4:57 AM

ISLAM ITU MULANYA ASING

KENAPA JALAN INI YANG DIPILIH

Kebanyakan dari kita tahu bahawa Islam itu mulanya asing.Ia juga akan kembali asing seperti dulu.Dan alangkah bertuahnya insan-insan yang telah memilih jalan yang asing itu.

قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏بدأ الإسلام ‏ ‏غريبا ‏ ‏وسيعود كما بدأ غريبا ‏ ‏فطوبى ‏ ‏للغرباء ‏
Inilah intipati dari hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya.Juga Imam al-Tirmizi dalam al-Jami' dan Imam Ahmad dalam al-Musnad di beberapa tempat.Hadith ini adalah sahih sehingga lafaz : فطوبى ‏ ‏للغرباء

Ini adalah pengakhiran lafaz yang ada dalam Sahih Muslim.Dalam satu riwayat al-Bazzar lafaz Islam diriwayatkan dengan lafaz Iman.Namun begitu,sambungan hadith ini yang menjelaskan siapakah individu yang asing itu,kebanyakannya (bahkan hampir semuanya) terdapat kelemahan di dalamnya.Oleh yang demikian,nisbah sahih untuk hadith ini hanyalah sehingga lafaz Muslim sahaja.Untuk detil,boleh dirujuk kitab Musnad Imam Ahmad tahqiq Syaikh Syu'aib,Jami' Tirmizi tahqiq beliau juga dan kitab-kitab takhrij yang lain.

ADAKAH ASING ITU SYAZ DAN GANJIL?

Tidak sekali-kali!!

Asing itu bukan syaz dan ganjil pada istilah syara'.Bagaimana boleh dikatakan asing itu ganjil dan syaz.Sedangkan Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita atas jalan yang putih bersih.Malamnya adalah terang benderang umpama siang.Tidak akan sesekal menyeleweng dari jalan ini kecuali orang yang celaka dan rosak.

Asing di sini kerana dia telah tergolong dalam golongan yang sedikit.

Asing di sini kerana dia telah memilih Islam semata-mata.Tanpa tambahan dan campuran (bid'ah para perosak agama).Itulah Islam yang disifatkan oleh al-Hafiz al-Zahabi sebagai :


الإسلام المحض


Ia juga senada dengan sebuah hadith yang lain bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda " Akan datang kepada manusia satu zaman,orang yang sabar dikalangan mereka atas urusan agama mereka,adalah seumpama orang yang menggenggam bara api."


Hadith ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi dari jalan Anas Bin Malik r.anhu.Para ulama' telah berbeza dalam menilai kedudukan hadith ini antara yang mendhaifkannya dan mensahihkannya.


Adapun ulama' yang mendhaifkan hadith ini berdasarkan sanadnya adalah seperti Ibn 'Adiyy dalam al-Kamil,Ibn al-Qaisarani dalam zakhirah al-Huffaz, Qadhi Ibn al-'Arabi dalam 'Aaridhah,al-Mizzi dalam Tahzib al-Kamal dan al-Zahabi dalam Mizan al-I'tidal.


Imam al-Tirmizi juga mengisyaratkan kedhaifan hadith ini melalui kata-katanya " Ini adalah hadith yang gharib melalui jalan ini.Perawinya iaitu Umar Bin Syakir,bukan sedikit ahli ilmu telah menganbil riwayat darinya.Dia adalah syaikh berasal dari Basrah."


Para ulama' menilai sanad hadith ini sebagai lemah kerana di dalamnya terdapat Umar ibn Syakir al-Basri.Istilah 'Syaikh' dalam ilmu hadith menunjukkan adanya kelemahan dalam perawi tersebut (walaupun tidak secara mutlak).Abu Hatim menghukumnya sebagai lemah.Ibn Hibban menilainya thiqah.

Maka,pendapat yang pertengahan untuk perawi ini ialah hadithnya boleh dijadikan i'tibar (istilah dalam hadith yg tak seharusnya difahami dengan bahasa biasa) dan hadithnya boleh dinaik taraf menjadi hasan jika ada penguat dan selagi mana matannya tidak mungkar.

Rahimallah aimmatal Islam.Rahimallah al-Syaikhain Ibn Baaz dan al-Albani.Mereka telah menghukum hadith ini sebagai hasan.Khitam Miskil Muhaddithin pada kurun ini iaitu Syaikh al-Albani telah memasukkan hadith ini dalam al-Sahihah kerana banyaknya syawahid (penguat).Hadith ini juga dinilai sahih lighairihi oleh Syaikh Syuaib dalam tahqiq Jami' al-Tirmizi kerana syawahidnya.Syahidnya adalah hadith Abi Tha'labah al-Khasyani dalam Jami' al-Tirmizi (no 3310). Hadith ini dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam sahihnya (no 385) dan syahid dari hadith Abi Hurairah dalam Musnad Ahmad (no 9074).

Inilah yang difahami melalui kata-kata al-Tirmizi bahawa hadith Anas bin Malik melalui riwayat Umar ibn Syakir adalah 'Gharib min hazal wajh' dan mahfumnya ialah 'Masyhur min ghairi hazal wajh' (Masyhur melalui jalan lain).

Asing bukan syaz dan ganjil.

Asing adalah asli dan tulen.

SALAFIAH DAN SALAF Al-SOLEH

Thabatlah di atas jalan ini wahai ikhwah salafiah.
Usah goyah dan gentar.
Kita menjunjung agama ini bukan kerana manusia.
Ia adalah manefestasi ubudiah kita pada Allah.
Berpegang pada manhaj nubuwwah,sahabat dan salafil ummah.
Bahawa berpada dalam al-Sunnah lebih baik dari bersusah payah dalam bid'ah.
Apa sahaja yang dinistakan pada kita,jadikan ia muhasabah.
Teruskan menadah ilmu dari masyaikh,agar dijamin keabsahan ilmu.
Jaga akhlak,adab dan etika dalam khilaf..
Biasakan dengan kenyataan ' la adri! '
Inilah jalan yang bukan kita pilih.
Tapi inilah manhaj yang wajib ditelusuri.

Thabatlah!!
Doakan saudaramu ini.















2 comments:

Pendahaga Ilmu said...

Dataran Nil ini telah lama menyaksikan kemunculan demi kemunculan ulama yang memberi sinar ke seluruh dunia, Al-Imam As-Syafi-e d.l.l. Ulama mewariskan ilmu sebagaimana Rasulullah juga mewariskan ilmu. Sewajarnya saya dan awak mencari peninggalan ulama-ulama silam yang telah lama khazanah ini tersimpan di dada para ulama yang masih ikhlas memperjuangkan ajaran yang Haq, kerana ilmu itu telah lama bertapak dan diwarisi. Jom pi talaqqi, bukalah minda untuk menerima hujah dan pendapat, bukalah hati untuk menerima tarbiah dan tazkiah, bukalah kerendahan hati untuk bergaul dengan yang tidak sependapat. Fatuuba lilghuraba'!

nasaie said...

Syukran atas salam ziarah dari Pendahaga Ilmu..
Terima kasih atas tinggalan nasihat di laman saya.
Seruan untuk talaqi,alhamdulillah bersambut baik..
Seruan untuk buka minda menerima hujah dan pendapat juga bersambut baik.
Seruan bergaul dengan yang tak sependapat juga bersambut baik..
syukran..

Post a Comment