8:17 PM

UNIVERSITI KEHIDUPAN


MESIR

Aku rasa teruja sepanjang hari ini (21/12/10) dengan Mesir.

Terlalu banyak yang aku pelajari daripada universiti kehidupan di Mesir sepanjang hampir empat tahun kembara aku di perlembahan Nil ini.

Kota Kaherah yang sesak dan padat dengan hampir 30 juta penduduk menjadi sumber untuk aku mengenali manusia dan diri sendiri.

Kehidupan seharian menyaksikan bagaimana mereka dihambat kemiskinan.Ini menjadikan mereka satu masyarakat yang gigih bekerja dan berusaha.Ia juga mengajar mereka untuk berjimat cermat dan tidak membazir.

BUMI SERIBU MENARA

Setiap waktu solat,bumi Mesir akan makmur dengan laungan azan membesarkan Allah SWT, Pencipta alam maya ini.

Solat tetap ditunaikan walau di mana berada dan dalam apa keadaan sekalipun.Rumah Allah SWT tetap makmur di mana-mana.Bukan hanya di hadiri oleh golongan tua yang lanjut usia,tetapi ia juga makmur dengan jemaah daripada pelbagai lapisan umur.Bermula dari kanak-kanak,remaja,dewasa dan juga warga emas.

Pada hari ini,aku merasakan solat di lobi sebuah bangunan bersama pengawal keselamatan.

Semasa kami singgah di kedai makan,aku menyaksikan dua orang wanita menunaikan solat dalam kedai makan tersebut.Kerana musim sejuk yang siangnya pendek,maka waktu solat maghrib boleh dikira pendek iaitu hanya sejam suku sahaja.Kerana makanan yang dipesan lambat sampai,ia tidak menghalang mereka untuk menyembah Allah SWT Yang Maha Esa.

Ia mengingatkan aku,pada peristiwa yang hampir sama berlaku pada aku dan rakan-rakan.Makanan yang dipesan sebelum Maghrib,sampai lambat.Waktu Maghrib yang pendek menyebabkan kami merasakan pengalaman solat di penjuru kedai makan.

Ia pemandangan yang sangat biasa!

Begitu juga,pada hari yang sama,kami melihat seorang pemuda bersolat di sebelah kiosk miliknya. Dalam kesibukan lautan manusia yang sedang lalu lalang,ia tetap sempoi menunaikan ibadahnya kepada Allah SWT.


ITULAH PETUNJUK RASULULLAH SAW

Teringat sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam kitab al-Sunan (no.489) yang bersumber daripada riwayat Abu Zar al-Ghifari.

Rasulullah SAW telah bersabda :


جعلت لي الأرض طهورا ومسجدا


Bumi telah dijadikan bersih dan tempat bersujud untukku


Apabila waktu solat telah masuk,maka semua tempat di permukaan bumi ini (kecuali beberapa tempat yang telah dilarang dalam beberapa hadith) adalah bersih dan boleh dijadikan tempat untuk menunaikan ibadah.

Ia adalah tanda kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT untuk umat ini dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT.


RENUNGAN BUAT DIRI

Maka,teman-temanku,apakah lagi alasan yang mampu kita nyatakan di hadapan Allah SWT jika kita tidak menunaikan solat?

Jika dikatakan kesesakan lalulintas,saya rasa ada sahaja pinggir jalan yang boleh dijadikan tempat untuk bersolat.

Jika dikatakan tidak ditemui masjid,maka ada sahaja tempat untuk ditunaikan solat sebenarnya.

Yang pasti,kita tidak punya alasan!

8:55 PM

SEMUA KITA BERDOSA,TETAPI..


UMAT AKHIR ZAMAN INI


Entahlah apa yang akan jadi dengan umat akhir zaman ini.

Sudahlah perintah Allah SWT agar mengabdikan dirinya kepada Ilahi dipandang enteng..

Dahi tidak mencecah bumi,menandakan solat diabaikan..

Puasa,zakat dan segala ketaatan yang lain ditinggalkan..

Larangan Allah SWT,satu demi satu dilanggar..

Terlalu banyak untuk disenaraikan..


HINGGAKAN

Hinggakan rahmat Allah SWT yang satu ini pun hendak dibakul sampahkan!

Sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no.6069) yang bersumber dari hadith Abi Hurairah menegaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :


كل أمتي معافى إلا المجاهرين ، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا ، ثم يصبح وقد ستره الله ، فيقول : يا فلان ، عملت البارحة كذا وكذا ، وقد بات يستره ربه ، ويصبح يكشف ستر الله عنه

" Setiap individu dari kalangan umatku dimaafkan (dari dosa dan maksiatnya) kecuali individu yang terang-terangan (melakukan dosa dan maksiat tersebut). Sesungguhnya,dikira melakukan dosa dan maksiat secara terangan ialah apabila seseorang itu melakukan sesuatu amalan (dosa) pada waktu malam dan kemudian dia bangun pagi dalam keadaan dosanya telah ditutup oleh Allah SWT,kemudian dia menceritakan kepada kawannya tentang apa yang telah dilakukannya pada waktu malam tadi,sedangkan Allah SWT telah menutupi dosanya,kemudian dia sendiri yang telah mendedahkan dosanya. "


YA ALLAH

Jangan Engkau jadikan aku dari kalangan mereka yang tidak mahu menerima keampunanMU dan rahmatMU ya Allah..

Aku punya banyak dosa pada setiap masa dan detik,tetapi aku mengharapkan keampunanMU dan perlindunganMU..

Ya Allah,tutupilah dosaku pada pandangan makhlukMU di dunia dan akhirat..

Jangan jadikan aku di kalangan mereka yang sudah tidak malu bercumbuan di jalanan,mengakui dirinya gay atau lesbian dan pelbagai maksiat,dosa dan noda yang lain..

Aku malu padamu ya Allah atas dosaku..

Usah dibongkarkan ia dihadapan makhlukmu ya Allah..

Sitrak ya Rabb !!



2:51 PM

AKU WAHABI


DISCLAIMER

Sejak saya menulis tentang isu Syi'ah di blog ini dengan tujuan untuk mengutuhkan kebenaran yang tidak berhajat kepada saya pun sebenarnya,pelbagai reaksi dan komen yang boleh di baca di shoutbox yang dikirim oleh para pembaca.

Semestinya ada pro dan ada kontra.

Jika yang pro,maka ciri-ciri komennya mudah untuk kita ketahui.

Jika kontra pun,amat mudah untuk kita ketahui.Antara ciri utama komen yang bersifat kontra ialah 'saya adalah WAHABI.'

Jadi,perlu ke saya nafikan KEWAHABIAN dari diri saya?


AHLI SUNNAH vs SYIAH RAFIDHAH

Bila berhadapan dengan kumpulan (firaq) yang sesat dan menyimpang dari landasan al-Quran dan al-Sunnah berdasarkan kefahaman Salaf al-Salih,maka umat Islam akan bersatu hati dalam sebuah barisan.

Sebagai contoh,ialah apabila Ahli Sunnah berhadapan dengan Syiah Rafidhah.Maka Ahli Sunnah di sini ialah pakatan 3 serangkai yang terdiri daripada Ahli Hadith/Hanabilah,Asya'irah dan Maturidiyyah.Bukan Ahli Hadith/Hanabilah sahaja yang membongkar penyelewengan Syiah Rafidhah.Bahkan Asya'irah dan Maturidiyyah juga membongkar penyelewengan mereka!

Bahkan di kalangan Syiah sendiri saling menuduh dan mengkafirkan antara satu sama lain.

Tidak usah pergi jauh.

Antara Syi'ah Ismailiyyah dan Syiah Imamiah Ithna Asyariyyah (Rafidhah),mereka juga saling mengkafirkan antara satu sama lain.Adakah Ismailiyyah juga WAHABI?

Bahkan krisis dalaman antara Syiah Ithna Asyariyyah juga menyaksikan isu kafir mengkafir ini.Bahkan sebahagian dari tokoh mereka berfatwa bahawa tidak sah solat di belakang golongan yang lain.

Inilah krisis antara golongan Usuliyyin dan Akhbariyyin/Ikhbariyyin dalam Syiah Imamiah.Adakah Usuliyyin di kira WAHABI di sisi Akhbariyyin atau sebaliknya?

Adapun Ahli Sunnah,apabila mereka berbicara soal ilmiah di kalangan mereka,maka pada masa inilah akan dizahirkan titik perselisihan antara mereka samaada dalam bidang akidah,fiqh,hadith,tafsir dan sebagainya.Inilah fenomena yang kita lihat dalam isu akidah antara Hanabilah/Ahli Hadith,Maturidiyyah dan Asyairah.Juga khilaf fiqh anatara Ahli Hadith,Ahli Zahir dan mazhab empat.Juga khilaf antara Kufiyyin,Basriyyin dan Baghdadiyyin dalam masalah bahasa Arab.

Namun,ia tidak membawa kepada mengkafirkan antara satu sama lain.Bahkan mereka menjadi murid dan guru antara satu sama lain.

SIAPA SAYA?

Saya adalah insan biasa yang sama dengan orang lain.Mungkin kerana ia berkaitan dengan isu agama dan isu WAHABI maka,saya rasa elok jika diperincikan siapa saya dari tiga sudut penting.


(A) AKIDAH

Sebagai yang diketahui umum,tiga aliran akidah yang besar dalam dunia Islam Ahli Sunnah ialah Ahli Hadith/Hanabilah,Asyairah dan Maturidiyyah.

Saya membesar dengan akidah Asyairah.Kitab berbahasa arab pertama dalam aliran ini yang saya pelajari ialah Jauharah al-Tauhid semasa di Darul Quran.

Kemudian,saya mula berjinak-jinak dengan matan akidah Tahawiah.Pada masa itu saya membaca Talkhis Syarah Tahawiah yang ditulis oleh seorang ulama' Pakistan iaitu Maulana Anwar Badakhsyani.

Akhirnya saya sempat talaqqi Syarah Tahawiyyah oleh Ibn Abdil 'Izz dari Syaikh Yusof yang berasal dari Palestin semasa kembara di Tanah Kanggaroo sedikit masa dahulu.Walaupun kitab ini dianggap kontroversi oleh sesetengah ulama' Asyairah seperti Syaikh Zahid al-Kauthari,namun terlalu ramai ulama' yang telah mentahqiq kitab tersebut dan menceritakan perihal nuskhah tulisan tangan untuk kitab tersebut.Dan di sini bukan tempat perinciannya.

Apabila menjejak Bumi al-Azhar,saya melihat kepelbagaian guru-gurunya.Ada yang bermanhaj Asyairah/Maturidiyyah dan ada yang bermanhaj Ahli Hadith dalam masalah akidah.Mereka tetap mengajar di bawah satu bumbung al-Azhar di segenap ceruk bumi Mesir.

Dan akhir sekali,saya memilih aliran Ahli Hadith/Hanabilah dalam bidang akidah.Perbahasan Ithbat,Tafwidh atau Ta'wil di sini bukan tempatnya.

(B) FIQH DAN USUL FIQH

Saya membesar sebagai seorang pengamal Mazhab al-Syafiie.Namun kerana kejahilan saya,pada usia 18 tahun sahaja,saya mula mempelajari kitab dalam mazhab ini yang berbahasa Arab.

Bermula dengan Kifayatul Akhyar Syarah Abi Syuja' juga di Darul Quran.Melakukan perbincangan jarak jauh dengan guru-guru saya yang mengajar al-Iqna' Syarah Abi Syuja' di Madrasah Sri Petaling juga membantu saya dalam membentuk malakah fiqhiyyah.

Di hujung-hujung hidup di Darul Quran,saya mula berkenalan dengan kitab Fiqh Manhaji yang juga disusun dalam mazhab al-Syafiie.

Akhirnya di bumi Mesir,saya sempat mengikuti Daurah Fiqh yang menggunakan Matan Abi Syuja' sebagai teks pengajian.Syaikh Syaltut pada masa itu banyak bergantung pada Hasyiah Baijuri.

Itu dari sudut pengajian secara tradisi.Dan alhamdulillah,sekarang saya sedang menekuni pengajian Mazhab Ahmad Ibn Hanbal.Hampir dua tahun menghadiri kelas Zad al-Mustaqni'.Pembacaan tentang mazhab ini juga semakin diluaskan.Semoga Allah memudahkan urusan saya.

Adapun usul fiqh,maka yang masyhurnya di kalangan pelajar ialah Waraqat.Asas usul fiqh saya perolehi semasa tingkatan empat dan lima.Di Darul Quran tiada subjek usul fiqh pada ketika itu.Saya mengambil inisiatif sendiri mencari guru di luar.Dan saya sempat mempelajari sebahagian kitab Waraqat dan dalam masa yang sama meneliti syarah yang pelbagai untuk kitab tersebut.

Usul fiqh Mazhab Ahmad Ibn Hanbal pula,saya pernah menghadiri sebahagian kelas Syarah al-Kaukab al-Munir oleh Ibn al-Najjar dan sekarang dalam proses mempelajari Syarah Ghayat al-Sul oleh Ibn Mibrad.

Itulah sahaja pengajian fiqh dan usul saya.Tarjih,Talfiq,Ijtihad dan Taqlid,di sini bukan tempat untuk membincangkannya.


(C) PENGKHUSUSAN AKADEMIK

Alhamdulillah,saya sekarang tahun empat di Kuliah Usuluddin (Jabatan Hadith) Universiti al-Azhar.Jadi kebanyakan masa saya adalah untuk pengkhususan saya.Apa sahaja kitab dan rujukan yang berkaitan pengkhususan maka ia perlu dibaca tidak kira siapa penulisnya.

Para teman yang sudah lama mengenali saya,mereka tahu kecenderungan saya terhadap pengkhususan ini.

(D) MANHAJ PEMIKIRAN

Alhamdulillah,saya tidak membataskan pembacaan saya untuk satu-satu aliran sahaja.Pembacaan saya merangkumi aliran yang pelbagai samaada dari sudut akidah,fiqh,hadith,tafsir dan lain-lain.

Kerana,kita tidak boleh berhenti mengkaji.Bak kata seorang teman yang saya anggap beliau sebagai guru saya :


" Bodoh lah,kalau belajar agama pun,masih dicucuk hidung oleh orang lain! "


Jika nak dikatakan saya WAHABI,saya tidak pernah membeli buku Syaikh Muhammad Ibn Abdil Wahhab.Tidak juga buku Syaikh Ibn Baz dan Ibn Uthaimin!

Jika nak dikatakan saya TAIMI (nisbah pada Ibn Taimiyyah),saya hanya ada 2 atau 3 buku kecil tentang beliau dan beberapa tulisan tulisan beliau.Saya masih belum ada Majmu' Fatawanya.Begitu juga lah halnya dengan Ibn Qayyim.Ya,saya mempunyai A'lam al-Muwaqqi'in dan Zaad al-Ma'ad oleh Ibn Qayyim.

Tapi,adakah kerana memiliki buku tersebut dan membacanya,maka saya akan terus jadi WAHABI.

Bahkan buku-buku kuliah kami di al-Azhar,penuh dengan nukilan daripada kitab-kitab dua tokoh hebat ini!

Dan,sekarang saya sangat meminati Syaikh Aidh al-Qarni penulis La Tahzan.

Yang ni mungkin boleh jadi sebab kenapa saya jadi WAHABI!

AKHIRNYA

Jika kerana membela Abu Bakar,Umar,Uthman dan sahabat-sahabat yang lain r.anhum yang dituduh munafiq,kafir dan murtad oleh golongan Syiah yang keji,maka kami di panggil WAHABI...

Jika kerana mempertahankan al-Quran daripada tuduhan telah diselewengkan oleh para sahabat r.anhum sebagaimana yang menjadi akidah Syiah zaman berzaman,maka kami dipanggil WAHABI..

Jika mempertahankan al-Sunnah daripada tuduhan direka-reka oleh sahabat r.anhum dan diselewengkan oleh mereka sebagaimana dakwa Syiah,maka kami dipanggil WAHABI..

Maka aku katakan..
YA, AKU WAHABI !!!



3:30 PM

DR. FAISAL DAN TANGISAN


ASYURA DAN TANGISAN

Artikel kali ini tidak ingin saya panjangkan tulisannya.

Saya akan terus membincangkan dalil-dalil yang di bawa oleh Dr. Faisal demi menyokong upacara 'Asyura yang saban tahun dirayakan oleh Syi'ah Rafidhah yang telah menyimpang dari landasan al-Quran,Sunnah Rasulullah SAW dan petunjuk Ahli Keluarga Rasulullah SAW yang mulia.

Berdasarkan tulisan ini,maka akan jelaslah kedangkalan ilmu hadith dan tafsir Dr. Faisal Tehrani dan bagaimana beliau hanya mengambil frasa-frasa yang menyokong bid'ah dan dakyahnya sahaja dan pada masa yang sama meninggalkan frasa-frasa lain yang bakal menyembelih tengkuknya sendiri!

KAMI KATAKAN 'YA' PADA MENANGIS

Ayat-ayat al-Quran yang dibawa oleh Dr. Faisal tidak kami ragukan lagi.Bahawasanya tangisan kerana memikirkan kalam Ilahi,tidak dapat menyertai jihad kerana tiadanya kelengkapan perang seperti kenderaan,mengenangkan dosa silam dan sebagainya,adalah dituntut oleh Islam.

Ia menjadi petunjuk bahawa hati seseorang individu itu masih mempunyai sekelumit iman.Masih ada dalam hatinya rasa takutkan Allah,pembalasan hari kiamat dan neraka yang disediakan Allah SWT untuk hamba-hambanya yang kufur dan menderhaka kepadaNYA.

Beliau juga membawa kisah Nabi Ya'qub alaihis salam yang menangisi anakanda Baginda iaitu Nabi Yusof alaihis salam sehinggakan buta kedua-dua belah matanya.

Ingin ditanya kepada Dr. Faisal,di bahagian manakah ayat-ayat al-Quran ini yang menunjukkan bahawa tangisan tersebut disertakan dengan teriakan,meratap meraung dan sebagainya yang seringkali dilakukan oleh golongan Syi'ah Rafidhah?

Jawapan yang pasti ialah TIADA!

Dr. Faisal yang kononnya berhujjah dengan al-Quran untuk menggalakkan tangisan,beliau juga sebenarnya yang lupa bahawa Syia'ah Rafidhah yang telah meninggalkan ajaran al-Quran dengan cara menokok tambah tangisan tersebut dengan upacara-upacara yang tak jauh bezanya dengan perayaan Hindu di Batu Cave!

Bahkan dalam kisah Nabi Ya'qub alaihis salam,siapakah yang mengatakan bahawa Baginda menangisi seorang insan yang telah meninggal dunia?

Bahkan Nabi Ya'qub alaihis salam mengetahui bahawa puteranya masih bernafas melalui wahyu Allah SWT.Sesiapa sahaja yang mendalami tafsir surah Yusuf akan memahami isi kandungan surah tersebut dan apa yang saya sampaikan ini.


ANALISA HADITH-HADITH YANG DIJADIKAN HUJJAH OLEH DR.FAISAL

Sebagaimana artikel-artikel yang lepas,Dr. Faisal masih lagi tak jemu-jemu untuk mengemukakan dalil hadith dari kitab Ahli Sunnah.

Kononnya,melalui cara ini,beliau berjaya membuktikan bahawa tradisi meratap dan meraung ini ada juga dalam tradisi dan sumber-sumber muktabar Sunni sendiri.

Dan akhirnya,beliau menuduh kita zalim terhadap Syi'ah kerana kita tidak mengkaji sesuatu isu secara telus bahkan secara membabi buta menuduh Syi'ah tanpa bukti yang jelas dan kukuh!

Alangkah dangkalnya kesimpulan yang dibawa.

Sebagaimana yang diketahui,Dr. Faisal bukanlah seorang graduan bahagian tafsir ataupun hadith.Oleh yang demikian,memang jelaslah bahawa Dr. Faisal tidak dapat membezakan sumber rujukan primer atau sekunder bagi kedua-dua bidang pengajian Islam ini.

Bahkan nama-nama kitab yang disebutkan oleh beliau juga menunjukkan kepincangan beliau dalam meneliti peringkat dan keabsahan sesuatu rujukan.Apatah lagi untuk beliau memahami metodologi penulis kitab berkenaan.

Jika kedudukan sesuatu kitab dan metodologi penulis tidak difahami dengan baik,maka mana mungkin isi kandungan kitab dapat dihidangkan di kalangan pembaca dengan kefahaman yang betul dan jelas.

Hadith yang dinilai dhaif oleh para pengkritik hadith telah disembahkan kepada pembaca sebagai sahih dan dijadikan hujjah!

Alangkah pincangnya ilmu beliau sehingga saya tertanya-tanya,apa guna ijazah kedoktoran yang ada?

Saya tidak marah jika beliau mahu menulis tentang Ahmadi Nejad atau Iran.

Tetapi jika ingin menulis tentang Islam,ingin saya katakan padanya 'HORMATILAH PENGKHUSUSAN ILMIAH!'

(A) Beliau membawa dalil hadith Rasulullah SAW yang bersumber dari hadith Anas Ibn Malik semasa kewafatan anak Baginda SAW iaitu Ibrahim r.anhu.

Jika diteliti hadith riwayat al-Bukhari itu (no.1303) maka kita akan dapati kenyataan Rasulullah SAW iaitu " Kita tidak akan menyebut/mengatakan sesuatu kecuali yang meredhakan Tuhan kita."

Frasa ini seharusnya diberikan penekanan oleh kita semua.

Frasa ini seharusnya dilihat bersama dengan sebuah lagi hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang juga bersumber dari hadith Abdullah Ibn Umar (no.1304) dan juga oleh Imam Muslim (no.924) iaitu 'Allah SWT tidak akan mengazab seseorang itu disebabkan tangisan ataupun kesedihan hati.Tetapi Allah SWT akan mengazab disebabkan ini (maka Rasulullah SAW menunjukkan kepada mulutnya) dan begitu juga Allah akan mengazab seseorang yang berdoa dengan doa jahiliah.'

Berdasarkan dua hadith di atas,dapatlah difahami bahawa Rasulullah SAW memerintahkan agar kita mengelak menghadapi kematian sebagaimana orang jahiliah menghadapi kematian samaada dari segi percakapan ataupun perbuatan.

Tradisi arab jahiliah semasa menghadapi kematian adalah dengan terpekik terlolong,meratap,meraung,memukul badan dan menaburkan pasir dan debu tanah di atas badan.

Perkara ini semuanya telah dilarang oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadith-hadith yang sahih.Adapun saranan al-Quran ialah agar kita mengucapkan istirja' iaitu ' Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un.'


(B) Dr. Faisal juga telah membawa dalil hadith dari Musnad Imam Ahmad yang menceritakan kesyahidan Hamzah r.anhu di Uhud.

Dalil yang kedua ini menunjukkan kepincangan dan kebejatan Dr. Faisal dalam mengemukakan dalil.

Maaf di atas kekasaran bahasa saya!

Masakan saya tidak marah apabila hadith tersebut dipotong bahagian yang penting yang bakal memancung batang leher Syiah Rafidhah!

Alangkah kejinya sifat tidak amanah dalam menukilkan hadith Rasulullah SAW dan kalam ahli ilmu.Inilah Syiah zaman berzaman.Hidup dengan pendustaan!

Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh para ulama' hadith seperti berikut :

(a) Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith kesyahidan Hamzah r.anhu dan tiadanya sesiapapun yang menangisi Hamzah r.anhu melalui 3 jalan yang semuanya bersumber dari jalan Usamah Ibn Zaid daripada Nafi' daripada Ibn Umar r.anhum.(no.4984,5563 dan 5666).{penomboran adalah edisi Syaikh Syuaib al-Arnauth,al-Risalah)

(b) Abu Ya'la al-Musili telah meriwayatkan hadith tersebut juga dari jalan Usamah Ibn Zaid dan dari jalan Anas Ibn Malik.(no.3610){penomboran adalah berdasarkan nota kaki Tanqih al-Tahqiq,edisi Adwa' al-Salaf}

(c) Ibn Majah telah meriwayatkan hadith ini juga melalui jalan Usamah Ibn Ziad.(no.1591) {penomboran edisi Dr.Bassyar 'Awwad,Dar al-Jail}

Sealain daripada tiga ulama' ini,masih terdapat tokoh-tokoh hadith yang lain yang memuatkan hadith ini dalam kitab-kitab mereka seperti al-Tahawi,Ibn Abi Syaibah dan lain-lain tetapi semuanya adalah bersumber daripada jalan Usamah Ibn Zaid daripada Nafi' daripada Ibn Umar r.anhuma.

Secara amanah ingin dinyatakan di sini bahawa para ulama' hadith berselisih pendapat tentang status hadith ini antara yang mendhaifkan dan yang menghasankan hadith ini.

(1) Antara yang mendhaifkan hadith ini ialah al-Busiri dalam Misbah al-Zujajah dan Ibn al-Jauzi dalam al-Tahqiq.

Mereka mendhaifkan hadith ini kerana ia bersumber dari Usamah Ibn Zaid.Ibn al-Jauzi berhujjah dengan kata-kata Imam Ahmad bahawa Usamah meriwayatkan hadith-hadith yang mungkar dari Nafi'.Yahya Ibn Said al-Qattan juga meninggalkan hadith Usamah.Dan Usamah di sisi mereka adalah dhaif.{ms 679,670,jil 2,tanqih al-Tahqiq,edisi Adwa' al-Salaf}

(2) Majoriti ulama' hadith menghukum hadith ini sebagai Hasan.Mereka adalah seperti Syaikh Ahmad Syakir dan Syaikh Syuaib dalam tahqiq al-Musnad,Syaikh al-Albani dan Syaikh Bassyar 'Awwad dalam tahqiq Sunan Ibn Majah.

Ini,kerana pada mereka Usamah Ibn Zaid dinilai sebagai 'hasanul hadith' (hadithnya hasan) dengan syarat beliau tidak menyalahi riwayat perawi lain yang lebih terpercaya (thiqah).

Apapun,jika hadith ini dhaif maka ia tidak boleh dijadikan hujjah.

Jika hadith ini sahih (dan ini adalah pendapat yang lebih tepat) maka ia juga menjadi pedang tajam buat membongkar jenayah ilmiah Dr. Faisal!

Bagaimana?

Beliau telah menterjemah kenyataan Rasulullah SAW iaitu ' Hamzah,tiada seorang pun yang menangis untuknya. ' melalui satu sudut yang lain iaitu seolah-olah Rasulullah SAW menyuruh para wanita tersebut menangis untuk Hamzah.Ia juga mengandungi isyarat bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kita agar menangisi pejuang Islam.

Apapun tafsiran beliau,kenapa disembunyikan penghujung hadith tersebut?

Dalam hadith yang sama Rasulullah SAW telah terganggu tidurnya pada malam itu kerana suara tangisan para wanita ansar itu.Maka Rasulullah SAW telah memerintahkan agar mereka disuraikan dan Baginda melarang umat Islam untuk menangis lagi atas kematian seseorang selepas itu (yang melebihi batasan yang dibenarkan syarak).

Nah,lihatlah nilai amanah Dr.Faisal!

Dan dalam masa yang sama,ketika sampainya berita tangisan ahli keluarga Ja'far setelah syahidnya beliau,Maka Rasulullah SAW telah memerintahkan mereka agar mereka ditegah daripada menangis.Setelah diberitahu kepada Rasulullah SAW bahawa mereka tidak berhenti,maka Rasulullah SAW telah memerintahkan agar disumbat tanah ke dalam mulut mereka.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari (no.1299) dan al-Nasaie (no.1846) melalui hadith 'Aisyah r.anha {penomboran berdasarkan edisi al-durar al-saniyyah}

Nah,lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam masalah tangisan ini.

Hadith wanita Ansar menangis itu adalah selepas perang Uhud.Pada hari yang sama juga Rasulullah SAW telah menegah dari menangisi si mati secara berlebihan.Dan syahidnya Ja'far,Abdullah Ibn Rawahah dan Zaid Ibn Harithah adalah dalam peperangan Mu'tah yang berlaku lama selepas itu.Dan Rasulullah masih lagi bertegas agar jangan ditangisi secara melampau.

Nah,di manakah amanah Dr. Faisal?


(C) Adapun hadith Fatimah r.anha menangisi Ja'far r.anhu dan sabda Rasulullah SAW bahawa seharusnya ditangisi kematian insan seperti Ja'far maka hadith tersebut telah disebut oleh Imam al-Suyuti dalam al-Jami' al-Saghir (no.5465).

Lafaz tersebut telah dirawayatkan oleh Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf (6666/550/3) dalam menceritakan kisah syahidnya Ja'far r.anhu.

Namun hadith itu dinilai dhaif oleh Syaikh al-Albani kerana seorang perawinya adalah majhul.
(n0. 3883,jil 8,ms 340,edisi matabah al-ma'aarif).

Dalam masa yang sama,hadith ini bertentangan dengan riwayat al-Bukhari dan al-Nasaie di atas yang melarang ahli keluarga Ja'far daripada menangisi beliau.Bagaimana mungkin,di sini Rasulullah SAW menggalakkannya pula.

Bagi para pelajar hadith,semata-mata di sebut Musannaf Abd al-Razzaq,dia sudah tahu cerita yang berkaitan dengan riwayat-riwayat sebegini dalam kitab tersebut.Di sini bukan perbahasannya.

Menyembunyikan apa yang bakal meruntuhkan bid'ah puak Syiah Rafidhah kesayangannya!


(D) Adapun riwayat bahawa 'Aisyah r.anha meratapi kematian ayahnya iaitu Abu Bakr r.anhu,maka ingin dinyatakan di sini,dari perkataan manakah diterjemahkan perkataan 'meratap'.

Dalam riwayat-riwayat tersebut yang ada ialah kalimah 'yabkiina' iaitu mereka menangis.Terjemahan nya ialah menangis dan bukannya ratapan seumpama ratapan jahiliah.Tambahan pula,apabila perkara itu (menangis beramai-ramai di rumah Abu Bakar) diketahui oleh Umar r.anhu,maka Baginda telah meleraikannya.Ini menunjukkan bahawa Baginda sedang melaksanakan perintah Rasulullah SAW agar tidak ditangisi si mati apatah lagi berhimpun untuk menangisinya sebagaimana dalam hadith syahidnya Ja'far di atas.

(E) Riwayat al-Tirmizi bahawasanya Ummu Salamah telah bermimpi didatangi Rasulullah SAW dalam keadaan berdebu janggut dan rambutnya kerana kematian Husain r.anhu,maka telah dijelaskan sebelum ini.Hadith itu didhaifkan oleh Imam Tirmizi sendiri dalam kitabnya.

Di manakah amanah ilmiah wahai Dr. Faisal?

(F) Adapun ayat Surah al-Zaariyat itu,ingin ditanya,dari kalimah manakah ia menunjukkan perbuatan memukul mukanya itu berulang-ulang?


KESIMPULAN

Akhirnya,jelaslah kepincangan Dr. Faisal dalam mengemukakan dalil dan meneliti uslub bahasa Arab dalam memahami dalil.

Beliau tidak bisa mengkaji rentetan sesuatu peristiwa untuk menentukan yang mana dahulu dan yang mana kemudia.Ilmu ini penting untuk mengetahui hukum hakam yang paling akhir yang dititahkan oleh Rasulullah SAW.Ilmu inilah yang dipanggil ilmu nasikh dan mansukh.

Beliau juga buta ilmu Usul Fiqh dalam memahami dua topik penting iaitu perbahasan :

(a) Keabsahan fatwa,kenyataan dan perbuatan seseorang sahabat

(b) Keabsahan syariat orang terdahulu (dalam kes ini ialah perbuatan Sarah dan Nabi Ya'qub alaihis salam)

Akhirnya,nasihat saya buat diri saya dan semua,berpegang teguhlah pada al-Quran dan al-Sunnah.Jauhkanlah diri kalian dari syubhat Syiah Rafidhah yang menyeleweng.Doakan hidayat untuk kita dan mereka.

Ameen..

2:12 PM

LAGI-LAGI DR.FAISAL



MENGHORMATI PENGKHUSUSAN

Dunia hari ini memandang tinggi individu yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan samaada pendidikan yang diterima bersifat formal ataupun tidak formal.

Ilmu yang digali secara formal di bangku sekolah,universiti,pondok dan madrasah swasta ataupun ilmu yang ditadah secara tidak formal di anjung-anjung masjid yang bertebaran di seluruh alam,gunanya adalah untuk memandu kita ke arah kebenaran,tunduk kepada kebenaran dan dalil agar kita mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Dunia hari ini juga menyaksikan perkembangan pendidikan dan akademik yang sangat memberangsangkan.Rata-rata di kalangan para pelajar universiti,bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu MA dan PhD.

Jika dahulu,dalam sesebuah kampung kecil di utara atau timur tanah air,mungkin hanya seorang dua sahaja anak kampung yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.Namun,suasana pada hari ini jauh berbeza dari 15 tahun yang lepas.Tiada rasa bangga yang 'melampau' pada diri ibu bapa,jika anaknya berjaya menempatkan diri di universiti.Mungkin kerana dengan keputusan yang tidak sebagus mana pun,masih mampu belajar di universiti ataupun kerana anak kariahnya juga ramai yang ke universiti.Maka apa lagi yang ingin dibanggakan.

Sepatutnya,pada dunia hari ini yang menekankan tahap pencapaian ilmu yang biasanya diukur dengan ukuran universiti iaitu ijazah pertama,kedua dan kedoktoran,seseorang individu itu seharusnya mengenal batasan dan ruang lingkup ilmunya.Ini adalah untuk menjamin agar maklumat yang ditulisnya dan disampaikan kepada orang awam adalah tepat dan benar.

Ini tidak pula bermakna menghalang seseorang itu dari menceburi bidang lain.Tiada salahnya untuk menceburi bidang lain.Namun,untuk mula menulis dan mengemukakan teori dan andaian sendiri,sepatutnya seseorang itu telah mencapai tahap yang sepatutnya yang meluluskan dia untuk menulis.Dan yang lebih penting,tulisan itu telah mendapat akuan daripada para pakar dalam bidang tersebut!

PENCABULAN KEHORMATAN PENGAJIAN ISLAM

Pada hari ini,kehormatan pengajian Islam semakin dicabul.

Dunia it tanpa sempadan,membolehkan sesiapa sahaja untuk mengakses maklumat-maklumaat agama.Bahkan,kitab-kitab telah di 'cd' kan dalam perisian yang pelbagai untuk memudahkan kajian dan penyelidikan.

Dari satu sudut,ia adalah positif.Namun dari satu sudut yang lain,banyak negatifnya.

Jika dahulu,seseorang terpaksa menghabiskan masanya bertahun-tahun,bahkan puluhan tahun,berdampingan dengan para ulama' untuk menguasai cabang-cabang pengajian Islam,namun generasi hari ini lebih selesa untuk membaca sendiri kitab-kitab yang telah diterjemahkan.Maka,hasilnya,semakin banyaklah kefahaman sendiri-sendiri yang timbul.

Bahkan lebih teruk dari itu,mereka juga mula menulis buku dan artikel dalam blog-blog peribadi yang tentunya tiada sesiapa yang mampu menghalangnya.Mereka tidak sedar bahawa setiap patah perkataan yang disampaikan oleh mereka akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah SWT pada hari pengadilan.

Seseorang mujtahid yang telah mencapai tahap ijtihad,akan mendapat pahala dalam apa-apa keadaan pun samaada ijtihadnya betul atau salah.Satu pahala jika ijtihadnya salah iaitu ganjaran atas kesungguhannya untuk mencapai pendapat yang paling tepat dan betul.Dua pahala pula sebagai ganjaran atas keputusan yang tepat dan usaha yang telah dilakukan.

Adapun orang awam,dia tetap akan berdosa jika dia memasuki medan ijtihad (kononnya) kerana ia melakukan sesuatu perkara yang dilarang oleh Allah SWT iaitu memandai-mandai dalam sesuatu perkara yang tidak ditekuninya dan dikuasainya.

Ini tidak pula bermakna,bahawa orang awam seharunya kekal menjadi jahil.Bahkan mereka digesa untuk terus belajar dan mengkaji.Namun,semasa proses belajar dan mengkaji,mereka tidak layak untuk menceburkan diri dalam isu-isu besar samaada melalui penulisan atau pengucapan.Mereka digalakkan untuk berkongsi ilmu dengan masayarakat dalam isu-isu prinsip dalam Islam seperti Tauhid,Asas Fiqh dan lain-lain atas dasar saling memperingatkan antara satu sama lain.

Oleh sebab itulah,para ulama' silam mereka tidak akan berfatwa tanpa kebenaran guru-guru mereka.Begitu juga,hasil tulisan dan kajian mereka,akan disemak terlebih dahulu oleh para ulama' sezaman yang berkaliber sebelum disebarkan dikalangan manusia.

Teringat sebuah kisah yang dinyatakan oleh Imam al-Muzani iaitu murid setia Imam al-Syafiie.Beliau membaca kitab al-Risalah di hadapan al-Syafiie sebanyak hampir 70 kali.Dan setiap kali bacaan,ada sahaja perkara yang dibetulkan oleh Imam al-Syafiie.

Maka,kita seharusnya mengambil nasihat Imam al-Iraqi dan Imam al-Zahabi berkaitan perkara ini.

Kata Imam al-Iraqi, " Elakkanlah mengeluarkan sesuatu tulisan sebelum ia diteliti,disaring dan disemak secara telus."

Kata Imam al-Zahabi, " Tinggalkanlah menulis sesuatu perkara yang mana engkau bukan ahlinya.Dan engkau tetap bukan ahlinya,walaupun engkau dah hitamkan mukamu dengan dakwat! "

Kata Imam Ibn al-Madini, " Mungkin aku akan bertemu kecacatan sesuatu hadith yang aku riwayatkan setelah empat puluh tahun."

Pada saya,perpustakaan dunia Islam sudah sarat dengan kitab-kitab dan kajian ilmiah.Bahkan,saban tahun ada sahaja thesis MA dan PhD yang dibincangkan dan dicetak di seluruh dunia.

Maka,ingin ditanya kepada tangan-tangan gatal yang suka menulis.Kekurangan apakah lagi dalam agama ini yang engkau nampak,sehingga engkau rasakan engkau dapat tampungi kekurangan itu?

Boleh jika ingin menulis isu-isu besar yang memerlukan kepada disiplin ilmu yang jitu dan kukuh.Belajarlah sehingga kamu layak untuk menulis thesis MA di al-Azhar,Universiti Islam Madinah,Ummul Qura,Universiti Jordan,Yarmouk dan lain-lain!

DR. FAISAL DAN JENAYAH ILMU

Sekali lagi artikel saya akan menyentuh tentang Dr. Faisal.

Kali ini,ia menyentuh tentang sikapnya yang tidak menghormati pengkhususan ilmiah.

Artikel yang memuatkan hadith bahawa 'Aisyah r.anha juga meratap semasa kewafatan Rasulullah SAW.

Bunyinya pun dah mungkar!

Kenapa artikel sebegini kerap ditulis oleh Dr. Faisal sejak akhir-akhir ini?

Jawapanya adalah mudah iaitu,10 Muharram semakin dekat.Ia adalah untuk menjustifikasikan perbuatan golongan sesat Syiah Rafidhah yang meratap meraung sambil memukul tubuh badan mereka sempena mengenang kesyahidan Husain r.anhu.

Pada saya,walaupun dia menyatakan rujukan dalam artikelnya,ia tetap menggambarkan jenayah ilmu yang telah dilakukan oleh beliau!

Apabila seseorang itu memasuki sesuatu yang bukan bidangnya,maka akan zahirlah kejahilannya dalam meneliti rujukan dan sumber kajian.Beliau mana mungkin membezakan sumber primer dan sekunder bagi sesuatu bidang jika beliau tidak menghabiskan masa dalam bidang tersebut.

Semuanya main tangkap muat tanpa sebarang penilaian ilmiah mengikut bidang tersebut.

Bahkan inilah sikap Dr. Faisal terhadap bidang hadith dari dahulu lagi.Beliau secara mudah menukilkan sesuatu hadith dan berhujjah dengannya tanpa kajian yg kritis.Bahkan hasil kajian beliau dinisbahkan pula terhadap Ahli Sunnah.

Dan sama juga kesnya dengan hadith yang kononnya 'Aisyah r.anha meratap semasa wafatnya Rasulullah SAW.Lantas ia dijadikan hujjah bahawa meratap meraung atas sesebuah kematian adalah bersumber dari tradisi Sunni sendiri.Akhirnya beliau menuduh kita berlaku tidak adil terhadap Syiah yang berkabung,menangis dan meraung demi mengenang syahidnya Husain r.anhu!

ANALISA HADITH 'AISYAH R.ANHA

Rujukan yang diberikan oleh Dr.Faisal adalah bersumber dari Sirah Ibn Ishaq.

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq daripada Yahya Ibn 'Abbad daripada 'Abbad Ibn 'Abdillah Ibn al-Zubair daripada 'Aisyah r.anha.

Muhaqqiq kitab telah menilai hadith itu dengan kata-katanya iaitu ' Isnadnya adalah Hasan' iaitu hadith ini adalah baik dan justeru boleh dijadikan hujjah.

Di sinilah akan terserlah kepincangan ilmu seseorang yang tidak menjadikan hadith sebagai pengkhususannya.

(A) Kedudukan riwayat Ibn Ishaq ini dalam kitab-kitab hadith.

Hadith ini telah dimasukkan oleh Imam Ahmad dalam al-Musnad (no.26348,jil 43,ms 368/369).Ia juga berasal dari riwayat Ibn Ishaq.

Ia juga dikeluarkan oleh Abu Ya'la (no. 4586) dan oleh al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwwah (213/7) juga melalui jalan Ibn Ishaq.{penomboran adalah berdasarkan tahqiq Syaikh Syu'aib,edisi al-Risalah.}

Hadith yang sama juga telah dikeluarkan oleh Ibn Sa'ad dalam al-Tabaqat namun ia adalah melalui jalan Muhammad Ibn Umar al-Waqidi.Al-Waqidi adalah 'matruk' di sisi ahli hadith iaitu handithnya tidak boleh diterima langsung.{nota kaki Musnad Ahmad ms 369,hil 43} dan {Irwa' al-Ghalil,ms 86,jil 7,edisi al-Maktab al-Islami}

Maka jelaslah di sini bahawa hanya satu jalan sahaja yang boleh dipertanggungjawabkan di sini iaitu jalan Ibn Ishaq.

(B) Apakah status Ibn Ishaq di kalangan para pengkritik hadith?

Saya tidak mahu mengulas panjang tajuk ini kerana ia bernilai thesis lengkap PhD.Mana mungkin hendak ditulis kesemuanya di sini.

Secara umum di sisi para pengkritik hadith,Muhammad Ibn Ishaq Ibn Yasar dinilai sebagai 'hasanul hadith' iatu hadithnya hasan dengan syarat ia tidak bersendirian dalam periwayatan dan riwayatnya tidak menyalahi riwayat para perawi lain yang lebih terpercaya (thiqah) berbandingnya.

Perbahasan tentang beliau boleh dilihat dalam kitab-kitab perawi utama hadith seperti al-Kamil oleh Ibn 'Adi,Tahzib al-Kamal oleh al-Mizzi,al-Kasyif oleh al-Zahabi,Tahzib al-Tahzib oleh Ibn Hajar,Taqrib al-Tahzib oleh Ibn Hajar dan lain-lain.

(C) Setelah kita mengetahui kedudukan Ibn Ishaq di sisi para pengkritik hadith,maka kita dapati beliau bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini.Dan ia menyanggahi riwayat para ulama' hadith lain yang bersumber dari hadith 'Aisyah r.anha sendiri semasa menceritakan tentang detik kewafatan Rasulullah SAW.

Imam al-Bukhari telah meriwayatkan hadith 'Aisyah r.anha dalam banyak tempat dalam Sahih al-Bukhari.Hadith tersebut bernombor 890,1389,3100,3774,4438,4446,4449,4450,4451,5217 dan 6510.

Dalam riwayat di atas,tiada satu pun riwayat yang menyatakan bahawa 'Aisyah r.anha dan para wanita lain meratap sambil menampar muka dan badan mereka.Sedangkan riwayat-riwayat di atas yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dan juga Muslim (137/7) adalah bersumberkan riwayat perawi utama dari 'Aisyah r.anha iaitu 'Urwah Ibn al-Zubair.

Jika hendak dibahas tabaqat perawi dari madar isnad (punca sanad dan dalam kes ini ialah 'Aisyah r.anha),maka riwayat 'Urwah adalah didahulukan berbanding riwayat 'Abbad.Maka Hadith 'Abbad yang bersumber dari jalan Ibn Ishaq tidak boleh diterima dan dihukum syaz dan munkar!

Kenyataan inilah juga yang disebut oleh Syaikh Syuaib dalam nota kaki Musnad Ahmad iaitu " Dalam hadith ini ada nakarah (iaitu ada lafaz yg munkar) dan lafaz itu tidak dikenali dalam melainkan dalam riwayat ini sahaja.Dan 'Aisyah r.anha,isteri Rasulullah SAW,tidaklah tersembunyi dari pengetahuannya akan hadith Abdillah Ibn Mas'ud yang meriwayatkan dari Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda, " Bukanlah dari kami golongan yang memukul pipi dan badan,merobek-robekkan baju dan berdoa dengan doa jahiliah." {jil 43,ms 369}.

Dan tambahan saya,'Aisyah r.anha juga adalah salah seorang perawi hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (no.931) iaitu mayat akan diazab disebabkan tangisan ahli keluarganya.(iaitu tangisan yang melebihi had yang dibenarkan Islam sebagaimana diperincikan oleh hadith Ibn Umar yg diriwayatkan oleh al-Bukhari (no.1304).

Berdasarkan bukti ini,maka yang jelas di sisi ahli hadith di sisi Ahli Sunnah ialah penambahan lafaz bahawa 'Aisyah r.anha memukul badan beliau sambil meratap bersama-sama wanita yang lain adalah penambahan yang munkar dan sekali gus tidak boleh dijadikan hujjah agama.

(D) Bagaimana pula dengan kenyataan peneliti kitab tersebut bahawa isnad hadith Ibn Ishaq adalah Hasan.

Di sini,kita akan nampak ketidaktelitian penulis yang tidak mendalami selok belok ahli hadith.

Jika dipelajari kitab-kitab mustalah hadith,maka kita akan dapati sebab kenapa para ulama' membezakan antara kenyataan 'Hadith Sahih/Hasan' dan 'Isnad Sahih/Hasan'.

Kenyataan 'Isnad Sahih/Hasan' tidak menjamin kesahihan atau kehasanan sesuatu hadith.Kerana ia adalah hukuman terhadap sanad dan bukan nya matan.Biasanya para ulama' akan menyebut isnad hasan/sahih jika ada sesuatu yang mereka ingkari dalam matan tersebut.

Namun perbahasan ini ada syarat-syaratnya yang perlu diteliti dan difahami oleh orang biasa.Dan di sini bukan tempat untuk dijelaskan semuanya.

Sila lihat kitab-kitab mustolah seperti Tadrib al-Rawi,al-Muqaddimah,Ikhtisar Ulum al-Hadith,Fath al-Mughith dan lain-lain.


KESIMPULAN

Berdasarkan keterangan ringkas di atas,maka jelaslah bahawa hadith Ibn Ishaq itu tidak dinilai hasan oleh para pengkaji hadith.Bahkan Syaikh Syuaib yang menyatakan bahawa isnadnya adalah hasan,beliau sendiri yang menilai penambahan lafaz 'memukul badan' itu sebagai munkar.

Apatah lagi jika ia menyalahi riwayat hadith 'Aisyah bersumber dari riwayat perawi yang lain dan dalam masa yang sama menyalahi hadith 'Aisyah yang diriwaytkan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang mayat akan diseksa disebabkan tangisan kaum keluarganya!

Dan ingin ditanya kepada Dr. Faisal,sejak bila hadith 'Aisyah menjadi hujjah di kalangan kalian?

Bukankah beliau kafir di sisi kalian?

Bukankah dalam kitab kalian seumpama Bihar al-Anwar ada bab khusus untuk melaknat 'Aisyah?

Demi Allah,aku telah baca riwayat-riwayat itu dalam Bihar dengan kedua mataku!

Sungguh keji kalian!

Hanya Allah yang Maha Memberi Hidayat.

12:42 PM

FIQH MENANGIS

DUSTA


Bila saya melihat perdebatan antara Sunnah-Syiah di kaca TV atau Youtube, saya seakan jadi bingung memikirkan perihal ulama' Syiah dan agama Syiah.

Dalam kehangatan perdebatan dua penjuru,ulama' Syiah masih tidak segan silu melakukan pendustaan dan pembohongan terutamanya dalam mengemukakan rujukan Ahli Sunnah.Namun,Allah SWT telah berjanji untuk memelihara agama ini.Para ulama' Islam yang ikhlas telah disediakan sepanjang kurun untuk mempertahankan agama ini daripada tafsiran golongan yang jahil,niat buruk para musuh dan penyelewengan para pendusta.

Sama juga halnya dengan penulisan tidak ilmiah para ulama' Syiah yang penuh dengan pendustaan dan penipuan terutamanya yang melibatkan sumber ahli Sunnah.Allah SWT telah memudahkan pena ulama' Ahli Sunnah untuk menolak tohmahan jahat para musuh terhadap agama yang suci dan mulia ini.

Para pembaca mungkin pernah mendengar nama tokoh Syiah iaitu al-Tijani.Beliau sering menjadi wakil Syiah dalam perdebatan Sunnah-Syiah di kaca TV.Beliau mempunyai 4 buku tentang Sunnah-Syiah yang mana keempat-empat buku itu penuh dengan pendustaan, penipuan dan penyelewengan fakta.

Buku-buku itu telah diterjemahkan juga ke bahasa Indonesia sepanjang pengetahuan saya.Antaranya ialah :

(1) Muraja'at
(2) Thumma ihtadaitu-akhirnya kutemui kebenaran
(3) al-Syiah Hum Ahlul Sunnah-Syiah merekalah Ahli Sunnah!

Namun penyelewengan yang terdapat dalam kitab-kitab tersebut telah dijawab oleh seorang tokoh Ahli Sunnah yang berasal dari Kuwait iaitu al-Syaikh Uthman al-Khamis dalam kitab beliau yang mubaarak iaitu Kasyf al-Jani al-Tijani (Membongkar Penjenayah Yang Bernama al-Tijani).

Semua kitab yang telah saya sebutkan tadi,boleh didownload dari internet dan kebanyakannya adalah berbahasa Arab.Para pembaca boleh membuat kajian dan perbandingan sendiri untuk mencari kebenaran.

Saya tertanya-tanya.Kenapakah penipuan dan pendustaan digunakan dalam tulisan dan perdebatan?Adakah agama mereka,fondisinya terlalu rapuh sehingga perlukan pada pendustaan?

Tidakkah mereka mengambil pengajaran dari hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no. 6094) dan Imam Muslim (no. 2607) yang bersumber dari hadith Abdillah Ibn Mas'ud?


إن الصدق يهدي إلى البر ، وإن البر يهدي إلى الجنة ، وإن الرجل ليصدق حتى يكون صديقا ، وإن الكذب يهدي إلى الفجور وإن الفجور يهدي إلى النار ، وإن الرجل ليكذب ، حتى يكتب عند الله كذابا

" Sesungguhnya melazimi kebenaran (samaada dalam percakapan atau perbuatan) itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke Syurga.Dan seseorang lelaki itu akan sentiasa melazimi kebenaran sehinggalah dia ditulis di kalangan orang yang benar.Dan sesungguhnya pendustaan itu membawa kepada kemungkaran dan kemungkaran membawa kepada neraka.Dan sesungguhnya,seseorang lelaki yang melazimi berdusta sehinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta."


Tapi,jika difikirkan,mana mungkin mereka mengambil pelajaran dari hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh para sahabat r.anhum.Ini kerana semua hadith itu adalah dusta dan rekaan para sahabat yang telah kafir di sisi Syiah dan hasil rekaan Bani Umayyah melalui pertolongan para ulama'nya!

Jika hadith tidak diterima,lupakah mereka akan herdikan Allah SWT terhadap para pendusta dalam al-Quran?Sehinggakan Allah SWT telah mengisytiharkan laknatnya ke atas para pendusta! Oh,mana mungkin mereka beriman dengannya.Kerana,al-Quran di sisi mereka telah diubah-ubah dan al-Quran yang asli hanya berada dalam simpanan al-Mahdi di Sardab!

Akhirnya,kutemui jawapan.

Dusta adalah 9/10 agama Syiah.Sebagaimana riwayat yang telah disandarkan pada Imam Ja'far r.anhu secara dusta bahawa Taqiyyah (Dusta/Tipu/Bohong) adalah agamaku dan agama datuk nenekku!

Inilah sebabnya mereka berdusta!


DR. FAISAL DAN SYIAH MALAYSIA

Tiada apa yang berbeza antara Dr. Faisal dan Syiah Malaysia berbanding Syiah Iran,Iraq,Lubnan dan mana-mana Syiah seluruh dunia.

Mana mungkin mereka tidak berdusta (samaada secara sedar atau tidak) sedangkan agama mereka diambil dari para pendusta!

Lihat sahaja artikel-artikel Dr. Faisal yang berunsur keagamaan!Bukankah beliau telah secara terang mengatakan Islam pada hari ini adalah rekaan Bani Umayyah.Dan Islam versi Abdullah Ibn Saba' yang menjadi ikutan Syiah itulah Islam yang sebenar!

Saya masih bingung dalam membaca peribadi Dr. Faisal.Dia cenderung kepada Syiah.Tetapi dia bukan lulusan hauzah Syiah.Sebenarnya,kenyataan beliau terhadap isu al-Quran,pengkafiran sahabat,mut'ah dan apa sahaja yang disimpulkan sebagai rukun agama Syiah,sepatutnya tidak boleh dipakai dan diterima.

Ini kerana,dia tiada autoriti untuk bercakap atas nama Syiah.Apatah lagi jika kenyataan beliau bercanggah dengan pegangan tokoh-tokoh Syiah dunia samaada yang telah meninggal atau masih hidup.

Usahlah ditipu lagi orang awam yang buta bahasa Arab!

Tokoh-tokoh sanjungan Dr. Faisal seperti al-Majlisi dan al-Khomeini,kitab-kitab tulisan mereka penuh dengan prinsip ajaran Syiah seperti yang saya nyatakan sebelum ini!Tokoh-tokoh yang mengkafirkan sahabat dan beriktikad bahawa al-Quran telah diselewengkan!

Negara yang mengaku Negara Islam yang pertama yang telah mencetak kitab Fasl al-Khitab (Kitab yang membuktikan al-Quran telah diselewengkan) lebih kurang 15 tahun dahulu adalah IRAN!

Dr. Faisal tak mampu untuk menutup pekung aib Syiah di mata dunia pada zaman IT ini.Semua kitab tulisan tokoh Syiah tersebut seperti al-Anwar al-Nu'maniyyah dan Tafsir al-Qummi telah dijual di mana-mana dan menjadi rujukan para pelajar.Versi ebook juga mudah didapati.

Maka,apa guna mengagungkan para tokoh hina seperti di atas yang beriktikad bahawa al-Quran telah diseleweng,para sahabat telah kafir dan pelbagai tuduhan lain lagi?

Hatta Ahmadinejad juga pernah mencerca para sahabat secara terangan di kaca TV suatu ketika dahulu!

Ah,Dr. Faisal yang tak ketahuan punca!


LAGI DAKYAH DR. FAISAL

Hidup dengan sumber yang diasaskan atas penipuan.Maka hasilnya penipuan jugalah!

Tertarik dengan artikel terbaru Dr. Faisal tentang menangis.Kononnya,menangis itulah yang menakutkan para musuh.

Saya terfikir,sebab menangis itulah Iran yang dah terang-terang ada senjata nuklear tak diserang-serang oleh tentera Amerika sehingga hari ini.Sedangkan Afghanistan yang disangka ada Osama telah dijadikan padang jarak padang terkukur.Iraq yang dituduh ada nuklear juga telah diganyang semahu mungkin oleh Amerika walaupun terbukti tuduhan keji itu adalah dusta dan palsu.

Dan,Iran sampai hari ini masih terselamat!Oh,terlupa,kerana mereka ada senjata yang menakutkan para musuh iaitu MENANGIS dan semestinya menangis meratapi Syahidnya Husain r.anhu!


PUTAR BELIT NAS AGAMA

Ayat al-Quran dan hadith Rasulullah SAW yang menceritakan tentang tangisan hasil dari khusyu' dan tadabbur ayat-ayat Allah telah ditujukan ke arah menangis meratapi Husain r.anhu.

Apabila pincang dalam berinteraksi dengan ilmu tafsir,maka akan pincanglah kefahaman seseorang itu dalam memahami al-Quran.

Adakah menangis itu khusus untuk orang Syiah?

Adakah Ahli Sunnah tidak menangis semasa membaca al-Quran atau semasa berceramah tentang Rasulullah SAW,ahli bait dan para sahabat r.anhum?

Semua manusia yang masih cukup panca inderanya yang masih tidak pekak dan buta,mengetahui hakikat bahawa Ahli Sunnah juga menangis! Lihat sahaja solat tarawih di Masjidil Haram saban tahun.Adakah tangisan mereka masih belum sampai tahap tangisan Syiah?

Kami katakan ya pada menangis!

Jika ia adalah hasil khusyuk meneliti kalam Ilahi.Menangis mengenangkan dosa silam.Menangis kerana kematian dan ditimpa musibah.Mana mungkin manusia tidak menangis selagi mana dia mempunyai naluri dan fitrah yang bersih.

Tapi,tangisan itu ada fiqhnya!


FIQH MENANGIS

Saya tersenyum sendirian menulis tajuk ini.Kali pertama saya rasa,saya dibuka ilham ini.

Jika Dr Yusuf al-Qaradhawi terkenal dengan pelbagai kitab fiqhnya seperti Fiqh al-Daulah,Fiqh al-Aulawiyat dan Fiqh al-Muwazanah,maka saya telah menemukan penjenamaan baru untuk tangisan.Itulah Fiqh Menangis!

Ya.

Tangisan juga perlukan kepada Fiqh!

Agar tangisan itu menjadi pahala dan penghapus dosa dan bukannya penambah bala dan bencana di padang Mahsyar sana!

Tangisan tanpa fiqh akan menjerumuskan kita ke lembah kesesatan sehinggakan Rasulullah SAW tidak mengaku umat!

Tangisan tanpa fiqh juga boleh menjerumuskan seseorang ke jurang yang menakutkan iaitu solatnya tidak diterima!

Ahli Sunnah mengatakan ya pada tangisan tetapi Ahli Sunnah mengatakan tidak pada ratapan,memukul badan,meraung terpekik terlolong dan mencederakan badan atas alasan mengingati syahidnya Husain r.anhu.

ليس منا من ضرب الخدود ، وشق الجيوب ، ودعى بدعوى الجاهلية
" Bukanlah dari kami orang yang menampar-nampar pipi dan merobekan baju dan berdoa dengan doa Jahiliah."


Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no. 3519) dan Imam Muslim (no. 103) dari hadith Abdillah Ibn Mas'ud r.anhu.

Bahkan dalam hadith yang lain,Rasulullah SAW telah bersabda :

ألا تسمعون ، إن الله لا يعذب بدمع العين ، ولا بحزن القلب ، ولكن يعذب بهذا - وأشار إلى لسانه - أو يرحم ، وإن الميت يعذب ببكاء أهله عليه

" Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengazab seseorang itu kerana airmata yang mengalir semasa menangis,dan tidak juga dengan kesedihan hati.Tetapi Allah SWT akan mengazab disebabkan ini (maka Rasulullah SAW mengisyaratkan pada lisannya).Dan sesungguhnya mayat diazab disebabkan tangisan ahli keluarganya (yang melampaui batasan syariat)."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no. 1304) dan Imam Muslim (no. 924) bersumber dari hadith Abdillah Ibn Umar r.anhuma.

Bahkan ajaran Islam dan al-Quran apabila seseorang itu ditimpa musibah ialah istirja' iaitu menyebut 'Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un' sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 156.

" Dan orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka berkata Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un (sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadanya kita akan kembali)."

Selain itu,dalam Islam,takziah juga ada tempoh masanya.Jumhur fuqaha' mengatakan bahawa takziah adalah selama tiga hari dan bagi seseorang yang bermusafir boleh mengucapkan takziah pada keluarga si mati walaupun selepas tiga hari.Namun ia adalah dengan syarat agar tidak mengembalikan kesedihan kepada keluarga si mati.

Ahli Sunnah bersedih di atas kematian Husain r.anhu.Sebagaimana mereka juga bersedih atas pembunuhan puluhan para nabi oleh Bani Israil seumpama Nabi Yahya dan Nabi Zakaria alaihimussalam.Kami juga sedih atas kesyahidan para sahabat di Badar dan Uhud sempama Hamzah r.anhum.Kami juga sedih atas kesyahidan 70 hafiz al-Quran di Bi'r Mauuna dalam misi dakwah mereka.Kami juga sedih atas kesyahidan Umar di tangan tokoh majusi kesayangan Syiah iaitu Abu Lu'Luah sang zindiq itu.Kami juga sedih atas kesyahidan Uthman r.anhu yang dibunuh di kediamannya.Kami juga sedih atas kesyahidan 'Ali r.anhu ditangan syiahnya yang akhirnya mengkhianatinya!

Tapi,kami nyatakan " Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un " dan bak kata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah bahawa laknat Allah lah ke atas pembunuh Husain,sesiapa yang menolongnya dan redha dengan pembunuhan Husain!

Ahli Bait yang mulia seperti Zainab al-Kubra,jauh dari melakukan ratapan yang menyalahi petunjuk Rasulullah SAW.Adakah mungkin,mereka yang membesar dalam rumah kenabian menyalahi ajaran Rasulullah SAW?Mustahil!

Harap Dr. Faisal bawakan juga dari sumber-sumber Syiah yang menunjukkan bahawa ahli bait yang Mulia pernah meratap dan meraung semasa syahidnya 'Ali r.anhu!Bawakan riwayat-riwayat bahawa Hasan dan Husain,Zainab al-Kubra dan ahli bait yang mulia yang melakukan upacara berkabung seumpama yang dilakukan Syiah pada hari ini!


DR. FAISAL DAN HADITH

Dr. Faisal juga telah membawa hadith dari Jami' al-Tirmizi bahawasanya Ummu Salamah r.anha telah bermimpi Rasulullah SAW selepas pembunuhan Husain r.anhu.Baginda telah dilihat dalam keadaan rambut dan janggut Baginda berdebu.

Hadith itu telah dikatakan sahih oleh beliau!

Hadith tersebut telah dibawa oleh Imam al-Tirmizi dalam kitab beliau dalam Bab Manaqib (Kelebihan) Hasan dan Husain r.anhuma.Hadith Ummu Salamah itu telah direkodkan pada no. 4105 berdasarkan tahqiq Syaikh Syuaib,edisi al-Risalah.(jil 6,ms 326)

Imam Tirmizi selepas meriwayatkan hadith tersebut telah berkata bahawa hadith ini adalah gharib (satu cara menyatakan kedhaifan hadith di sisi beliau).

Komentar Syaikh Syuaib ialah hadith itu dhaif kerana seorang perawinya iaitu Salma adalah majhul.

Hadith yang sama telah dinilai dhaif oleh Syaikh al-Albani dalam Dhaif Jami al-Tirmizi (no 3771) dan dalam dhaif Misykat (no.6115).

Hadith yang sama juga telah didhaifkan oleh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi (jil 9.ms 273,edisi dar al-hadith).

Penilaian para ulama' ini adalah sama dengan Imam al-Tirmizi.Bagi sesiapa yang mempelajari manhaj Imam Tirmizi dalam menulis kitab beliau,mereka akan memahami kewujudan hadith-hadith yang cacat ini dalam kitab beliau.Iaitu,kitab beliau ini juga memuatkan perbahasan ilmu ilal hadith yang sangat rumit.

Adapun cerita Uwais al-Qarni yang dinukilkan dari tarikh Halb,maka saya tidak sempat untuk bincangkan di sini kerana saya belum sempat menyemak Tarikh Halb.

Namun,cerita tersebut tidak selamat dari beberapa kritikan.

(1) Uwais al-Qarni diketahui kewujudanya berdasarkan hadith Sahih Muslim (no.2542) dari hadith Asir Ibn Jabir.Beliau telah bertemu Umar r.anhu pada zaman khilafah Umar r.anhu.

(2) Dalam sesetengah riwayat melalui sanad yg jayyid Uwais al-Qarni telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai sebaik-baik tabiin dan bukanya sebagai sahabat.al-Haithami dalam al-Majma' (10/25) dan al-Syaukani dalam Durr al-Sihabah (no. 492) menilai sanad hadith ini adalah jayyid.(penomboran adalah edisi al-durar al-saniyyah).

(3) Ta'rif sahabat tidak kena pada Uwais al-Qarni mengikut kaedah semua ulama' dalam menta'rifkan sahabat.Tidak kena pada ta'rif Ahli Hadith dan tidak juga pada ta'rif usuliyyin dan tidak juga pada ta'rif lughawiyyin.

(4) Cerita Uwais al-Qarni mematahkan gigi beliau tiada sanad yang boleh dipertanggungjawabkan.Kitab-kitab sejarah perlu dikaji sanadnya kerana ia bersifat mengumpul tanpa tapisan.Maka,bagaimana ia boleh menjadi hujjah untuk menguatkan hujjah perayaan bid'ah asyura di sisi Syiah?

(5) Jika beliau di kira sebagai sahabat,sejak bila pula perbuatan sahabat menjadi hujjah dalam agama dan apatah lagi bila bertentangan dengan hadith Sahih yang melarang perbuatan ratapan,mengoyakan baju dan memukul badan seperti yang telah diterangkan di atas?

(6) Peristiwa tersebut berlaku dalam perang Uhud dan ia masih lagi di awal Hijrah.Maka jika peristiwa ini benar berlaku,maka ia telah dinasakhkan oleh hadith-hadith larangan di atas!

(7) Uwais al-Qarni tidak pernah bertemu dengan Rasulullah SAW.Maka tidak mustahil ada beberapa perkara yang tidak diketahui oleh beliau.Maka perbuatan yang dibuat disebabkan tidak mengetahui dalil dan nas,tidak boleh dijadikan hujjah dan diteruskan apabila telah jelas nas yang menghalang dan melarang.

(8) Detil tentang Uwais al-Qarni boleh didapati dari sumber berikut

(i) al-Isti'aab fi Ma'rifatil Ashab oleh Ibn Abdil Baar
(ii) al-Isobah Fi al-Tamyiz Baina al-Sahabah oleh Ibn Hajar
(iii) Usdul Ghabah oleh Ibn Athir
(iv) Siyar A'laam al-Nubala' oleh al-Zahabi


BANDINGKAN ANTARA SUNNAH DAN SYIAH!



Sambutan Asyura.



Sambutan Asyura yang kononnya mengenang Husain r.anhu walaupun ia bercanggah dengan syariat Islam.



Sambutan lailatul qadar di sisi Syiah bersempena syahidnya Ali r.anhu.Sila dengarkan pujia-pujian syirik yang diberikan pada Ali.



Bagi individu yang masih menghargai nikmat akal fikiran yang waras,buatlah pertimbangan kalian sendiri!