6:09 AM

ISLAM BUKAN PENYELESAIAN?


JANJI ALLAH

Dalam tempoh lapan hari sahaja lagi,insyaAllah,umat Islam seluruh dunia akan menempuh tahun baru 1432H.Lebih kurang 14 kurun,Rasulullah SAW telah meninggalkan umat Islam demi menyahut panggilan Ilahi.Selepas tiga bulan berkhutbah di padang 'Arafah di hadapan hampir seratus ribu lebih para sahabat r.anhum,Baginda Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan umat ini buat selama-lamanya.

Pada petang 'Arafah yang bertepatan dengan hari Jumaat itulah juga Allah SWT telah menurunkan ayat penyempurnaan agama iaitu ayat 3 surah al-Maidah.

Agama ini telah diiktiraf sempurna oleh Allah SWT.Yang penting,agama ini telah sempurna dari segala sudut dan segi.Itulah iktikad dan keimanan setiap individu Muslim walaupun di sana para ulama' tafsir berbeza pendapat tentang maksud ikmal al-deen (penyempurnaan agama) dalam ayat tersebut.Yang pasti,semua maksud itu tidak saling bertentangan bahkan ia saling melengkapi antara satu sama lain.

Firman Allah SWT dalam ayat ke-3 surah al-Maidah :

اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا

Pada hari ini aku telah sempurnakan buat kamu agama kamu,aku telah cukupkan ke atas kamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam sebagai agama kamu.


Thariq Ibn Syihab telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki yahudi telah berkata kepada Umar r.anhu," Jikalah kami-seluruh orang yahudi-mengetahui hari penurunan ayat ini (iaitu ayat 3 surah al-Maidah) nescaya kami akan jadikan hari tersebut sebagai hari raya." Maka Umar r.anhu telah berkata," Sesungguhnya aku mengetahui hari,masa dan di mana Rasulullah SAW berada ketika mana ayat ini diturunkan.Ayat ini telah diturunkan pada malam Jumaat dan kami berada bersama-sama Rasulullah SAW di 'Arafah."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no 45,4407,4606 dan 7268),Imam Muslim (no 3017),Imam al-Tirmizi (no 3043),Imam al-Nasaie (no 3002) dan Imam Ahmad dalam al-Musnad.

Riwayat yang senada juga telah diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi bersumber dari hadith Abdullah Ibn Abbas r.anhuma (no 3044) bahawasanya ayat 3 surah al-Maidah ini telah diturunkan pada dua hari raya iaitu hari 'Arafah yang bertepatan dengan hari Jumaat.

Dan lelaki yahudi yang bertanya kepada Umar r.anhu adalah Ka'ab al-Ahbar yang telah memeluk Islam pada zaman pemerintahan Umar r.anhu.Detil perkara ini telah dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari semasa mensyarahkan hadith di atas.

{penomboran hadith adalah berdasarkan edisi Tahzib dan Taqrib Tafsir al-Tabari oleh Dr Salah Fath al-Khalidi,jil 3,ms 132,edisi Dar al-Qalam}

#Selingan.

Inilah pendapat majoriti para ulama' hadith dan tafsir berkaitan penurunan ayat ke-3 surah al-Maidah ini.Namun begitu,golongan Syiah Imamiah percaya bahawa ayat ini telah diturunkan di Ghadir Khum sekembalinya Rasulullah SAW dan para sahabat r.anhum dari menunaikan ibadah haji.Dan ayat penyempurnaan agama ini telah mereka tafsirkan dengan wahyu daripada Allah SWT tentang khilafah (kepimpinan Ali r.anhu) selepas wafatnya Rasulullah SAW! Dan saya masih menunggu,sumber riwayat tersebut dari kitab-kitab rujukan muktabar Syiah.Semoga penantian saya tidak sia-sia.


REALITI DUNIA ISLAM SELURUH DUNIA

Walaupun Islam telah diwariskan oleh Rasulullah SAW untuk umat ini secara sempurna,namun kita dapati sepanjang sejarah Islam,berlaku banyak peristiwa yang tidak boleh dipandang remeh dan enteng.

Umat Islam telah diuji dari pelbagai sudut dan aspek kehidupan samaada yang bersifat dunia ataupun akhirat.Semua peristiwa ini,seharusnya ditafsirkan tidak lebih dari batas ujian Allah SWT terhadap umat Islam untuk melihat sejauh mana taatnya mereka terhadap perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Saya rasa tidak perlu untuk saya senaraikan satu-satu ayat al-Quran dan al-Sunnah yang memerintahkan kita agar berpegang dengan tali Allah SWT dan RasulNya SAW dan agar kita menjadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagai hakil ketika mana kita berselisih dalam satu-satu perkara.Kebanyakan daripada kita mengetahui prinsipal ini sebagai seorang Muslim.

Pelbagai jenis ujian yang telah dicatatkan sejarah.Syaikh Uthman al-Khamis telah memaparkan dengan agak jelas peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku sejak wafatnya Rasulullah SAW sehinggalah peristiwa pembunuhan cucunda Baginda iaitu Husain r.anhu pada tahun 61 H.Ia diabadikan dalam kitab beliau yang bertajuk Hiqbah Min al-Tarikh.Semua peristiwa ini,menggambarkan ujian Allah SWT terhadap generasi sahabat dan selepas sahabat dalam meneruskan hidup di muka bumi ini sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

Sejurus wafatnya Rasulullah SAW,urusan pemerintahan telah menjadi satu topik utama dan ia juga telah dijadikan sebagai pintu Islam dan Kufur oleh sesetengah pihak.Ia berlarutan kepada pembunuhan Khalifah kedua Islam iaitu Umar r.anhu.diteruskan pula dengan syahidnya Khalifah ketiga iaitu Uthman Ibn Affan dan seterusnya Ali r.anhum.Ia tidak berakhir di sini.Peperangan Jamal dan Siffin juga telah menyaksikan gugurnya para sahabat r.anhum di dua belah pihak sedangkan mereka dulu dalam satu barisan saf solat dan perang di belakang Rasulullah SAW.

Pembunuhan Husain r.anhu di Karbala bukanlah episod akhir siri ujian ini.Pertelingkahan antara Bani Umayyah dan Abbasiyyah dan banyak lagi telah menyaksikan terlalu banyak darah yang tumpah.

Sejarah ini bukan untuk ditangisi semata-mata.Ia perlu dijadikan pengajaran dan diambil iktibar.

Kenapa ia berlaku?

Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai jawapan dan kita hanya mampu untuk menyatakan 'Maha Suci Allah SWT.Dia mentakdirkan dan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.Dan semestinya,setiap perbuatanNya ada hikmah yang tersendiri walaupun kita tidak mengetahuinya.'

Apa yang pasti,segala pertumpahan darah itu,di belakangnya adalah tangan musuh yang hina dan keji.Mereka bekerja siang dan malam untuk mencarik-carik kesatuan umat Islam.

SAMPAI BILA LUKA INI HARUS BERDARAH?

Saat keperitan umat Islam kerana ada musuh yang cemburu dan dengki dengan kesatuan umat Islam tidak terhenti pada zaman Khalifah-Khalifah Rasulullah SAW sahaja.Umar r.anhu ditikam dari belakang oleh Abu Lu' Lu' al-Majusi sang keparat yang dinobatkan sebagai perwira oleh Syiah.Kekecohan pada zaman pemerintahan Uthman r.anhu sehingga membawa kepada konspirasi pembunuhannya.Semuanya perancangan musuh yang bertopengkan Islam.Ali r.anhu yang dibunuh oleh Syiah yang belot sehingga mendapat gelaran baru iaitu Khawarij (kumpulan yang berpaling tadah dari Ali r.anhu).Pengkhianatan Syiah Kufah yang telah menyebabkan pembunuhan Husain dan ahli keluarganya r.anhum di Karbala.Semuanya adalah siri pengkhianatan musuh Islam yang berpakaian dan bernamakan individu Muslim.

Jatuhnya Khilafah Turki Uthmaniah pada 1924 di Istanbul hampir sekurun yang lalu juga hasil campur tangan musuh yang keji.

Aku tak ingin memanjangkan penulisan sejarah ini.Semuanya telah ditulis secara detil oleh ramai penulis.

KENAPA SEMUA INI?

Hari ini,Republik Mesir akan menghadapi pilihanraya.Ah,hampir semua orang tahu siapa yang akan menang.

Ikhwanul Muslimin masih utuh memikul bebanan fardhu kifayah walaupun harganya adalah seksaan dan kemungkinan besar kehilangan nyawa.

Urusan kalah menang itu milik Allah.Hanya doa yang mampu diutuskan agar dipelihara semua individu yang berjuang untuk Islam.

Perkara yang sangat menyedihkan ialah,sebelum pilihanraya berlaku,terlalu banyak artikel yang ditulis oleh individu Muslim yang mempertikaikan moto Ikhwanul Muslimin.Moto yang seakan-akan moto PAS iaitu Islam adalah penyelesaian!

Namun,para musuh yang beragama Islam ini,tanpa segan silu menulis dalam akhbar-akhbar harian bahawa Islam bukan penyelesaian.Islam ialah halangan untuk kemajuan,demokrasi dan perpaduan antara agama dan bangsa!

Ah,macam popular sahaja ulasan dan kenyataan ini di Malaysia!

Apapun yang berlaku,kenyataan ini adalah kufur dan syirik yang jelas.

Kufur dengan ayat penyempurnaan agama dalam ayat ke-3 surah al-Maidah dan menyekutukan Allah SWT dalam bab tauhid perundangan Islam.

Dan kenyataan kufur dan syirik ini adalah terhadap kenyataan dan pegangan sedemikian.Dan ia bukannya pengkafiran terhadap peribadi individu Muslim itu sendiri.InsyaAllah,jika berkesempatan di lain kali,akan dibahaskan apakah perbezaan antara dua perkara ini.


NASIHAT BUAT PARA TEMAN



Jadikanlah dirimu sebagai benteng agama Allah..
Rezekimu adalah dari Allah..
Hidup matimu telah ditentukan..
Matilah dalam keadaan yang mulia di sisiNYA..

Salam juang Salam Mujahadah..
Jangan lupakan doa kalian untuk Islam dan umat Islam di mana jua..


8:09 PM

HARI RAYA GHADIR KHUM?

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على الرحمة المهداة والنعمة المسداة المبعوث رحمة للعالمين
وعلى أزواجه الطيبات الطاهرات أمهات المؤمنين
وآل بيته قرة العينين
وأصحابه حماة الدين غر الميامين
ومن تبعهم إلى يوم لا ينفعهم أي مال وبنين

أما بعد

ILMU BARU

Sepanjang 26 tahun aku bernafas d
i bumi Allah SWT sebagai seorang Muslim,sehari dua ini sahajalah aku baru terdengar adanya hari raya ketiga dalam Islam.Dan mungkin ini bukan yang ketiga dan terakhir.Mungkin di sana ada hari raya yang lain yang tidak diketahui oleh sebilion lebih umat Islam di seantero alam.

Hari raya apa?

Hari raya Ghadir Khum!



Rupa-rupanya hari raya AGAMA SYIAH yang sentiasa berbeza dengan majoriti umat Islam yang lebih dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal Jama'ah.Tidak pelik jika saya katakan jika Syiah bukan satu aliran dalam Islam bahkan ia adalah agama yang berbeza dengan Islam.Berbeza pada 2 sumber utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.Bahkan,tokoh-tokoh mereka secara jelas mengiakan perbezaan ini.


(Ghadir Khum)

Pendokong ahli bait di Malaysia bertukar-tukar ucapan tahniah sesama mereka.Tokoh Syiah Malaysia yang tak malu mengaku Sunni,juga dalam blognya memuatkan satu artikel pendek tentang Ghadir.Apa gunna mengaku Sunni jika semua yang dibentangkan adalah akidah dan syariat Syiah?

Bilakah Hari Raya Ghadir Khum?

Setakat pencarian dalam internet,katanya 18 Zulhijjah.Entahlah.Sebab tak pernah ambil tahun pun sebelum ini.

Kenapa dan bila bermulanya Hari Raya Ghadir?

Apa signifikanya dalam hidup seorang Muslim?


HARI RAYA KAUM MUSLIMIN

Setahu aku,dalam Islam hanya ada dua Hari Raya iaitu Idul Fitri dan Idul Adha.Pada dua hari ini,seluruh umat Islam diharamkan berpuasa bahkan telah disyariatkan untuk makan dan minum beserta zikrullah.

Larangan ini telah diriwayatkan oleh ulama' hadith daripada beberapa orang sahabat r.anhum.Antaranya ialah hadith bersumber daripada Amirul Mu'minin Umar Ibn al-Khattab r.anhu.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Siyam (Puasa),Bab Larangan Berpuasa Pada Hari Fitr Dan Adha (no 1137).{Fath al-Mulhim Syarah Sahih Muslim,jil 5,ms 261,edisi Dar al-Qalam}.

عن أبي عبيد مولى ابن أزهر أنه قال : شهدت العيد مع عمر بن الخطاب فجاء فصلى ثم انصرف فخطب الناس فقال : إن هذين يومان نهى رسول الله عن صومهما-يوم فطركم من صيامكم والآخر يوم تأكلون فيه من نسككم

Daripada Abi Ubaid Maula Ibn Azhar katanya : Aku telah menghadiri hari raya bersama Umar Ibn al-Khattab.Baginda telah hadir dan menunaikan solat hari raya kemudian Baginda telah menyampaikan khutbah.Baginda berkata bahawasanya dua hari raya ini,Rasulullah SAW telah mengharamkan untuk berpuasa pada hari tersebut iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.


Jika inilah kenyataan Rasulullah SAW tentang hari raya umat Islam,maka dari mana pula datangnya Hari Raya Ghadir Khum?


HARI RAYA GHADIR KHUM

Kisah Ghadir Khum adalah satu kisah yang masyhur dan ia adalah hakikat sejarah yang tidak boleh untuk diingkari lagi.

Kisah ini telah diriwayatkan secara mutawatir oleh ulama' hadith Ahli Sunnah dalam kitab-kitab mereka.Ini menunjukkan bahawa ulama' Ahli Sunnah menyampaikan apa sahaja yang berlaku sepanjang hidup Rasulullah SAW.Namun harus diingat bahawa berita dan peristiwa tersebut diriwayatkan melalui metodologi yang sangat kukuh dan unik yang dikenali sebagai ulum hadith yang merangkumi Jarh Ta'dil(Status pembawa berita),'Ilal Hadith (kecacatan berita) dan lain-lain ilmu lagi yang telah diakui oleh ulama' Islam dan para musuh Islam sekalipun sejak zaman berzaman.

Kisah Ghadir Khum ini berlaku dalam tempoh tiga bulan sebelum kewafatan Rasulullah SAW sekembalinya Rasulullah SAW dan para sahabat r.anhum dari menunaikan ibadah haji.Semasa perjalanan pulang,Baginda Rasul SAW telah berhenti di satu sumber mata air (ghadir) yang bernama Khum.Jaraknya ialah lebih kurang 200 km lebih dari Kota Makkah.

Apa istimewanya kisah Ghadir Khum?

Hadith Ghadir Khum telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim.Ia bersumber dari hadith sahabat Zaid Ibn Arqam r.anhu.Ia telah diriwayatkan dalam Kitab Fadhail (Kelebihan) Para Sahabat dalam Bab Kelebihan Saidina 'Ali r.anhum ajma'in (no 2408).{Takmilah Fath al-Mulhim Syarah Sahih Muslim,jil 5,ms 59,edisi Dar al-Qalam}.


Zaid Ibn Arqam r.anhu telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah berkhutbah pada suatu hari di satu mata air (ghadir) yang bernama Khum yang terletak antara Makkah dan Madinah.Baginda Rasul SAW telah memuji Allah SWT,memberi peringatan dan nasihat dan kemudiannya Rasulullah SAW telah bersabda : " Wahai manusia,aku adalah manusia dan aku merasakan bahawa telah hampir waktu untuk datangnya utusan Tuhanku (malaikat maut untuk mencabut nyawa Baginda SAW).Aku tinggalkan pada kamu semua thaqalain (2 perkara yang besar).Yang pertama ialah Kitabullah.Di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya.Maka berpeganglah dengan Kitabullah." Selepas itu,Rasulullah SAW telah menyampaikan saranan secara tegas dan bersungguh-sungguh agar berpegang teguh dengan Kitabullah.Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda," Aku memperingat kalian terhadap ahli keluargaku.Aku memperingatkan kalian terhadap ahli keluargaku.Aku memperingatkan kalian terhadap ahli keluargaku."

Murid kepada Zaid Ibn Arqam r.anhu iaitu Hushain r.alaih telah bertanya tentang siapakah ahli bait Rasulullah SAW.Kata beliau, " Bukankah para isteri Rasulullah SAW adalah ahli bait Baginda?"

Maka Zaid Ibn Arqam telah menjawab, " Isteri Rasulullah SAW adalah ahli bait Baginda Rasulullah SAW.Dan yang dimaksudkan dengan ahli bait di sini ialah mereka-mereka yang diharamkan menerima sedekah iaitu ahli keluarga Ali,'Aqil,Ja'far dan Abbas r.anhum."{Hadith yang panjang ini telah diringkaskan dan terjemahan adalah berdasarkan makna,bukannya lafaz}.

Inilah hadith yang berkaitan dengan Ghadir Khum.Ia juga dikenali sebagai hadith thaqailain (Kitabullah dan Ahli Bait).

Dalam riwayat Imam Tirmizi (no 4046),Ahmad (no 19302) dan lain-lain,ada dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

من كنت مولاه فعلي مولاه
Barangsiapa yang aku adalah pemimpinnya,maka Ali adalah pemimpinya.


Dalam sesetengah riwayat ada diriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :

اللهم وال من والاه وعاد من عاداه
Ya Allah,jadilah pemimpin bagi sesiapa yang mengangkat Ali sebagai pemimpin dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.

{penomboran hadith adalah berdasarkan edisi Syaikh Syuaib al-Arnauth dan rujukan-rujukan lain boleh ditemui dalam nota kaki tahqiq Syaikh Syuaib}

Para ulama' hadith telah berselisih pendapat tentang dua versi riwayat di atas.Sebahagian kecil para ulama' hadith menghukum hadith tersebut sebagai hasan atau sahih (boleh diterima pakai).Dan majoriti para ulama' hadith yang pakar dalam kecacatan hadith menghukumnya sebagai dhaif dan tidak boleh dipakai dan dijadikan hujjah apatah lagi jika ia melibatkan persoalan akidah dan syariat.


JIKA DUA RIWAYAT DI ATAS SAHIH,MAKA?

Ulama' Ahli Sunnah tidak akan sesekali kerugian apa-apa jika dua riwayat di atas dinilai sahih sekalipun.Ini kerana,Saidina Ali r.anhu memang diakui akan ketinggian kedudukan baginda dalam Islam sebagaimana para sahabat r.anhum yang lain juga mempunyai kelebihan dalam Islam.Para sahabat r.anhum mempunyai kelebihan yang pelbagai dan berbeza-beza.Ia adalah milik Allah SWT yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang disukaiNYA.

Antara sahabat r.anhum ada yang mendapat kedudukan yang tinggi kerana awal masuk Islam.Para Muhajirin (sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah) mendapat kemuliaan hijrah.Para Ansar (ahli Madinah) mendapat kemulian sebagai tuan rumah yang banyak membantu dan berkorban untuk Rasulullah SAW dan tetamu mereka.

Ada sahabat yang mendapat kemulian menyertai perang Badar,Bai'ah Ridhwan dan lain-lain lagi.

Mereka semua telah dipuji Allah SWT secara khusus dan umum dalam al-Quran.Para pembaca boleh membelek helaian tafsir Surah al-Taubah,al-Hadid dan al-Fath untuk mengetahui betapa Allah SWT telah memuji mereka dan telah mengiklankan keampunan untuk mereka semasa di atas dunia lagi-semasa hayat hidup mereka-sebagai bukti bahawa mereka adalah generasi yang sangat unik dan hebat.

Saya sengaja tidak membawa ayat-ayat tersebut.Tujuannya adalah agar para pembaca berusaha untuk mencari kebenaran.Semoga dengan susah payah para pembaca yang sedikit,maka Allah SWT menunjukkan kita jalan yang lurus.


TAFSIRAN SYIAH TERHADAP HADITH GHADIR KHUM

Syiah zaman berzaman adalah pendusta.Sehinggakan Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Hafizul Islam al-Zahabi r.alaihima menyatakan bahawa kami tidak pernah melihat satu golongan yang lebih dusta daripada syiah rafidhah!

Sebahagian besar ulama' mereka telah menyatakan dua versi riwayat yang diperselisihkan oleh para ulama' hadith di atas ada dalam Sahih Muslim.Sedangkan riwayat Sahih Muslim tidak mengandungi frasa tersebut.

Perkara yang menjadi kepelikan pada aku ialah,pendokong ahli bait yang konon nya mencintai ahli bait,mereka kerapkali mengemis riwayat kelebihan ahli bait dari sumber ahli sunnah seperti hadith Ghadir Khum,Hadith Thaqalain dan Hadith Kisa'.

Ah,miskin nya mereka!

Dah la mengemis hadith ahli Sunnah,kemudian diselewengkan hadith-hadith tersebut.

Lihat sahaja hadith Ghadir dalam Sahih Muslim.Ia juga dikenali sebagai hadith Thaqalain.Hadith itu diambil separuh sahaja.Isteri Rasulullah juga adalah ahli keluarga Rasulullah SAW.Namun Aisyah dan Hafsah r.anhum dikafirkan mereka.

Ahli keluarga Rasulullah SAW adalah ahli keluarga Ali,Abbas,'Aqil dan Ja'far.Namun mereka membenci Abbas dan anaknya Abdullah Ibn Abbas.

Hatta,keluarga 'Ali r.anhum sekalipun.Kenapa hanya keturunan Husain dan bukannya keturunan adik-beradiknya yang lain?

Syiah mentafsirkan hadith Ghadir Khum sebagai wasiat dan amanat Rasulullah SAW bahawa khalifah selepas Baginda ialah Imam Ma'sum Ali alaihis salam!

Secara mudahnya,mereka merayakan hari tersebut sebagai hari raya saidina Ali diisytiharkan sebagai Khalifah dan Imam selepas Rasulullah SAW!


APAKAH SIGNIFIKAN WASIAT TERSEBUT?

Secara tidak langsung,banyak perkara yang akan mengejutkan para pembaca jika diterima tafsiran Syiah terhadap hadith Ghadir Khum.

Apakah kejutan itu?

Kerana Syiah percaya bahawa hadith Ghadir telah disampaikan oleh Rasulullah SAW dalam bentuk khutbah di hadapan hampir seratus ribu lebih para sahabat r.anhum yang menunaikan haji bersama Baginda,maka kesannya ialah mereka telah menuduh seratus ribu lebih sahabat r.anhum telah MENGKHIANATI wasiat Rasulullah SAW dan MENZALIMI Ali r.anhu kerana menafikan hak baginda untuk memegang tampuk pimpinan!

Inilah kesannya.

Kerana itulah seluruh sahabat telah dikafirkan oleh Syiah kecuali beberapa orang sahaja.

Kerana itulah mereka beriktikad bahawa 3/4 al-Quran telah disembunyikan dan diubah suai oleh para sahabat demi untuk menutup hak-hak pemerintahan Saidina Ali dan kaum keluarganya.

Kerana itulah mereka menolak semua hadith ahli sunnah (kecuali yang berkepentingan bagi mereka) kerana pada mereka semua telah kafir kecuali beberapa orang sahaja.

Akidah asas mereka ialah : Sesiapa yang mengingkari khilafah Ali dan 12 Imam maka dia bukan Muslim.Mereka adalah kafir dan halal darah mereka dan halal harta benda mereka.{untuk rujukan lanjut boleh dibaca buku biografi Imam Ali oleh Syaikh Ali Syallabi.Dalam kitab tersebut,dibawa juga nukilan dari kitab-kitab Syiah dan balas balik oleh beliau terhadap penyelewengan akidah dan syariat mereka.}

Inilah kesan bagi hadith ghadir khum!

Ia bukan hanya hari raya kosong di sisi Syiah.Semuanya ada maksud dan kesannya.

Maka apa guna mengaku sunni jika hari raya ghadir diraikan?


ASBAB WURUD HADITH GHADIR

Untuk memahami sesuatu ayat al-Quran maka kita berhajat kepada ilmu asbab nuzul (ilmu yang membincangkan sebab turun ayat al-Quran).

Begitu juga untuk memahami sesebuah hadith,kita memerlukan ilmu asbab wurud (ilmu yang membincangkan sebab sesuatu ucapan diungkapkan oleh Rasulullah SAW).

Hadith Ghadir Khum yang bersumber dari riwayat Zaid Ibn Arqam adalah ringkas.

Dalam riwayat yang lain yang juga terdapat dalam kitab-kitab Syiah,dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah menghantar Ali ke Yaman untuk mengutip 1/5 harta rampasan perang yang pada masa itu,pasukan tentera Islam dipimpin oleh Khalid al-Walid.

Secara ringkasnya,telah berlaku perselisihan faham antara Ali dan beberapa orang sahabat r.anhum dalam beberapa isu seperti isu wanita tawanan perang (sabiyy) yang akhirnya telah menyebabkan ketegangan di kalangan mereka.

Semasa perjalanan pulang Rasulullah SAW dari Makkah,mereka telah bertemu di satu tempat yang bernama Ghadir Khum.Oleh kerana keadaan menjadi tegang,maka Rasulullah SAW telah berkhutbah di kalangan para sahabat dan menyatakan kelebihan Ali r.anhu.

Tiada perkara yang pelik dalam hadith tersebut.Namun kerana akal pengikut agama Syiah yang telah rosak,maka semuanya menjadi pelik dan bermasalah.

Jika difahami kenyataan Rasulullah SAW di atas secara sihat dan waras,maka sebenarnya tiada sebarang masalah akan timbul.

Ini kerana,Saidina Ali adalah utusan Rasulullah SAW ke Yaman.Maka mentaati baginda adalah wajib seperti mentaati Rasulullah SAW.Dan ini bukan pertama kali Rasulullah SAW memerintahkan agar ditaati wakil Baginda Rasul.Jika begitu,adakah setiap wakil yang dihantar baginda Rasul dan diwasiatkan agar ditaati perintahnya,maka mereka juga berhak menjadi Imam Ma'sum dan menjadi Khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW?


PERSOALAN BUAT SYIAH YANG MASIH MENGHARGAI AKAL FIKIRAN MEREKA

1. Jika Rasulullah SAW ingin mengisytiharkan Ali sebagai khalifah selepasnya,kenapa Rasulullah SAW menghantarnya ke Yaman?Kenapa tiadak di bawa ke Arafah semasa Baginda Rasul SAW berkhutbah di sana dan diumumkan di hadapan seratus ribu lebih jemaah haji?

2. Ghadir Khum terletak 200 km lebih dari Makkah.Hadith Ghadir Khum adalah semasa Rasulullah SAW dalam perjalanan pulang ke Madinah.Dan sudah pasti,ahli Madinah sahaja yang akan pulang ke Madinah bersama Rasulullah SAW.Ahli Makkah tetap di Makkah.Ahli Taif dan Yaman akan pulang ke kampung halaman masing-masing.Ahli Iraq akan pulang ke negara mereka.

Lupakah kalian pasal penetapan miqat makani untuk jemaah haji?
Jika urusan khilafah Ali tersangat penting,kenapa tidak Rasulullah SAW sampaikan kepada seluruh jemaah haji di Arafah,agar mereka dapat sampaikan kepada kaum mereka.Ini kerana urusan khilafah sangat besar dalam Islam dan supaya mereka tidak berselisih selepas itu.

3. Dari perkataan manakah dari hadith di atas dapat diambil hukum bahawa Ali akan menjadi khalifah dan maksum suci dari dosa?

Perkataan wali dan maula dalam bahasa Arab mengandungi lebih dari 10 makna dan maksud.Ia sebagaimana dinyatakan oleh Ibn al-Athir dalam Gharibul Hadith.

Perkataan wali dan maula digunakan secara meluas dalam al-Quran dengan pelbagai maksud.

Jika urusan khilafah Ali sangat penting,maka kenapa tidak dinyatakan menggunakan lafaz yang jelas dalam al-Quran?


CUKUPLAH BUAT YANG INGIN BERFIKIR
Rasanya tiada gunanya untuk menulis panjang-panjang.

Kerana,jika soalan tadi dijawab dengan versi jawapan Syiah,maka kita akan akan sampai kepada kesimpulan memeritkan.

Sahabat semua telah kafir kecuali beberapa orang sahaja.Merekalah yang telah mengubah al-Quran yang mengandungi lantikan Ali sebagai khalifah yang jelas.Merekalah yang telah mereka-reka hadith untuk Abu Bakar,Umar,Uthman,Muawiyah dan sahabat lain.

Bukankah tokoh Syiah Malaysia iaitu Dr Faisal Tehrani dengan secara beraninya menuduh agama ahli sunnah hari ini adalah agama rekaan istana dan sama sekali berbeza dengan agama asal Rasulullah?



(sila lihat minit 1:27-4:20)

Fikirkanlah..

Semoaga Allah memandu kita ke jalan yang benar!



8:17 PM

FIQH SOLAT JAMAAH

الحمد لله منزل القرءان المجيد
الواحد الأحد المتفرد بالمحاميد
والصلاة والسلام على من أوتي رسالة شرف ومجد
صاحب الحوض المورود واللواء المعقود والمقام المحمود
وعلى آله وأزواجه وأصحابه الأبرار الأماجد
ومن تبعهم الى يوم الدين بالجد والاجتهاد

أما بعد

ISLAM PADA ZAMAN IT



Solat adalah ibadat yang menjadi tali penghubung antara hamba dan Allah SWT,pencipta sekalian alam.Ibadat yang menduduki tangga kedua selepas kalimah syahadah dalam rukun Islam.Ibadat yang menjadi pemisah antara Iman dan Kufur.

Saya rasa tidak perlu lagi untuk diperincikan hukum hakam dan peri pentingnya solat dalam Islam.Rasanya,semuanya telah mengetahui akan kedudukan solat dalam Islam.Dari usia kanak-kanak empat atau lima tahun,mereka sudah biasa dengan senario solat bahkan ada di kalangan mereka yang telah di bawa oleh ibu bapa untuk ke masjid.

Tapi,itu mungkin dulu!

Entahlah buat masa sekarang.Mungkin telah banyak yang berubah dalam masyarakat kita.Sepatutnya sesuatu perkara yang tergolong dalam A B C dan 1 2 3 dalam Islam,yang sedari dulu diketahui oleh segenap lapisan masyarakat,kini hanya menjadi maklumat golongan tertentu sahaja seperti para ustaz ustazah dan golongan veteran.

Aib yang tak terkira rasanya,pada zaman sains dan teknologi,maklumat di hujung jari,zaman manusia meneroka angkasa lepas,umat Islam menjadi semakin jahil dengan asas agama mereka sendiri.

Sesiapa yang pernah terjun ke medan pendidikan anak-anak di sekolah rendah agama,maka mereka akan merasai kelainan yang amat sangat.Seolah-olah kita adalah dua generasi yang berbeza.Guru berumur 20 tahun dan pelajar berumur 12 tahun.Beza masa antara dua generasi ini hanya lapan tahun.Tetapi,jurang perbezaan jati diri,sahsiah,peribadi,kekentalan benteng agama dan ilmu pengetahuan adalah amat ketara sekali.

Anak-anak kecil yang masih belum mengenal alif ba ta,buta jawi dan al-Quran,tidak tahu berwudhu' dan solat secara sempurna pada zahirnya,buta hukum haidh dan hadas besar dan pelbagai urusan asas seorang Muslim dalam hidup ini!


KENAPA?

Kadang-kadang kita bingung dalam memikirkan masalah ini.

Jauh bezanya antara kita dan generasi muda hari ini yang berusia dalam lingkungan belasan tahun.Kita sering berkata dan merungut bahawa generasi aku dulu tidak seteruk ini.

Kenapa?

Di mana silapnya?

Entahlah..

Dunia semakin maju.Sepatutnya dan sewajarnya manusia semakin mengenal Allah dan diri.Seharusnya manusia semakin erat dengan Pencipta.

Jika dahulu,manusia perlu memahami tanda-tanda alam untuk menunaikan solat seperti menentukan arah kiblat dan masuk waktu solat ketika musafir jauh,hari ini,manusia yang hidup dalam serba kemudahan dengan memiliki musalla di R&R,kompas dan sebagainya,merekalah yang paling ramai meninggalkan solat!

Jika dahulu harus dipelajari fiqh tayammum bagi menggantikan air ketika ketiadaan air semasa bermusafir,pada hari ini jugalah,di tempat rekreasi air terjun dan pantai,sekeluarga terlepas solat!

Ya Allah,hanya padamu aku mengadu kelemahan diriku.

Aku hanya nampak satu.

Dalam kemajuan,manusia akan mula lupa diri.Manusia akan jauh dihanyutkan arus kelalaian.Dan aku adalah salah seorang dari mereka.


BEZA DAHULU DAN SEKARANG

Aku masih ingat kisah seorang ustaz kesayanganku yang ingin berpindah balik ke Kelantan setelah lama berkhidmat di ibu kota.

Katanya,beza kita dengan generasi sekarang terlalu jauh.

Jika dahulu,kita hidup dengan fitrah dan alam,tapi sekarang mereka hidup dalam suasana yang merosakan fitrah mereka.

Jika dahulu,mainan petang-petang kita ialah mandi sungai,galah panjang,baling tin dan lain-lain,tapi mereka pada hari ini mainan mereka adalah internet yang di dalamnya tersimpan jutaan kerosakan.



Jika dahulu,waktu maghrib adalah waktu untuk mengaji al-Quran dan waktu haram untuk berada di depan TV,maka hari ini,waktu malam adalah waktu tuisyen,kelas tambahan dan menonton TV.

Dan yang besar bezanya,ibu bapa kita,tok nenek kita,guru-guru kita adalah mereka yang kita kenali dulu.Namun generasi hari ini,ibu bapa mereka dan guru-guru mereka adalah kita!

Kita generasi pertengahan yang hidup dua alam,kita juga semakin tercemar fitrah dan iman kita.

Hasilnya,kita boleh lihat hasil didikan kita!


APA KAITAN DENGAN SOLAT JAMAAH

Saya tidak ada mood untuk menulis masalah ini secara ilmiah seumpama menulis thesis.

Saya hanya ingin nyatakan kesimpulan dan pengajaranya sahaja.Agar ia santai dan pendek,tetapi memberi kesan pada hati untuk takut pada Allah SWT.

Rata-rata kita mengetahui bahawa solat fardhu berjamaah adalah fardhu kifayah atau sunnat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut.

Jadi,kesimpulan mudah ialah,jika ia fardhu kifayah maka,kalau dah ada yang buat maka aku dah tak payah buat.Jika ia sunnat muakkad,lagi la tak payah buat.Bukan berdosa pun!

Inilah yang difahami oleh rata-rata masyarakat Malaysia yang bermazhab Syafiie.

Adapun bagi Mazhab Hanbali,solat secara berjamaah adalah fardhu 'ain iaitu wajib ke atas setiap individu.Maka,sesiapa yang tidak solat berjamaah tanpa sebarang uzur,maka mereka adalah berdosa!

Saya tidak berminat untuk mengulas hukum sunat atau wajib.

Kenapa?

Terlalu ramai yang tahu solat itu wajib pun,masih lagi tidak menunaikan solat.

Status hukum sudah tiada gunanya,jika hati telah mati.


NASIHAT BUAT GENERASIKU

Generasiku yang sedang menggalas tanggungjawab mendidik anak bangsa hari ini,ayohlah sama-sama kita koreksi balik diri kita.

Kita telah meninggalkan saranan Rasulullah SAW untuk menghubungkan diri kita dengan rumah Allah SWT.Di sanalah sumber hidayat dan petunjuk.Seumpama lampu untuk menyuluh jalan hidup kita dan generasi anak-anak kita.

Jika petunjuk itu kita abaikan,demi Allah,kita akan hilang arah dan tujuan.

Usah kalian ingat,dunia ini kita bisa corakkan sesuka hati kita.

Jika terputus hubungan kita dengan Allah,rumah-rumahNYA,dan petunjuk Rasulullah SAW dalam menunaikan ibadah terutamanya solat berjamaah,maka nantikanlah,keruntuhan tanah air kita dan anak bangsa kita di bawah didikan kita!

Aku yang masih berusaha ke arah membaiki diri di taman asuhan ILAHI..

Ya Allah,pimpinlah aku dan teguhkan aku di atas petunjukMu dan RasulMU..

Amin,ya Rabbal 'Aalamin.

3:50 AM

MENARA ILMU : AL-AZHAR

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على رسول الله محمد الأمين
وعلى أزواجه وآله الطيبين الطاهرين
وعلى أصحابه الأبرار غر الميامين
ومن اقتفى آثارهم واقتدى بهديهم إلى يوم الدين


أما بعد


KELUH KESAH PADA HARI KEGEMBIRAAN

Alhamdulillah,umat Islam sedang berada dalam suasana Hari Raya Idil Adha 1431H.Hari Raya yang disyariatkan untuk makan dan minum dan diharamkan untuk berpuasa.


العيد : يوم أكل وشرب وذكر الله
Hari raya adalah hari makan,minum dan mengingati Allah SWT




Semoga Allah SWT menerima para jemaah haji di kalangan hambaNYA yang bertakwa dan pulang dalam keadaan terampun segala dosa dan dan membawa pulang haji yang mabrur.Dan juga buat hambaNYA yang tidak berada di Tanah Haram,semoga diterima sebagai tetamu al-Rahman pada tahun yang mendatang dan diampunkan juga dosa dan segala kemaksiatan.Sesungguhnya Allah SWT adalah Jawwaadun Kareem (Maha Pemurah dan Maha Mulia).

Semasa umat Islam sedang bergembira,saya diberikan link sebuah artikel untuk di baca.Hari mulia ini telah dicalarkan suasananya dengan artikel yang penuh pembohongan dan pendustaan terhadap sebuah pusat pengajian Islam ulung zaman berzaman iaitu Menara Ilmu : Universiti Al-Azhar!

Pada awalnya,saya tidak ingin mengulas artikel tersebut kerana telah jelas pembohongan dan pendustaan di dalamnya.Seseorang individu yang menggunakan kurnian akal yang sihat dan waras oleh Allah SWT,pasti akan membakul sampahkan tulisan durjana seperti itu!

Namun akhirnya,saya merasakan satu tanggungjawab berat terpikul dan tergalas atas bahu ini untuk mempertahankan menara ilmu ini dan para ulama'nya zaman berzaman.Walaupun saya bukan orang yang selayaknya untuk melaksanakan tugasan ini,namun kerana terhutang budi dengan al-Azhar dan para ulama'nya,maka saya sebagai anak al-Azhar,bangun untuk menafikan tohmahan dusta dan durjana ini!


MUSUH ITU ADA DI MANA-MANA

Dalam suasana Islam di serang dari pelbagai sudut dan penjuru samaada yang berkaitan dengan akidah,syariat,akhlak dan lain-lain,masih ada orang Islam sendiri yang membuat onar untuk merosakan agama Islam yang suci dan murni ini.

Kenapa tidak dihalakan segala kemahiran menulis itu untuk mempertahankan Islam dan mencantas segala kesamaran dan keraguan musuh Islam terhadap agama yang mulia ini?

Apa faedah yang diperolehi daripada sebuah artikel keji seperti itu untuk Islam.

Apabila racun bisa ini ditanam dalam benak pemikiran masyarakat Malaysia,maka akan pincanglah Islam di Malaysia.Masakan tidak,jawatan agama dan peranan agama di Malaysia,dimainkan secara besar perananya oleh para lulusan al-Azhar dari dulu dan sekarang.Ini tidak pula menafikan sumbangan dan peranan lulusan agama dari institusi Islam lain yang bertebaran di seluruh dunia.Apabila runtuhnya kepercayaan umat pada al-Azhar,maka akan runtuhlah keyakinan mereka terhadap Islam!


SEJARAH AL-AZHAR



(syair Dr. 'Aidh Al-Qarni buat Mesir Ardhil Kinanah semasa lawatanya ke Pesta Buku Antarabangsa Kaherah 2008)


Sepatutnya,saya tidak perlu membuang masa untuk menulis sejarah al-Azhar.Bak kata orang tua-tua,sudah terang lagi bersuluh.Hakikat yang jelas terang benderang seumpama mentari di dada langit.Adakah perlu lagi lilin kerdil buat menerangi kegelapan alam?

Ah,satu tuduhan dusta dan keji buat al-Azhar dan para ulama'nya apabila tanpa rasa segan dan silu ditulis Universiti British Al-Azhar!

Benarlah kata-kata Rasulullah SAW :


إذا لم تستح فاصنع ما شئت
Jika engkau tidak malu,maka lakukanlah apa sahaja



Hadith ini telah diriwaytkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya daripada hadith sahabi Abi Mas'ud 'Uqbah Ibn 'Amr r.anhu (no 6120).



Benarlah juga perumpamaan arab,bahawasanya,seseorang itu akan melakukan apa sahaja agar namanya disebut walaupun dengan cercaan dan laknat dari orang ramai.

Inilah kisah seorang lelaki yang telah kencing dalam telaga zamzam.Apabila masyarakat menangkapnya dan memukulnya,maka si jahil itu berkata, " Aku ingin namaku disebut walaupun dengan cacian!"

Penulis artikel tersebut secara berani mengatakan bahawa al-Azhar adalah universiti rekaan British untuk menyesatkan umat Islam dan memesongkan mereka dari landasan al-Quran dan al-Sunnah.Penulis yang berlagak pandai sejarah itu dan ini,tetapi buta dalam membaca sejarah!

Lupakah penulis tentang para ulama' tersohor umat sepanjang kurun ke-8 dan ke-9 di al-Azhar?

Nama-nama hebat semisal Syihabuddin Ibn Hajar al-Asqalani pengarang Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari,Badruddin al-'Aini pengarang 'Umdatul Qari Syarah Sahih al-Bukhari,Jalaluddin al-Suyuti pengarang ratusan kitab antaranya Zakhiratul 'Uqba Syarah Sunan al-Nasaie al-Mujtaba dan juga Syamsuddin al-Sakhawi pengarang Fathul Mughith Syarah Alfiyatil Hadith.

Nama-nama ini adalah tidak asing lagi dari al-Azhar.Ini adalah contoh bagi bidang hadith sahaja kerana pengkhususan saya adalah dalam bidang hadith.Bahkan di sana ada ramai lagi ulama' yang tak mampu untuk saya sebutkan nama mereka satu persatu sepanjang kurun.

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas penat lelah mereka dalam menyebarkan dan mempertahankan agama ini.

Tokoh-tokoh al-Azhar pada kurun ini,tidak kurang ramainya yang menjadi benteng agama ini.Antaranya ialah Prof. Dr Abu Syahbah yang menulis kitab Difa' 'an al-Sunnah dan Dr. Mustafa al-Sibaie yang menulis kitab al-Sunnah Wa Makanatuha Fi al-Tasyri' al-Islami dan lain-lain lagi.Mereka telah mempertahankan rukun agama ini iaitu Hadith Rasulillah SAW daripada tangan-tangan kotor musuh Islam yahudi dan nasrani!

Adakah mereka semua ulama' jahat ciptaan British?

Alangkah jahatnya kenyataan yang keluar dari lidah yang tak bertulang itu!

ألا إن لحوم العلماء مسمومة
Ingatlah,bahawasanya daging para ulama' itu beracun.


Sesiapa yang mengumpati mereka dan mencerca mereka,hanya Allah sahaja yang akan membalasnya dengan siksaan azab jika mereka tidak bertaubat!

Kenapa sekeras ini?

Kerana,dengan menjatuhkan mereka,agama ini sedang dijatuhkan! Itulah hakikat sebenarnya!

PERANAN AL-AZHAR DALAM DUNIA ISLAM

Bagi seseorang yang mengkaji sejarah al-Azhar,perananya dan peranan para ulama'nya dalam dunia Islam,maka mereka akan mendapati hakikat sebenarnya al-Azhar di dunia Islam.

Penulis artikel yang entah dari mana munculnya,seolah-olah menafikan hakikat ini.

Beliau yang pernah merantau ke ceruk negara arab,seolah-olah tidak mengambil pengajaran dari kembaranya.Pernah mengaji di Jordan.Tidakkah pernah diselidik latar belakang pengajian guru-gurunya di Jordan?

Sepanjang kembara saya dua bulan di tanah Jordan,rata-rata guru yang mengajar di Universiti Mu'tah,Ali Bait ataupun Yarmouk adalah lulusan al-Azhar samada dari dekat atau jauh.Paling tidak,guru kepada para pensyarah-pensyarah ini adalah dari al-Azhar!

Jika ke Syria sekalipun,cubalah kaji latar belakang para ulama' di Universiti Damsyik.Ah,mereka juga Azhari atau paling kurang,guru kepada guru mereka adalah dari al-Azhar.

Di Mekah dan Madinah,tempat turunya wahyu,ulama' al-Azhar memainkan peranan yang besar dalam membangunkan pengajian Islam di sana.Lihat sahaja sejarah penubuhan dan perkembangan Universiti Ummul Qura dan Universiti Islam Madinah.Ah,tidak lepas dari jasa ulama' al-Azhar!

Pendek kata,kelebihan ulama' al-Azhar ke atas dunia Islam ada di mana-mana.

Sesiapa yang berniat jahat terhadap al-Azhar dan ulama'nya maka mereka sebenarnya buta mata hati dan tidak mustahil merekalah sebenarnya yang mempunyai agenda untuk memusnahkan Islam!

PENULIS YANG MEMPUNYAI KRISIS IDENTITI

Berdasarkan tulisan beliau,beliau merendahkan martabat al-Azhar dan para ulama'nya.Lalu disarankan agar diambil ilmu dari Yaman,Syria,Jordan,India,Pakistan,Mekah,Madinah dan lain-lain.

Pada hemat saya,beliau buta atau jahil hakikat sebenar hubungan baik institusi-institusi pengajian Islam ini dengan al-Azhar dan ulama'nya.

Jika Darul Ulum Deoband dan Nadwatul Ulama' Lucknow yang disanjung penulis,mengapa mereka membina hubungan baik dengan al-Azhar.Terlalu ramai pelajar dari benua kecil India yang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat BA,MA dan PhD di sini.Sebahagian dari mereka adalah guru dan kawan saya!

Jika disuruh ke Mekah dan Madinah,bukankah itu pusat Wahabi sebagaimana yang digembar-gemburkan penulis!

Aku bingung dengan si penulis yang celaru corak pemikirannya!


PELAJAR MELAYU DAN AL-AZHAR

Memang tidak dinafikan,bahawa ramai pelajar Melayu yang tidak serius dengan pelajaran mereka di al-Azhar.Itu adalah kesalahan mereka.Maka kenapa harus dipalit segala kejahatan itu kepada al-Azhar dan ulama'nya.Adakah penulis mendengar sendiri para pensyarah kami menggalakan pelajar agar tidak hadir ke kelas?

Sesungguhnya ini adalah pendustaan yang jelas.

Di kalangan kami,sangat ramai pelajar yang mengambil peluang dari Universiti dan Masjid al-Azhar.Kedua-dua institusi ini adalah umpama ruh dan badan.Dan kebanyakan tenaga pengajar di kedua-dua taman syurga ini adalah dari al-Azhar.

Usah dicerita pengajian talaqi di segenap ceruk Mesir.Kebanyakan mereka adalah Azhari.Mesir adalah Azhar dan Azhar adalah Mesir!

Adakah semua yang belajar di Jordan,Syria,Madinah,Mekah dan lain-lain tempat itu berdisiplin dan berkualiti?

Saya tinggalkan kepada para pembaca untuk menilainya.


FATWA KONTROVERSI DARI AL-AZHAR

Tidak dinafikan,bahawa di sana ada fatwa kontoversi dari sesetengah ulama' al-Azhar.Ia sebagaimana fatwa kontoversi dari ulama'-ulama' dari institusi yang lain.

Fatwa riba bank,niqab,benteng antara Palestin dan Mesir dan lain-lain adalah fatwa yang lebih bersifat pandangan peribadi.Ia bukannya ijma' ulama' al-Azhar.Bahkan tidak kurang hebatnya para ulama' al-Azhar yang bangkit membantah fatwa-fatwa tersebut.

Kita sebagai penuntut ilmu,kenapa tidak kita berbaik sangka dengan para ulama'?

Kita terima fatwa mereka yang bersandarkan al-Quran,al-Sunnah dan kefahaman ulama' umat zaman berzaman dan kita ketepikan fatwa mereka yang ganjil.

Bukan tugas kita untuk mencurigai niat mereka.Biar sahaja Zat Yang Maha Mengetahui segala bisikan hati yang menghisab mereka.Semoga,kesilapan mereka yang sedikit diampunkan oleh Allah berbanding segala jerih perih mereka untuk Islam sepanjang hidup mereka.

Dan kita,apakah yang telah kita buat untuk Islam.Adakah kita yakin bahawa Allah SWT telah redha dengan kita?

Alangkah baiknya jika kita membilang segala dosa,maksiat dan keburukan diri sendiri.Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kita dan menerima taubat kita.


SANGKA BURUK SAYA TERHADAP PENULIS

Saya ada perasaan tidak enak terhadap penulis.

Saya tidak ingin menuduh,tetapi tulisan beliau dan nukilan hadith-hadith beliau menggambarkan sesuatu!

Beliau adalah syiah atau cenderung kepada syiah ataupun jahil.

Hadith yang dijadikan sepanduk blognya dan hadith-hadith di bahagian tepi blognya yang berkaitan ahli bait dan al-mahdi adalah hadith yang tersangat dhaif dan ada yang dihukum batil dan palsu oleh ulama' hadith!

Di sini bukan masa untuk menerangkan status hadith-hadith itu.

Hadith-hadith itu semuanya berbau Syiah!

Maka tidak hairanlah jika dia ingin membunuh al-Azhar kerana dengan syahidnya al-Azhar,Islam akan gering!Namun,agama ini tidak akan sekali-kali jatuh ke tangan musuh,kerana Allah telah berjanji untuk memeliharanya!

CABARAN BUAT AZHARI

Buat ikhwah seperjuangan,jadikanlah kritikan penulis kepada kita sebagai kritikan membina dan wasilah untuk kita muhasabah diri.Semoga Allah memandu kita ke arah jalan yang diredhaiNYA.

Namun,ingat buatmu penulis!

Azhari di sini tidak akan gentar di medan ilmu.

Penulis masih belum bertemu buku dengan ruas agaknya.

Bawalah lulusan agama Melayu dari institusi yang lain yang hebat-hebat dan dibanggakan dari setiap jurusan pengajian Islam,nescaya kanak-kanak Azhari seperti kami ada wakilnya.

Usah diletihkan guru-guru kami yang dah berumur.Biarkan mereka rehat dan menjadi penonton sahaja.

Kami bersedia untuk bersilat di medan ilmu!!





2:09 AM

FIQH PUASA SUNAT

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد الأمين, وأزواجه الطاهرات أمهات المؤمنين,وآله
الطيبين الطاهرين,وأصحابه حملة القرءان والسنن حماة الدين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين




PUASA 'ARAFAH

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam artikel yang lepas,majoriti para ulama' menyatakan bahawa berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah di sunatkan kecuali bagi jemaah haji yang sedang melakukan ibadat haji iaitu wuquf di medan 'Arafah.Bagi jemaah haji yang sedang wuquf di 'Arafah,hukumnya adalah makruh untuk mereka berpuasa.

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dari hadith sahabi Abi Qatadah r.anhu (no 759) bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda bahawasanya ' Puasa pada hari Arafah,aku berharap pada Allah SWT agar Dia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan selepasnya.'

Hadith ini juga telah dikeluarkan oleh Imam Muslim (no 1162),Imam Abu Daud (n0 2425,2426),Imam Ibn Majah (no 1730),Imam Ahmad (no 22517) dan Ibn Hibban (no 4642).{penomboran hadith adalah berdasarkan tahqiq Syaikh Syuaib al-Arnauth yang diedarkan oleh Muassasah al-Risalah.Dan mungkin berlaku perbezaan penomboran disebabkan perbezaan edisi}.



HUKUM BERKAITAN NIAT PUASA SUNAT

Secara umumnya,majoriti ulama' berpendapat adalah wajib untuk berniat puasa wajib pada malam hari bermula dari masuknya waktu maghrib dan berakhir waktu niat apabila masuk waktu subuh.

Ini adalah berdasarkan hadith :

لا صيام لمن لم يبيت الصيام بالليل

" Tidalah puasa (tidak sah) bagi seseorang yang tidak berniat puasa pada waktu malam (bermula waktu maghrib sehingga terbit fajar)."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud (no 2454),Imam Tirmizi (no 730),Imam Ibn Majah (no 1700) dan lain-lain.{penomboran hadith berdasarkan nota kaki Kitab al-Taudhih Li Syarh al-Jami' al-Sahih oleh Ibn Mulaqqin,ms 148,jil 13-dan boleh dilihat takhrijnya dalam Irwa' al-Ghalil Li al-Albani,al-Badr al-Munir Li Ibn al-Mulaqqin dan lain-lain}.

Adapun puasa sunat,maka majoriti ulama' berpendapat bahawa dibolehkan untuk mula niat puasa walaupun setelah masuk waktu subuh.

Ini berdasarkan hadith berikut :

(1) Hadith Ummil Mu'minin 'Aisyah r.anha yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (no 1154).

Beliau berkata, " Pada suatu hari,Rasulullah SAW telah datang kepadaku.Lantas Rasulullah SAW telah bertanya," Adakah ka memiliki sesuatu? (iaitu makanan untuk di makan).Maka kami berkata," Tiada." Maka Rasulullah SAW telah bersabda," Maka aku akan berpuasa." Kemudian,pada hari yang lain,Rasulullah SAW telah datang lagi maka kami berkata," Ya Rasulullah,telah dihadiahkan kepada kami حيس (sejenis makanan)." Maka Rasululullah SAW telah bersabda," Tunjukkan kepadaku.Sesungguhnya aku telah berpuasa sejak pagi tadi." Maka Rasulullah SAW telah menjamah makanan tersebut.

(2) Hadith Salamah Ibn al-Akwa' yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no 1924).

Salamah Ibn al-Akwa' telah memberitahu bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki pada hari 'Asyura agar memberitahu kepada kaum Muslimin bahawasanya sesiapa yang telah makan sesuatu pada pagi hari tersebut,hendaklah mereka meneruskan puasa mereka dan sesiapa yang masih belum makan,maka mereka juga mestilah meneruskan puasa mereka."

Berdasarkan dua hadith di atas,majoriti para ulama' berpendapat bahawa niat puasa sunat boleh bermula selepas waktu subuh.Ini adalah pendapat mazhab Syafiie,Ahmad,Abu Hanifah dan lain-lain.Adapun Imam Malik,beliau berpendapat bahawa mesti diniatkan puasa sunat pada waktu malam sebelum subuh seperti puasa fardhu.Ini berdasarkan keumuman hadith pertama di awal artikel.

Namun begitu,para ulama' yang membenarkan niat puasa sunat selepas subuh berbeza pendapat tentang pengakhiran waktu untuk niat.

(1) Mazhab Syafiie.

Pendapat yang kuat dalam mazhab Syafiie ialah sebelum masuk waktu Zohor.Dan ini juga adalah pendapat Mazhab Hanafi.

(2) Mazhab Ahmad.

Pendapat yang muktamad dalam Mazhab Ahmad ialah tiada had waktu sehinggalah masuk waktu Maghrib.Ini sebagaimana dalam Zad dan syuruhnya,Kassyaf al-Qina',Muntaha al-Iradat dan syuruhnya.(Hasyiah al-Raudh al-Murbi',ms 301,jil 4,edisi dar al-Watan).

Namun begitu,dalam hasyiah al-Raudh al-Murbi' ada dinyatakan bahawa untuk puasa sunat yang bersebab seperti puasa 'Asyura,'Arafah dan enam Syawwal,maka niatnya mestilah pada waktu malam juga.(Berdasarkan hasyiah Syaikh Khalid al-Musyaiqih dan rakan-rakannya.Namun,berdasarkan pengamatan saya,pendapat ini bercanggah dengan mu'tamad Mazhab Ahmad dan umum hadith 'Aisyah dan Salamah Ibn al-Akwa' di atas menolak pendapat ini.Maka yang terpilih-wallahu a'lam-ialah boleh mula niat puasa sunat walaupun selepas subuh).

Dan pahala puasa akan bermula dengan bermulanya niat.

Dan,majoriti ulama' berpendapat bahawa puasa sunat ini dibenarkan selagi mana seseorang individu itu masih belum melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum,bersetubuh dengan isteri dan sebagainya selepas masuk waktu subuh.Jika seseorang itu telah melakukan perkara tersebut,maka dia tidak boleh lagi melakukan puasa sunat.Bahkan Ibn Qudamah telah menukilkan kesepakatan ahli ilmu tentang perkara ini dalam kitab beliau al-Mughni (Hasyiah al-Raudh al-Murbi',ms 301,jil 4,edisi dar al-Watan)


APA KAITAN DENGAN PUASA 'ARAFAH DAN MASALAH FIQH YANG BERMAIN DALAM KEPALAKU

Buat masa ini,aku hanya ingin menulis tentang pendapat yang masyhur sahaja di kalangan majoriti ulama'.

Masih terlalu banyak perkara yang aku fikirkan.Sehingga tak boleh nak tidor ni.Apapun,sekurang-kurangnya,aku berjaga untuk sahur untuk puasa 'Arafah esok.

Jika seseorang mempunyai niat dalam hatinya untuk berpuasa keesokan harinya (samada puasa fardhu/wajib ataupun sunat) namun,keesokan harinya dia terlupa dan dia telah melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum,maka majoriti fuqaha' menyatakan bahawa puasanya adalah sah.

Ini berdasarkan hadith Abu Hurairah r.anhu yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (n0 1933)

Rasulullah SAW telah bersabda, " Jika seseorang yang berpuasa telah lupa,maka dia makan dan minum,maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya,kerana sesungguhnya Allah telah memberinya makan dan minum."

Secara umumnya,bagi sesiapa yang termakan esok,teruskanlah puasa anda!!

p/s : Hati tak tenang lagi ni semasa tulis artikel ni.Apapun,ini adalah pendapat majoriti ulama'.Apa yang bergolak dalam hatiku,biar aku sahaja yang tahu.

Selamat beramal!

Wallahu a'lam

1:55 PM

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على الرحمة المهداة والنعمة المسداة المبعوث رحمة للعالمين
وعلى أزواجه الطيبات الطاهرات أمهات المؤمنين
وآل بيته قرة العينين
وأصحابه حماة الدين غر الميامين
ومن تبعهم إلى يوم لا ينفعهم أي مال وبنين

أما بعد


AHLI HADITH



قال الشافعي رحمه الله:
اذا رأيت رجلا من أصحاب الحديث, فكأني رأيت رجلا من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم, جزاهم الله خيرا, حفظوا لنا الأصل, فلهم علينا الفضل


Imam al-Syafiie r.alaih telah berkata, " Jika aku melihat ashabul hadith (ulama' hadith),maka seolah-olah aku telah melihat seorang sahabat dari para sahabat Rasulullah SAW r.anhum.Semoga Allah membalas mereka dengan segala kebaikan.Ini kerana,merekalah yang telah memelihara prinsip dan usul agama ini untuk kita,dan mereka adalah pemilik kelebihan ke atas kita."


Kenyataan di atas adalah salah satu dari jutaan kata-k
ata para ulama' Islam mengenai kelebihan ahli hadith (ulama' hadith).Merekalah yang telah mewaqafkan seluruh hidup mereka untuk memelihara agama yang mulia ini daripada ditafsirkan oleh golongan jahil,ahli bid'ah dan para musuh mengikut hawa nafsu mereka. Di sana,terdapat banyak kitab yang telah dikarang oleh para ulama' dulu dan sekarang dalam menceritakan kemulian dan kelebihan ulama' hadith.Antaranya ialah :

(1) Syaraf Ash
ab al-Hadith (Kemulian ulama' hadith) oleh Imam Khatib al-Baghdadi.

(2) Al-Intisar Li Ahli al-Hadith (Mempertahankan ulama' hadit
h) oleh Abu Muzhaffar Ibn Mansur al-Sam'aani.

(3) Al-Intisar Li Ahli al-Hadith (Mempertahankan ulama' hadith) oleh Dr.Muhammad Bazmol.

(4) Muqaddimah
Tuhfah al-Ahwazi Syarh Jami' al-Tirmizi (bab kemulian ahli hadith) oleh Syaikh 'Abdul Rahman al-Mubarakfuri.

Ulama' hadith lah yang telah meriwayatkan semua perkara yang berkaitan Rasulullah SAW sep
anjang hidup Baginda.Semua perkara telah dihafaz dan disampaikan oleh para sahabat r.anhum yang mulia kepada generasi kedua Islam iaitu generasi tabi'in.Bahagian ilmu inilah yang dinamakan sebagai hadith marfu' iaitu hadith yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW.

Kebanya
kan kitab hadith utama dalam Islam mengandungi hadith-hadith dari kategori ini seperti Sahih Bukhari,Sahih Muslim,Jami' Tirmizi,Sunan Abi Daud,Sunan Nasaie,Sunan Ibn Majah,Musnad Ahmad,Sunan Darimi,Sahih Ibn Khuzaimah,Sahih Ibn Hibban,Mustadrak Hakim dan lain-lain.

Na
mun harus diingat bahawa hadith-hadith dalam kitab selain Sahih Bukhari dan Muslim masih lagi perlu dikemukakan secara ilmiah perbahasannya samaada sahih atau dhaif.Ini kerana,para penulis kitab-kitab tersebut,mempunyai metodologi yang sangat tinggi dalam mengumpul,menulis dan membentangkan hadith-hadith tersebut.

Generasi kedua Islam ini bukan sahaja telah menghafaz dan memelihara hadith-hadith Rasulullah SA
W dan riwayat hidup Baginda sahaja,bahkan mereka juga telah menghafaz setiap kenyataan,gerak laku dan sejarah hidup para guru mereka iaitu para sahabat r.anhum. Inilah pula bahagian yang dikenali sebagai hadith mauquf iaitu riwayat-riwayat yang dinisbahkan kepada para sahabat r.anhum.

Antara kitab-kitab utama yang mengandungi fatwa para sahabat r.anhum ialah Muwatha' Malik,Musannaf Abdil Razzaq,Musannaf Ib
n Abi Syaibah dan lain-lain. Agama yang mulia ini telah dipelihara oleh generasi kedua ini dengan sebaik mungkin.

Selepas itu datanglah pula
generasi ketiga iaitu Atba' Tabi'in.Mereka telah menghafaz dan memelihara hadith-hadith Rasulullah SAW dan juga riwayat hidup dan fatwa para sahabat r.anhum.Bahkan lebih daripada itu,mereka juga telah menghafaz dan memelihara kenyataan,fatwa dan riwayat hidup guru mereka demi menjaga agama yang mulia ini.Bahagian inilah yang dipanggil sebagai hadith maqtu' iaitu hadith yang telah dinisbahkan kepada atba' tabi'in.

Ole
h sebab itulah,setiap kata-kata para ulama' Islam yang terdahulu juga telah diriwayatkan secara bersanad oleh para ulama'.Bukan hanya hadith Rasulullah SAW!Perkara ini sangat dimaklumi oleh para pengkaji hadith yang sentiasa mengkaji kitab-kitab suaalat (soalan) dan 'ilal (kecacatan hadith), tarikh al-ruwah (biografi pembawa berita), al-jarh wa al-ta'dil (kedudukan pembawa berita samaada dari golongan kepercayaan ataupun pendusta) dan lain-lain lagi.


KENAPA INI SEMUA

Sepatutnya,perkara ini tak perlu untuk saya susahkan diri untuk ter
angkan kepada pembaca. Namun,apabila si musuh Islam masih lagi mahu berhenti daripada menyebarkan dakyah sesatnya,saya terpaksa mencuri masa untuk membelek kembali lembaran kitab untuk menyatakan hakikat sebenar kepada para pembaca agar berhati-hati dan semoga tulisan yang tidak seberapa ini menjadi benteng mereka untuk mempertahankan akidah mereka.


قال الشافعي رحمه الله
لو لا أصحاب المحابر لخطبت الزنادقة على المنابر
Imam al-Syafiie telah berkata, " Kalaulah bukan kerana adanya pemilik-pemilik dakwat (gelaran untuk ulama' hadith pada masa dahulu),nescaya para zindiq (munafiq yang kafir dengan menzahirkan keislaman mereka,tetapi berusaha untuk menghancurkan Islam dari dalam) akan berkhutbah di atas minbar (tanpa halangan)."

Ini kerana,ulama' hadith telah memelihara
agama ini sebagaimana yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW.Ahli Sunnah,tafsiran mereka terhadap sumber agama ini- al-Quran-adalah Sunnah Rasulullah SAW dan fatwa para sahabat r.anhum yang telah hidup bersama Rasulullah SAW dan telah menyaksikan penurunan wahyu.

Adapun ahli bid'ah dan para musuh Islam dari pelbagai aliran,maka tafsiran mereka terhadap sumber pensyariatan agung Islam iaitu al-Quran adalah berdasarkan hawa nafsu me
reka dan ta'wilan yang rosak tanpa usul dan prinsip ilmu Islam yang jelas sebagaimana ta'wilan dan tafsiran Karramiah,Jabariah,Qadariah,Mu'tazilah,SYIAH dan lain-lain lagi.

Untuk rujukan bagi sejarah aliran sesat dan menyeleweng kumpulan-kumpulan yang menempel pada
Islam ini,bolehlah di baca kitab-kitab ini :

(1) Al-Milal Wa Al-Nihal oleh al-Syaharestani

(2) Al-Fasl Fi Al-Milal Wa Al-Nihal oleh Ibn Hazam al-Andalusi

(3) Al-Farq
Baina Al-Firaq oleh al-Baghdadi

(4) Al-Khilaf Baina Al-Sunnah Wa Al-Syi'ah oleh Prof.Dr.Umar al-Farmawi,pensyarah had
ith Uni Al-Azhar,Mesir.


APA KAITANYA DENGAN DR FAISAL TEHRANI

Semua pendahuluan di atas,ada kaitan dengan tokoh Syiah/Tasyayyu' di Malaysia yang mengaku sunni!

Itulah Dr Faisal Tehrani.

Semakin dibedah a
rtikel beliau yang lama,semakin banyak kepincangan,racun dan dakyah syiah telah diketemui.

Ya Allah,pimpinlah kami dan saudara-saudara kami ke arah jalanMU yang lurus!

Terkejut membaca artikel pada tahun 2009 berkenaan filem pembunuhan Sayyidina Husain alaihi sal
am di Karbala dan perjalanan ahli bait Rasulillah SAW ke Damsyiq.

Betullah apa yang saya sangkakan selama ini.

Kesimpulanya sama macam penghujung artikel saya yang lepas berkaitan Dr. Faisal Tehrani.Bahawa,beliau dan ulama' Syiah kesayangannya berada atas ajaran dan aga
ma yang lain dan Ahli Sunnah berada atas ajaran dan agama yang lain!!

Maka tidak menghairankan, filem ini dipenuhi dengan ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammad saw dan memahamkan kita bagaimana ayat al-Quran dan hadis baginda Rasulullah saw telah dimanipulasi oleh penguasa bani Umayyah untuk tujuan politik pada waktu itu. Kesannya, umat Islam hari ini menerima agama yang dititahkan dari istana serta sama sekali berlainan dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw.

Nah,perhatikan sendiri kenyataan bel
iau yang telah dibold dan diwarnakan!!

Allahumma,inilah sebenarnya iktikad da
n pegangan beliau.

Iktikad Syiah zaman berzaman!


Perkara ini bukan satu kepelikan pada saya dan para teman yang mengambil pengkhususan dalam bidang pengajian Islam terutamanya perbandingan agam
a dan aliran dan juga pengkhususan hadith.Bahkan perkara ini adalah hakikat yang telah terang dan jelas seterang mentari di sisi kami.


BAGAIMANA MEMAHAMI RIWAYAT SEJARAH

Tidak dinafikan,bahawa peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain
alihis salam di Karbala adalah peristiwa yang benar-benar terjadi.

Namun,persoala
nnya,sumber mana yang harus di baca dan dipercayai?

Di sinilah bermulanya titik perselisihan yang tak berkesudahan antara Sunnah dan Syiah.Kerana sumber agama kedua-duanya b
erbeza.Cara penerimaan kedua-dua sumber tersebut juga berbeza.

Apa yang berbeza?

(1) Ahli Sunnah beriman b
ahawa Al-Quran yang ada pada hari ini adalah sempurna seperti mana yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW.Adapun ulama' syiah mereka telah beriman bahawa al-Quran pada hari ini adalah tidak sempurna sebanyak 3/4 daripada yang asal.

Terlalu banyak kitab mereka
yang menyatakan perkara ini.Jika Dr Faisal ingin menafikan perkara ini,maka seolah-olah beliau meludah kelangit dan ludahan itu kembali menjamah mukanya!

(2) Ahli Sunnah beriman bahawa Allah SWT telah memelihara al-Quran dari segala sudut dan segi.Al-Quran bukan sahaja dipelih
ara tulisan dan bacaanya,bahkan ia juga dipelihara makna,kefahaman dan tafsiranya.Dan,al-Sunnah lah yang menerangkan makna al-Quran.

Ahli Sunn
ah beriman dengan hadith-hadith Sahih yang ada dalam kitab-kitab hadith utama Ahli Sunnah.Namun Syiah,mereka tidak beriman dengan hadith Ahli Sunnah.Mana mungkin mereka beriman dengan hadith-hadith tersebut,sedangkan para sahabat r.anhum yang meriwayatkan hadith-hadith tersebut telah kafir dan murtad di sisi mereka kecuali beberapa orang sahaja! Sebab itulah,kita berbeza dengan Syiah dari sudut sumber dan cara pengambilan sumber. Begitu juga kisah sejarah.

Ah,syiah tiada k
ayu ukur dalam urusan ini.Sumber cerita mereka bersumber dari riwayat para pendusta dan penipu!Mana mungkin mereka mengambil sumber dari para perawi yang adil,sedangkan mereka tiada ilmu isnad,rijal,jarh ta'dil yang kukuh.

Bahkan,kitab-kitab utama merek
a tidak selamat dari kritikan keabsahannya.Jangan ditanya manuskrip tulisan tangan asli untuk kitab-kitab tersebut di sisi mereka,kerana ia akan membingungkan mereka! Perkara ini telah dibahaskan secara panjang lebar dalam video perbandingan usul riwayat hadith antara sunnah dan syiah sebagaimana dalam artikel lepas.


AKHIRNYA

Berdasarkan kenyataan Dr Fa
isal dalam artikel di atas,bahawa agama yang sampai pada kita pada hari ini adalah lain sama sekali daripada agama asal Rasulullah SAW.Alangkah beraninya Dr muda ini.Padanya,agama ini adalah hasil rekaan ulama' di bawah pimpinan Bani Umayyah yang memusuhi Sayyidina Ali dan ahli bait alaihimus salam.

Apakah kesesatan yang lebih dasyat dari ini?


Terlalu banyak sumb
er rujukan untuk menolak kenyataan dan dakwaan jahat dan palsu ini.Saya tak mampu untuk nukilkan semuanya.Saya hanya mampu memberi rujukan.Semoga Allah SWT membantu kita semua.Antaranya :

(1) Tadwin al-Sunnah al-Nabawiyyah (sejarah penulisan hadith ) oleh Dr. Matar al
-Zahrani

(2) Al-Sunnah Wa Makanatuha Fi al-Tasyri' al-Islami (hadith dan kedudukanya dalam syariat Islam) oleh Dr.Mustafa Sibaie


(3) Tahqiq Ma
waqif al-Sahabah Fi al-Fitnah (pendirian sahabat r.anhum semasa zaman fitnah) oleh Dr.Amahzon.

(4) Al-Fitnah Baina al-Sahab
ah (kekecohan antara sahabat semasa zaman fitnah) oleh Syaikh Muhammad Hassan.


SOALAN BUAT DR FAISAL

Jika agama kami yang kami anuti adalah berbeza dengan agama pada zaman Rasululla
h SAW,maka ingin kami tanya pada anda,apakah agama yang benar dan sebenar di sisi anda?

Semoga Allah memelihara umat ini daripada segala kejahilan dan kesesatan.










1:58 PM

RIWAYAT AHLI BAIT DI SISI AHLI SUNNAH

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh.

Segala puji bagi Allah SWT,Ilah bagi sekelian alam.
Selawat dan Salam buat junjungan mulia Baginda Rasulullah SAW,ahli keluarga Baginda,para sahabat r.anhum dan sesiapa sahaja yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik dan ihsan sehingga hari kiamat.

Amma ba'du,


PERJUANGAN INI AKAN BERTERUSAN

Perjuangan untuk menegakkan agama yang mulia ini tidak akan sesekali berhenti dan terhenti.
Ini kerana,ada sahaja musuh yang cuba menyelinap masuk ke barisan kaum muslimin untuk memporak perandakan urusan agama mereka.Malang bagi masyarakat Malaysia yang rata-ratanya tidak mampu berbahasa Arab dan tidak mempunyai benteng ilmu agama yang mantap,mereka sekarang sedang diserang dengan pelbagai peluru kesesatan dari pelbagai penjuru.

Serangan terhadap syariat Islam yang dilancarkan secara terang-terangan di pentas politik.Juga serangan terhadap prinsip-prinsip Islam atas nama kemajuan,kemodenan,satu Malaysia atas nama membebaskan corak pemikiran lapuk dan kuno yang dicanangkan oleh liberalisma dan pluralisma agama.

Jika dulu,serangan-serangan jahat ini tertumpu ke arah perkara yang disifatkan juzuk dan khilaf,namun sekarang ia semakin menular ke arah prinsip dan tunjang agama iaitu akidah dan pegangan.

Lihat sahaja ajaran sesat di Malaysia yang sudah diwartakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ataupun negeri.Masih bernafas dan bernyawa.Masih bergerak bebas.Saksikan ajaran Ahmadiah dan Bahai di Selayang!

Dan,yang isu yang tidak baru lagi.Seorang Dr. muda bebas menulis dan berkarya menyebarkan racun syiah walaupun ajaran syiah telah digazetkan sebagai sesat di Malaysia!Senang lenang duduk di kerusi pensyarah di sebuah universiti tempatan,tidakkah pihak berkuasa nampak akan kesan negative dan buruknya?Owh lupa.Macam mana nak nampak,sedangkan taqiyyah adalah rukun agama mereka.

Itulah dia Dr Faisal Tehrani!

Seorang Dr yang mengaku sunni tapi setiap hari menyebarkan dakyah syiah!




DR FAISAL TIDAK MENDENGAR NASIHAT

Dalam artikel-artikel saya yang lepas,saya telah memohon jasa baik beliau agar memilih salah satu kondisi yang saya senaraikan tentang letak duduk sebenar pegangannya.Namun,seolah-olah memberi bunga pada kera,beliau masih tidak menghargai nasihat dan saranan individu yang masih menyayanginya.Bahkan,tulisannya semakin tajam dan beracun!

Saya telah bertekad dan berazam untuk membedah artikel-artikel beliau yang ada kaitan dengan usul agama Syiah dan Sunnah.Adapun yang berkaitan dengan Iran yang dicintai beliau,maka persetankan ia.Selagi mana tiada hubungan langsung dengan agama,maka saya tak ingin untuk sesakkan pemikiran saya.


ARTIKEL : BELAJAR DARI WANITA PERTAMA

Sili klik di sini untuk artikel penuh dan komentar pembaca.

Secara peribadi,artikel tersebut mengandungi racun syiah yang ketara bagi yang memahami isu yang cuba disampaikan.Walaupun beliau mengaku sunni berkali-kali,pengakuan beliau tidak memberi sebarang impak padi para pengkritiknya.

Kerana,jika beliau mengaku sunni,ada dua kemungkinan.

(1) Sunni yang jahil dengan isu sunnah-syiah.Jahil dengan sumber agama Sunnah-Syiah.Sunni jahil yang terpedaya dengan Syiah lantaran tiada kayu ukur untuk mengukur dan menapis maklumat agama.Mana mungkin beliau ada kayu ukur.Sedangkan masanya sibuk dengan novel dan satera.Tiba-tiba,ingin masuk dalam polemik Sunnah-Syiah zaman berzaman.Sukarela membawa riwayat itu dan ini tanpa tapisan ilmiah!Ah,tidak sedar kemampuan diri!

(2) Syiah yang bertaqiyyah atas nama sunni untuk menyebarkan racun Syiah.

Buat saudara Faisal,jika anda membaca artikel ini,sila pilih salah satu antara dua yang mana tiada tiga bagi anda!


RIWAYAT AZ-ZAHRA DALAM KITAB AHLI SUNNAH



(sila lihat kelima-lima siri perbincangan tentang selok belok riwayat antara ahli sunnah dan syiah.Syaikh berkopiah putih,guru kami yang mulia al-Syaikh Dr. Thariq Iwadhullah)

Beliau cuba memainkan sentimen riwayat Az-Zahra dan Ahli Bait alaihimus salam yang sedikit dalam kitab ahli Sunnah.

Lupakah beliau apakah kenyataan ulama' hadith tentang sikitnya riwayat yang bersumber dari ahli bait?

Jawapannya kerana,terlalu ramai perawi Syiah yang berdusta atas nama ahli bait!
Sila lihat kitab-kitab kajian hadith perbandingan dalam masalah usul riwayat antara ahli sunnah dan ahli bait.Bagi yang mengambil pengkhususan hadith,mereka sedar segala semua ini.

Antara kitab-kitab rujukan perbandingan dalam masalah ini :

(1) Ittijahat Fi Dirasat al-Sunnah : Qadimuha wa hadiithuha oleh Prof. Dr. Muhammad Abu Laith Khair Abadi.Pensyarah hadith di UIAM Gombak.

(2) Usul al-Riwayah 'inda al-Sunnah Wa al-Syi'ah : Ardh Wa Naqd oleh Prof. Dr. Umar al-Farmawi.Pensyarah hadith di Universiti al-Azhar,Mesir.

(3) Dirasat Fi al-Hadith al-Nabawi Wa Tarikh Tadwinihi oleh Prof. Dr. Mustafha al-A'zhami

(4) Al-Wadha' Fi al-Hadith oleh Dr. Umar Fallatah

Di sana,banyak lagi kitab-kitab kajian perbandingan hadith antara Sunnah dan Syiah yang sepatutnya diketahui oleh Dr Faisal yang mengakui dirinya sebagai sunni,sebelum melontarkan persoalan sedemikian rupa.

Walaupun riwayat ahli bait terlalu banyak dalam kitab-kitab syiah,sudah ditelitikah bagaimana cara periwayatannya?Apakah sumber kitab tersebut?Bagaimana pula kesahihan manuskrip tulisan tangan yang dijadikan sumber?Ah,sang jahil yang teringin untuk membawa riwayat dari kitab syiah,tapi buta usul ilmu dalam mazhab syiah sendiri!

Lupakah Dr akan hadith-hadith kelebihan ahli bait dalam sumber-sumber sunni?Sila buka mana-mana kitab hadith sunni dalam bab manaqib,pasti akan ada riwayat kelebihan ahli bait.Riwayat kelebihan 'Ali,Fatimah,Hasan Husain alaihimus salam.Juga ahli bait Rasulullah yang lain seperti Abbas,Abdullah Ibn Abbas r.anhuma.Juga riwayat kelebihan Ummahatil Mu'minin yang juga ahli bait Rasulullah seperti Aisyah,Hafsah,Ummu Salamah r.anhunn.Juga riwayat kelebihan Abu Bakar,Umar dan Uthman r.anhum yang merupakan ahli keluarga Rasulullah SAW melalui ikatan perkahwinan.Juga kelebihan para sahabat yang tidak murtad selepas kewafatan Rasulullah SAW di sisi Syiah seperti Salman,Abu Zar dan Miqdad r.anhum.

Bahkan lebih dari itu,riwayat kelebihan Sayyidina Ali paling banyak dalam kitab-kitab ahli sunnah.

Bahkan lebih dari itu,riwayat hadith Kisa' adalah dalm kitab ahli sunnah!Dan tiada pun riwayat ini melalui jalan yg sahih dalam kitab Syiah yang mendakwa mencintai ahli bait.
Hadith thaqalain juga ada dalam kitab-kitab ahli sunnah.Oleh sebab itu lah,para syiah berpegang dengan riwayat ahli sunnah.Alangkah malangnya bagi golongan yang mendakwa cinta pada ahli bait,tetapi mengemis riwayat kelebihan ahli bait dari kitab musuh mereka!

Buat Dr Faisal,rajin-rajinkanlah diri mengkaji 2 hadith di atas dari sumber sunnah dan syiah untuk menemui kebenaran!Tapi saya yakin,beliau tak akan faham apa-apa kerana beliau bukan pengkhususan agama,apatah lagi pengkhususan hadith!


KELEBIHAN AHLI BAIT DALAM KITAB AHLI SUNNAH

Saya tidak berniat untuk membawa satu-satu hadith tersebut.Kerana saya tak mahu panjangkan artikel ini.

Para pembaca diminta membaca kitab-kitab hadith seperti Sahih Bukhari,Sahih Muslim,Jami' Tirmizi dan lain-lain dalam bab Manaqib atau Fadhail Ahli Bait.InsyaAllah,para pembaca akan mengetahui bahawa tiada seorangpun dari ahli sunnah yang membenci ahli bait!

Saya tertarik dengan hadith berpegang teguh dengan al-Kitab dan Itrah (Ahli bait).
Sekali lagi beliau mencanangkan bahawa ini adalah hadith dari sumber sunni.
Terima kasih kami ucapkan atas pengiktirafan ini.Ini adalah tanda bahawa sunni menghormati dan menyedari kedudukan ahli bait.Oleh sebab itulah,mereka membawa riwayat-riwayat itu dalam kitab mereka.

TAPI,apa halnya dengan syiah?
Adakah ditemui riwayat yang memuji para sahabat dan Ummahat al-Mu'minin dalam kitab mereka?Sesekali tidak.Bahkan dalam kitab-kitab mereka,dan di hauzah-hauzah mereka,penuh dengan melaknat dan mengkafirkan para sahabat r.anhum!

Kami katakan pada Dr Faisal bahawa sumber sunni sahaja tidak cukup untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan.

Lupakah beliau pada al-Quran.Sumber pertama sunni.Namun,berapa ramai yang sesat dan terpesong dari kebenaran kerana memahami sumber pertama ini mengikut hawa nafsu masing-masing.Al-Quran tidak ditafsir melalui as-sunnah.

Mana mungkin syiah mentafsir al-Quran melalui as-sunnah,sedangkan para sahabat yang meriwayatkan as-sunnah,semuanya telah murtad kecuali beberapa orang sahaja!

Hadith berpegang dengan al-Quran dan Ahli bait ada dalam sumber sunni seperti berikut :

(1) Hadith Jabir Ibn Abdillah.diriwaytkan oleh Imam Tirmizi dalam bab Manaqib Ahli bait Rasulillah SAW.Hadith no 4120.Dalam kitab yang sama,ada hadith Zaid Ibn Arqam (n0 4122).Hadith Umar Ibn Abi Salamah (no 4121).Hadith Ibn Abbas (no 4123)

(2) Hadith Zaid Ibn Arqam dalam Musnad Imam Ahmad (no 19265).
Dalam tahqiq Musnad oleh syaikh Syuaib Arnauth dinyatakan juga sumber hadith ini.

Sahih Muslim (2408),Al-Darimi (no 3316),Abu Daud (no 4973),Nasaie dalam al-Kubra (no 7175) dan banyak lagi.

Nah,lihatlah.betapa banyak sumber sunni dalam memuliakan ahli bait.Saya rasa letih untuk menulis semua sumber itu kerana terlalu banyak.


TAFSIRAN AHLI SUNNAH TERHADAP HADITH AHLI BAIT

Namun,yang peliknya,Faisal tidak membawa tafsiran ahli sunnah terhadap hadith tersebut.Apakah yang ingin dimaksudkan dengan BERPALINGLAH KEPADA YANG BERHAK!

Adoi..

Inilah kepincangan Faisal dalam berkomunikasi dengan kitab ahli sunnah dan manhaj mereka.Mana mungkin beliau tahu,kerana sibuk dengan sastera.Syiah pula terkenal zaman berzaman bahawa mereka pincang dalam memahami usul agama ini.

Ahli sunnah tidak melihat hanya satu dua hadith.Mereka melihat kesemua hadith dan ayat Quran yang berkaitan dalam masalah itu.

Maka ingin ditanya di sini :

(1) Dimanakah hendak dicampak hadith berpegang teguhlah pada sunnah Rasulullah dan sunnah khulafa' sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tirmizi,Abu Daud,Ibn Majah dan lain-lain.

(2) Dimanakah hendak dicampak hadith yang Rasulullah telah meninggalkan 2 perkara yang jika kita berpegang dengannya,maka kita tidak akan sesat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana dalam riwayat Muwatha' oleh Imam Malik?

(3) Dimanakah kita hendak campakkan ayat-ayat al-Quran dalam menyuruh kita berpegang dengan al-Sunnah sebagaimana dalam surah al-Nisa',al-Hasyr dan lain-lain.Dimanakah hendak campak ayat al-Quran tentang mengikuti para sahabah sebagaimana dalam surah at-Taubah?

Maka ingin dinyatakan di sini :

Ahli Sunnah melihat semua riwayat tersebut dan menggabungkannya untuk memahami masalah secara telus.

Kesimpulan ahli sunnah :

(1) Tiada perselisihan antara hadith-hadith tersebut.Ini kerana,setiap hadith difahami pada tempatnya dan masanya.Sebagaimana disebut oleh Mulla Ali Qari dalam syarah Misykat,bahawa Ahli bait Rasulullah SAW,mereka mengetahui banyak perkara dalam rumah Rasulullah SAW sebagaimana para sahabat yang lain mengetahui urusan Rasulullah semasa di luar rumah,ketika musafir dan perang.Maka,mereka saling melengkapi.(Hasyiah Jami' Tirmizi,ms 335,jil 6,edisi al-Risalah)

(2) Ahli sunnah juga mengiktiraf kedudukan ahli bait agar mereka dijaga hak-hak mereka walaupun selepas kewafatan Rasulullah SAW.Perkara ini boleh difahami secara jelas melalui riwayat kelebihan Qarabah Rasulillah SAW sebagaimana dalam Sahih Bukhari dan sebagaimana kenyataan Abu Bakar r.anhu dalam bab yang sama.(Fathul Bari syarah Sahih Bukhari,ms 430 dan seterusnya,jil 8,edisi Tayyibah).Sila lihat juga syarah Hadith Ahli Bait melalui riwayat Zaid ibn Arqam dalam Sahih Muslim (Takmilah Fathil Mulhim Syarah Sahih Muslim,ms 59,jil 5)


SOALAN TERAKHIR BUAT DR FAISAL

Apakah yang ingin dimaksudkan dengan berpaling kepada yang berhak?Apakah yang beliau faham dari hadith berpegang dengan Ahli Bait?

Samaada :

(1) Mengagungkan batang tubuh mereka.Maka selepas kewafatan mereka alihimus salam,apa lagi yang tinggal?

(2) Mengikuti akhlak dan peribadi mereka.Maka,apakah bezanya mereka berbanding akhlak dan peribadi para sahabat yang lain?Sedangkan mereka semua telah dipuji oleh Allah-Pencipta mereka-dalam Al-Quran!

(3) Mengikuti ajaran mereka.Maka,apakah ajaran mereka yang berbeza dengan ajaran para sahabat dan ahli sunnah yang lain?


AKHIRNYA.

Kita sampai pada satu kesimpulan yang memeritkan!!!

Bahawasanya,kamu dan ulama' kamu berada di atas ajaran dan agama yang lain!
Dan Ahli Sunnah berada di atas ajaran dan agama yang lain!

Maka,kenapa kamu mengaku sunni jika ini kefahaman kamu,iaitu ahli bait ada ajaran yang lain.Jika ahli bait tiada ajaran yang lain,maka kenapa kamu bersungguh-sungguh memperjuangkan ahli bait dan kamu menolak tafsiran ulama' ahli sunnah terhadap hadith-hadith di atas sedangkan kamu mengaku sunni?


HARAPAN DAN DOA

Ya Allah,terimalah usahaku yang tak seberapa ini.
Ya Allah,pandulah kami ke jalan yang benar.
Ya Allah,kembalikan saudara kami yang telah terpesong ke jalan yang benar.
Ya Allah,semoga Dikau memberi kerehatan padaku di akhirat sana,kerana letihku yang sedikit bersengkang mata,menahan sakit belakang dan sebagainya,demi agamaMU yan Allah..

Ingatlah kata-kata Abu Zur'ah al-Razi,seorang tokoh hadith pada zaman Imam Ahmad.

Jika engkau melihat seseorang memperlekehkan dan mencerca sahabat Rasulullah SAW,maka ketahuilah bahawasanya dia adalah zindiq (kafir,munafiq yang berpura-pura Islam tetapi ingin menghancurkan Islam dari dalam).Ini kerana Al-Quran dan Al-Sunnah adalah benar di sisi kami.Dan para sahabat r.anhum lah yang menyampaikan al-Quran dan al-Sunnah kepada kita.Sebenarnya,apabila mereka mencerca para sahabat r.anhum,mereka ingin membatalkan al-Quran dan al-Sunnah.Sepatutnya mereka yang lebih utama untuk dicerca.Dan ketahuilah bahawa mereka adalah zindiq!(al-kifayah oleh Khatib Baghdadi dan Tarikh Dimasyq oleh Ibn Asakir-melalui kitab Madar al-Isnad,ms 379,jil 1,edisi al-Maiman)