2:46 PM

MEDAN MU'TAH

BINGKISAN DARAH SYUHADA'


Medan Mu'tah.Medan seribu cerita,seribu 'ibrah buat yang menelusurinya dengan mata hati.Hati yang disuluh cahaya iman.Medan yang menyaksikan kepahlawanan para sahabat r.anhum demi menyebarkan Islam sebagai ad-din.Sang syahid seperti Ja'far Ibn Abi Thalib,Zaid Ibn Harithah dan Abdullah Ibn Rawahah r.anhum.Darah merah mereka masih lagi terasa harum di medan ini.Masih terasa panas pekat darah mereka yang mulia.Kuliah Syariah Jamiah Mu'tah adalah penerus perjuangan itu,walaupun dihimpit segala kemungkaran kuliah-kuliah lain di medan ini.



MUSTAMI'


Khamis 4 Mac 2010,jam 9 a.m..


Agak pelik.Aku,sang pemalas di bumi kinanah yang tak pernah sekalipun hadir ke kuliah rasmi,tiba-tiba bangkit seawal pagi meredah sejuk untuk hadir ke kuliah.Harapannya adalah untuk membuat perbandingan antara dua universiti.Al-Azhar,menara ilmu dan Jamiah Mu'tah,kesinambungan darah syuhada'.Aku bertahan tak tidur pagi sehingga jam dua petang.Hairan bin ajaib.



AL-BAHR AL-MAYYIT (LAUT MATI)


Jumaat 5 Mac 2010,jam 2.45 p.m


Ajakan dari teman aku sahut.Melihat tempat orang.Perjalanan sejam lebih melalui lereng-lereng bukit,akhirnya berakhir dengan sebuah keluhan.Pantai yang indah dan cantik,pastinya tercemar dengan perangai pengunjungnya.Tak perlu diceritakan.Masing-masing lebih arif.Sedih bercampur baur,bila diseberangnya adalah tanah Palestin-bumi jihad-yang ditawan.Pada waktu malam,neon begemerlapan menerangi tanah yang dijajah.Tapi,adakah kami di tebing sini,turut menyimpan sekelumit rasa tanggungjawab?Adakah ruang tangisan buat saudara seakidah di sana?

Hanya kegembiraan memenuhi hari tersebut.Tiada duka tiada hiba.Ya Allah,ampunilah aku.Jangan Engkau hisab aku pada perkara yang aku tidak mampu..


Wassalam

0 comments:

Post a Comment