6:14 AM

MENCARI KEBENARAN



Assalamualaikum,

Ikhwah dan akhawat sekalian,
Salam ukhuwwah,salam mujahadah.

Dr Faisal Tehrani Salam, Terima kasih mempromosi karya dan nama saya. Terlalu banyak yang tidak benar telah sdr palitkan pada nama saya.

Itulah komen Dr Faisal Tehrani terhadap artikel saya semalam.

Dan ini pula jawapan balas saya :

nasaie dr faisal : terima kasih kerana sudi bertandang.hanya tuan yg mampu bersihkan nama tuan.sila bersihkan dalam blog tuan.moga dapat kita amik manfaat


MENGELAK FITNAH


Saya berpegang dengan saranan al-Quran dalam surah al-Hujurat agar disemak balik setiap perkhabaran dan berita yang diterima agar kita tidak menuduh seseorang secara jahil dan membuta tuli.

Sebab itulah saya tidak melayan cerita-cerita yang saya dengar dari kawan-kawan.Sehinggalah saya membaca sendiri blog Dr Faisal.Saya hanya pernah komen sekali di blog beliau tentang artikel bas khusus untuk wanita di Iran.Jawapan balik beliau itulah yang saya anggap seolah-olah cabaran pembuktian terhadap kenyataan dan dakwaan saya.Sila lihat di sini di bahagian komen.

Secara peribadi,saya tidak mahu mengulas di blog beliau kerana beliau menapis komen yang dihantar.Dan komen saya terhadap artikel Kuasa tidak disiarkan (jika komen tersebut sampai).


MASIH BERTEGAS


Saya tidak akan sesekali menarik tulisan saya dan jauh sekali dari meminta maaf selagi saudara Faisal tidak mempertahankan diri beliau secara ilmiah.Jika beliau mempertahankan dirinya secara ilmiah,maka saya tidak teragak-agak untuk meminta maaf.Ini kerana,kita semua mencari kebenaran dan bukannya menjaga keegoan diri.

Samaada Dr Faisal tidak ada pengetahuan dalam selok belok riwayat hadith langsung ataupun beliau ada pengetahuan.

Jika :

(1) Beliau tidak ada pengetahuan dalam bab ini,maka beliau adalah jahil.Dan agama tidak boleh diambil dari orang jahil!Kata Abdullah Ibn Mubarak bahawa isnad adalah dari agama.Kalaulah tiada isnad nescaya sesiapa sahaja akan bercakap sesukata hati!Muhammad Ibn Sirin telah menyatakan bahawa ilmu adalah agama.Maka hendaklah kamu melihat daripada siapa kamu mengambilnya.

(2) Jika beliau berpengetahuan,maka terbuktilah pendustaan dan penipuannya!

Banyak lagi artikel yang saya sifatkan sebagai racun syi'ah.
Antara contohnya ialah beliau mengatakan bahawa sahabat r.anhum telah murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW kecuali beberapa orang sahaja.Dan beliau mengatakan sumber sejarah kemurtadan sahabat r.anhum ada dalam sumber sunni sendiri.Sila lihat di sini.

Inilah manhaj syi'ah yang pincang zaman berzaman.
Mengambil sesuatu berita tanpa usul ilmu yang jelas.

Hadith yang dikemukan beliau memang ada dalam sumber ahli sunnah.TAPI,jangan lupa yang ulama' hadith yang meriwayatkan hadith-hadith tentang kemurtadan itu,ulama' itu jugalah yang telah memasukkan fadhilat para sahabat r.anhum dalam kitab-kitab hadith mereka.Kenapa tidak dibawa syarah hadith-hadith tersebut dari kitab-kitab syarah hadith yang mu'tabar di sisi ahli sunnah?

Syubhat-syubhat rapuh itu telah dijawab oleh ulama' sunnah kurun berkurun.
Antara kitab yang baik dalam isu menjawab tuduhan para musuh Islam terhadap para sahabat r.anhum ialah ' al-Sunnah al-Nabawiyyah Fi Kitabat 'Adaa' al-Islam ' oleh Dr 'Imad al-Syarbini salah seorang ulama' hadith di al-Azhar al-Syarif.Beliau telah menjawab segala tohmahan tersebut dalam bab khusus berkaitan syi'ah yang mengkafirkan sahabat r.anhum.


SAHABAT R.ANHUM KAFIR ADALAH AKIDAH SYI'AH IMAMIAH (RAFIDHAH)


Rasa malas nak tulis banyak-banyak sumber syi'ah yang mengkafirkan para sahabat r.anhum.

Lebih kurang tiga tahun yang lepas,seorang sahabat saya telah melawat Iran.Di sana beliau telah dibawa oleh seorang pelajar malaysia untuk berjumpa dengan seorang maraji' syiah.Sebuah buku telah dihadiahkan kepada beliau.

' al-Syi'ah Hum Ahl al-Sunnah! '

Itulah tajuk buku tersebut.Di tulis oleh Dr Muhammad al-Tijani al-Samawi berkelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Sorboune,Perancis.

Kitab berbahasa arab setebal 327 muka surat itu penuh dengan cacian terhadap para sahabat r.anhum.Penuh dengan takfir sahabat dan dakwaan mereka murtad dan menzalimi ahli bait!


NASIHAT BUAT TEMAN


Semoga kita berhati-hati dalam urusan agama kita.Musuh ada di mana-mana.

Buat saudara Dr Faisal,sila bersihkan nama anda dalam blog peribadi anda.
Sebagaimana saya nyatakan sebelum ini,saya tidak bermasalah jika saudara ingin jadi syi'ah ataupun tidak.

Cuma,saya berharap agar saudara menyatakan pendirian saudara.

Samaada :

(1) Saudara bukan syi'ah.Maka saudara mestilah iklankan bahawa saudara berlepas diri daripada kesesatan syi'ah dan ulama'nya yang terang-terang melakukan kufur dan syirik dalam
akidah mereka.Dan saudara mesti membuang riwayat-riwayat yang menyokong syi'ah dan berunsur mencerca sahabat dari blog tuan.Jika ingin dibawa riwayat dari kitab ahli sunnah,maka bawalah secara lengkap dari sudut status dan syarahan para ulama' ahli sunnah.

(2) Saudara adalah syi'ah.Maka mudahlah kami mentahzir ummat dari saudara dan semoga peminat saudara tidak tertipu dan berhati-hati dengan riwayat yang saudara kemukakan terutamanya dari sumber ahli sunnah.

Buat teman seperjuangan,

Maafkan saya kerana tak dapat nak terjemah semua kenyataan berbahasa arab ataupun video berbahasa arab yang saya sertakan.Masa tidak mengizinkan.Sekurang-kurangnya saya telah nyatakan rujukan secara umum.Jika saya dituduh tidak amanah dalam tulisan saya,maka saya berharap Dr Faisal dan teman-temannya dapat buktikan.

Allah yahdiina ila sawa' al-sabil.

Ya Allah,semoga dengan usaha aku yang tidak seberapa ini,Kau selamatkan wajahku dari sambaran Jahannam kerana cintaku pada RasulMu,ahli bait dan sahabat baginda r.anhum.









0 comments:

Post a Comment