10:42 AM

DATARAN SYAM MENGGAMIT

AKHIRNYA..

Tatkala cerucuk tekad telah aku pacakkan untuk ke tanah gersang bumi seribu menara selewat 2007 dahulu,telah berlegar-legar dalam benak senarai nama negara yang akan dijejaki.

Aku antara pelajar yang sering membantah tindakan para pelajar pulang bercuti ke tanah air sepanjang saifi.Alasannya amat mudah.RM 3000 jika digunakan untuk safar ke dunia baru,maka alangkah banyaknya manfaat yang tak ternilai yang boleh dikutip sepanjang tempoh berkelana menuntut ilmu.

Padaku,ilmu itu luas skopnya.Bukan hanya pada lembaran kitab dan anjung-anjung masjid yang saban hari menyaksikan wajah dahaga para penuntut ilmu Ilahi.Pengalaman juga merupakan ilmu yang tak ternilai.Belajar dari university of nature.Universiti kehidupan.

Tapi,tabu itu aku sendiri yang pecahkan.Seawal tahun pertama,aku telah melangkah pulang ke tanah air.Begitu juga untuk tahun berikutnya.Aku juga tewas dengan panggilan pulang.

Tahun ini,2010,menjadi tarikh saksi yang aku telah mula melangkah.Dataran Syam yang telah sekian lama menggamit,akhirnya,aku sahut jua lambaianya.


DELEGASI DARI JORDAN

Semasa aku sedang bergelut dengan imtihan fasal satu,seawal Januari 2010,sahabat-sahabat dari Urdun datang menunaikan hak ziarah sesama Muslim.Ada Jemi,Syakir,Zaim,Hamzah dan lain-lain.Pendek cerita,ziarah timbal balik,hutangnya mesti dilangsaikan.

Pertengahan Februari,itulah tarikh yang aku anggarkan.Selepas ma'ridh kutub ke-42 di Kota Kaherah.Tapi,Allah Maha Mentadbir.Delegasi dari Bumi Hijrah pula menyusul.Akhirnya,awal Mac juga yang terpaksa dipilih.Namun semuanya masih lagi samar dan kabur.


LAST MINUTE DECISION

Buat kerja bodoh.Tempah tiket kapal terbang secara tergesa-gesa.Tempah pada 1 Mac dan jadual berlepas pada 3 Mac.

Akhirnya,3 Mac,jam 1.45pm,aku bergegas ke airport.Flight jam 5 pm.Dan,jam 6.30 pm aku telah menjejakkan kaki ke Dataran Syam.


URDUN..

Banyak yang ingin diceritakan.Zaim dan Ayie datang menjemput.Hala tuju ke Medan Mu'tah.Ke tempat persemadian para syuhada'..



Moga Allah memanduku sepanjang safar ini.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment