklopedia hadith dhaif dan palsu berkaitan al-Mahdi.


PENDUSTAAN FAISAL TENTANG SAHABAT DAN AHLI BAIT


Dalam dua artikelnya yang terakhir,beliau telah membawa riwayat kononnya ahli bait Baginda akan dikhianati dan disingkirkan.Dan riwayat itu telah dinisbahkan secara DUSTA kepada Abu Daud dan al-Tirmizi.Dan salah satu riwayat Ibn Majah yang disebut oleh beliau ada dalam kitab tersebut.Tetapi beliau tidak amanah dalam mengemukakan hadith.Penerangan tentang hadith itu tidak dinyatakan samada sahih,dhaif atau maudhu'.Dan beliau telah membawakan hadith tersebut sebagai hujjah.Sedangkan hadith Ibn Majah itu telah diingkari para ulama' hadith.Di sini penjelasannya.

Benar dalam kitab-kitab hadith utama di atas ada riwayat tentang al-Mahdi.Namun ia tidak sama seperti apa yang dinyatakan oleh Faisal-Qabbahahullah!-

Sila para pembaca rujuk sendiri riwayat-riwayat dalam kitab tersebut dalam bab al-Mahdi.

Inilah pendustaan syi'ah turun temurun terhadap hadith Rasulullah SAW.
Sebagaimana kata para ulama' Islam turun temurun bahawa rafidhah adalah sedusta-dusta makhluk Allah.Lihat kata-kata Ibn Qayyim dalam al-Manar al-Munif dan kata-kata al-Zahabi ketika bercerita tentang perawi-perawi syi'ah yang memalsukan hadith dalam kitab Mizan al-'Itidal dan juga kata-kata al-Hafiz Ibn Hajar dalam Lisan al-Mizan!

Kenapa riwayat dusta itu yang diketengahkan?
Untuk menzahirkan kezaliman sahabat ke atas ahli bait r.anhum!
haasya wa kalla wa alf kalla!!!

Di sini penerangan sebenar tentang hubungan ahli bait dan sahabat r.anhum.




Jika anda ingin jadi syi'ah keseorangan,kami katakan itu pilihan kamu.

Tapi jika mazhab yang sesat dan batil itu ingin disebarkan di kalangan orang awam yg jahil tentang usul agama,yang zero bahasa arabnya,maka kami akan bangun menentang!

Kami akan tahzir ummat dari mendekati kamu wahai Faisal!!


NASIHAT BUAT TEMAN-TEMAN



Bangkitlah demi agamamu!
Sebarkan artikel ini.
Dan jauhkanlah masyarakat awam Malaysia dari fitnah syiah Faisal Tehrani.Sesungguhnya dia BERDUSTA atas nama agama.

هدانا الله إلى سواء السبيل



2:37 PM


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji hanya untuk Allah SWT dan selawat dan salam untuk Rasulullah SAW,ahli bait dan para sahabat r.anhum,dan ummat yang mengikuti mereka dengan ihsan sehingga hari kiamat.

Segala puji dan lafaz syukur atas nikmat Iman dan Islam yang telah diberikan oleh Allah SWT.Hanya dengan kasih sayang,rahmat dan belas kasihan Ilahi sahajalah,manusia akan terselamat dari siksaan Jahannam dan dibenarkan untuk memasuki Jannah.


SERANGAN TERHADAP ISLAM


Teringat hadith-hadith dari Kitab al-Iman dalam Sahih al-Bukhari.

Rasulullah SAW telah memberi kenyataan dan isyarat yang jelas pada kita sebagai umat Baginda SAW,bahawa tidak akan sempurna iman kita sehinggalah kita mencintai Rasulullah SAW melebihi segala sesuatu hatta diri dan keluarga kita sendiri.

Ia sebagaimana hadith ke-14 di bawah tajuk 'Mencintai Rasulullah SAW adalah sebahagian daripada Iman'

Begitu juga hadith ke-41 dari kitab Jami' al-'Ulum wa al-Hikam.Diriwayatkan dari hadith Sahabi 'Abdillah ibn 'Amr ibn al-'Ash r.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawasanya tidak sempurna iman seseorang dari kalangan kamu sehinggalah hawa nafsunya menuruti syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Imam Nawawi r.'alaih telah menghukum hadith ini sebagai Hasan Sahih.Namun al-Hafizh Ibn Rejab membantah hukuman ini dari sudut metodologi isnad (dhaif min haithu al-sina'ah al-isnadiyyah).Namun begitu,makna hadith tersebut disokong oleh ayat-ayat al-Quran yang pelbagai dan hadith-hadith sahih yang banyak serta athar dari para sahabat,tabi'in dan para ulama' Islam yang lain.

Kenapa hadith ini yang cuba saya ketengahkan dan ingin dikaitkan dengan serangan terhadap Islam?

Senario yang berlaku pada hari ini diseluruh dunia,adalah jawapan yang terbaik.Fenomena yang berlaku di tanah air Malaysia dan Bumi Kinanah tercinta sudah cukup sebagai contoh mudah dan paling dekat.

Betapa ramai yang mendakwa mencintai Allah dan RasulNya,tetapi mereka mendahulukan akal dan hawa nafsunya ke atas syariat Allah dan Rasulullah.Usah dicerita tentang syirik dan kufur dalam siasah Malaysia yang mengagungkan hukum wadh'ie ciptaan penjajah!Syi'ah yang makin bermaharaja lela di Malaysia,dalam kerja keras mereka untuk MEMURTADKAN ahli sunnah!Hedonisma atas nama Islam dan pelbagai rencam kehidupan atas nama Islam.Islamic Fashion?haddith wa la haraj!!

Di Bumi Kinanah tercinta,kami (ikhwah salafiah) dikejutkan lagi dengan berita penutupan Qanah al-Rahmah,Qanah al-Nas dan Qanah al-Hafiz sekali gus!Ini adalah siaran televisyen yang seratus peratus Islamik.Para Masyaikh adalah ulama' terbilang samaada dari al-Azhar ataupun dari Ansar al-Sunnah.Saluran yang telah merubah hati-hati dan jiwa ramai insan untuk kembali kepada Allah dan Islam.Namun kini telah ditutup oleh pemerintah kerana tunduk pada Yahudi.

Luka ini masih baru benar.Pada Mei lalu,Qanah al-Rahmah telah ditutup angkara Yahudi Zionis.Cerita yang tak asing bagi kami yang mengikuti perkembangan para guru kami yang tercinta.Bagaiman golongan yahudi berusaha untuk menutup saluran tersebut dan kerajaan Mesir hanya tunduk mengiyakan permintaad durjana itu.Di sini penerangannya.Belum sempat ia kering,luka itu ditoreh kembali!





Ia sememangnya serangan pada agama!Ia menghalang manusia dari agama!
Ia menghalang manusia yang ingin kembali pada Islam yang tulen atas manhaj al-Quran dan al-Sunnah atas kefahaman Salaf al-Soleh.

Itulah para guru kami!
Para Masyaikh yang tak takutkan manusia demi Allah.
Masyaikh yang dah berkali-kali meringkuk dalam penjara kerana melaungkan kalimah al-Haq!


ISLAM KEMBALI DAGANG


Usah gentar para ikhwah.Bersamamu adalah Allah.
Kukuhlah atas manhaj ini.Islam yang tulen dan bersih.tanpa bid'ah penambahan yang merosakkan wajah agama.Islam yang indah.Islam yang bukan hanya memberi penekanan pada sudut tertentu dan mengabaikan sudut tertentu.

Islam yang ingin kita juangkan adalah Islam yang syumul.
Pada siasah,ekonomi,pendidikan,hubungan luar,ibadat dan segala-galanya.
Islam yang berbicara tentang ihsan dan penyucian jiwa,tapi pada masa yang sama Islam yang meniupkan semangat jihad di Iraq,Palestin dan negara yang lain.
Islam yang berbicara tentang syirik memuja kuburan,mengagungkan wali melebihi had,tapi pada masa yang sama islam yang mengajak pada Tauhid Hakimiah.

Usah dijual agamamu pada nafsu mu.
Usah dijual agamamu pada pada sesiapa sahaja.
Thabatlah atas Islam Mahdh bak kata al-Imam al-Zahabi!

النور كيف ظهوره # إن لم يكن دمنا الوقود

القدس كيف نعيده # إن لم نكن نحن الجنود