8:09 PM

HARI RAYA GHADIR KHUM?

الحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على الرحمة المهداة والنعمة المسداة المبعوث رحمة للعالمين
وعلى أزواجه الطيبات الطاهرات أمهات المؤمنين
وآل بيته قرة العينين
وأصحابه حماة الدين غر الميامين
ومن تبعهم إلى يوم لا ينفعهم أي مال وبنين

أما بعد

ILMU BARU

Sepanjang 26 tahun aku bernafas d
i bumi Allah SWT sebagai seorang Muslim,sehari dua ini sahajalah aku baru terdengar adanya hari raya ketiga dalam Islam.Dan mungkin ini bukan yang ketiga dan terakhir.Mungkin di sana ada hari raya yang lain yang tidak diketahui oleh sebilion lebih umat Islam di seantero alam.

Hari raya apa?

Hari raya Ghadir Khum!



Rupa-rupanya hari raya AGAMA SYIAH yang sentiasa berbeza dengan majoriti umat Islam yang lebih dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal Jama'ah.Tidak pelik jika saya katakan jika Syiah bukan satu aliran dalam Islam bahkan ia adalah agama yang berbeza dengan Islam.Berbeza pada 2 sumber utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.Bahkan,tokoh-tokoh mereka secara jelas mengiakan perbezaan ini.


(Ghadir Khum)

Pendokong ahli bait di Malaysia bertukar-tukar ucapan tahniah sesama mereka.Tokoh Syiah Malaysia yang tak malu mengaku Sunni,juga dalam blognya memuatkan satu artikel pendek tentang Ghadir.Apa gunna mengaku Sunni jika semua yang dibentangkan adalah akidah dan syariat Syiah?

Bilakah Hari Raya Ghadir Khum?

Setakat pencarian dalam internet,katanya 18 Zulhijjah.Entahlah.Sebab tak pernah ambil tahun pun sebelum ini.

Kenapa dan bila bermulanya Hari Raya Ghadir?

Apa signifikanya dalam hidup seorang Muslim?


HARI RAYA KAUM MUSLIMIN

Setahu aku,dalam Islam hanya ada dua Hari Raya iaitu Idul Fitri dan Idul Adha.Pada dua hari ini,seluruh umat Islam diharamkan berpuasa bahkan telah disyariatkan untuk makan dan minum beserta zikrullah.

Larangan ini telah diriwayatkan oleh ulama' hadith daripada beberapa orang sahabat r.anhum.Antaranya ialah hadith bersumber daripada Amirul Mu'minin Umar Ibn al-Khattab r.anhu.

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Siyam (Puasa),Bab Larangan Berpuasa Pada Hari Fitr Dan Adha (no 1137).{Fath al-Mulhim Syarah Sahih Muslim,jil 5,ms 261,edisi Dar al-Qalam}.

عن أبي عبيد مولى ابن أزهر أنه قال : شهدت العيد مع عمر بن الخطاب فجاء فصلى ثم انصرف فخطب الناس فقال : إن هذين يومان نهى رسول الله عن صومهما-يوم فطركم من صيامكم والآخر يوم تأكلون فيه من نسككم

Daripada Abi Ubaid Maula Ibn Azhar katanya : Aku telah menghadiri hari raya bersama Umar Ibn al-Khattab.Baginda telah hadir dan menunaikan solat hari raya kemudian Baginda telah menyampaikan khutbah.Baginda berkata bahawasanya dua hari raya ini,Rasulullah SAW telah mengharamkan untuk berpuasa pada hari tersebut iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.


Jika inilah kenyataan Rasulullah SAW tentang hari raya umat Islam,maka dari mana pula datangnya Hari Raya Ghadir Khum?


HARI RAYA GHADIR KHUM

Kisah Ghadir Khum adalah satu kisah yang masyhur dan ia adalah hakikat sejarah yang tidak boleh untuk diingkari lagi.

Kisah ini telah diriwayatkan secara mutawatir oleh ulama' hadith Ahli Sunnah dalam kitab-kitab mereka.Ini menunjukkan bahawa ulama' Ahli Sunnah menyampaikan apa sahaja yang berlaku sepanjang hidup Rasulullah SAW.Namun harus diingat bahawa berita dan peristiwa tersebut diriwayatkan melalui metodologi yang sangat kukuh dan unik yang dikenali sebagai ulum hadith yang merangkumi Jarh Ta'dil(Status pembawa berita),'Ilal Hadith (kecacatan berita) dan lain-lain ilmu lagi yang telah diakui oleh ulama' Islam dan para musuh Islam sekalipun sejak zaman berzaman.

Kisah Ghadir Khum ini berlaku dalam tempoh tiga bulan sebelum kewafatan Rasulullah SAW sekembalinya Rasulullah SAW dan para sahabat r.anhum dari menunaikan ibadah haji.Semasa perjalanan pulang,Baginda Rasul SAW telah berhenti di satu sumber mata air (ghadir) yang bernama Khum.Jaraknya ialah lebih kurang 200 km lebih dari Kota Makkah.

Apa istimewanya kisah Ghadir Khum?

Hadith Ghadir Khum telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim.Ia bersumber dari hadith sahabat Zaid Ibn Arqam r.anhu.Ia telah diriwayatkan dalam Kitab Fadhail (Kelebihan) Para Sahabat dalam Bab Kelebihan Saidina 'Ali r.anhum ajma'in (no 2408).{Takmilah Fath al-Mulhim Syarah Sahih Muslim,jil 5,ms 59,edisi Dar al-Qalam}.


Zaid Ibn Arqam r.anhu telah meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah berkhutbah pada suatu hari di satu mata air (ghadir) yang bernama Khum yang terletak antara Makkah dan Madinah.Baginda Rasul SAW telah memuji Allah SWT,memberi peringatan dan nasihat dan kemudiannya Rasulullah SAW telah bersabda : " Wahai manusia,aku adalah manusia dan aku merasakan bahawa telah hampir waktu untuk datangnya utusan Tuhanku (malaikat maut untuk mencabut nyawa Baginda SAW).Aku tinggalkan pada kamu semua thaqalain (2 perkara yang besar).Yang pertama ialah Kitabullah.Di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya.Maka berpeganglah dengan Kitabullah." Selepas itu,Rasulullah SAW telah menyampaikan saranan secara tegas dan bersungguh-sungguh agar berpegang teguh dengan Kitabullah.Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda," Aku memperingat kalian terhadap ahli keluargaku.Aku memperingatkan kalian terhadap ahli keluargaku.Aku memperingatkan kalian terhadap ahli keluargaku."

Murid kepada Zaid Ibn Arqam r.anhu iaitu Hushain r.alaih telah bertanya tentang siapakah ahli bait Rasulullah SAW.Kata beliau, " Bukankah para isteri Rasulullah SAW adalah ahli bait Baginda?"

Maka Zaid Ibn Arqam telah menjawab, " Isteri Rasulullah SAW adalah ahli bait Baginda Rasulullah SAW.Dan yang dimaksudkan dengan ahli bait di sini ialah mereka-mereka yang diharamkan menerima sedekah iaitu ahli keluarga Ali,'Aqil,Ja'far dan Abbas r.anhum."{Hadith yang panjang ini telah diringkaskan dan terjemahan adalah berdasarkan makna,bukannya lafaz}.

Inilah hadith yang berkaitan dengan Ghadir Khum.Ia juga dikenali sebagai hadith thaqailain (Kitabullah dan Ahli Bait).

Dalam riwayat Imam Tirmizi (no 4046),Ahmad (no 19302) dan lain-lain,ada dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

من كنت مولاه فعلي مولاه
Barangsiapa yang aku adalah pemimpinnya,maka Ali adalah pemimpinya.


Dalam sesetengah riwayat ada diriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda :

اللهم وال من والاه وعاد من عاداه
Ya Allah,jadilah pemimpin bagi sesiapa yang mengangkat Ali sebagai pemimpin dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.

{penomboran hadith adalah berdasarkan edisi Syaikh Syuaib al-Arnauth dan rujukan-rujukan lain boleh ditemui dalam nota kaki tahqiq Syaikh Syuaib}

Para ulama' hadith telah berselisih pendapat tentang dua versi riwayat di atas.Sebahagian kecil para ulama' hadith menghukum hadith tersebut sebagai hasan atau sahih (boleh diterima pakai).Dan majoriti para ulama' hadith yang pakar dalam kecacatan hadith menghukumnya sebagai dhaif dan tidak boleh dipakai dan dijadikan hujjah apatah lagi jika ia melibatkan persoalan akidah dan syariat.


JIKA DUA RIWAYAT DI ATAS SAHIH,MAKA?

Ulama' Ahli Sunnah tidak akan sesekali kerugian apa-apa jika dua riwayat di atas dinilai sahih sekalipun.Ini kerana,Saidina Ali r.anhu memang diakui akan ketinggian kedudukan baginda dalam Islam sebagaimana para sahabat r.anhum yang lain juga mempunyai kelebihan dalam Islam.Para sahabat r.anhum mempunyai kelebihan yang pelbagai dan berbeza-beza.Ia adalah milik Allah SWT yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang disukaiNYA.

Antara sahabat r.anhum ada yang mendapat kedudukan yang tinggi kerana awal masuk Islam.Para Muhajirin (sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah) mendapat kemuliaan hijrah.Para Ansar (ahli Madinah) mendapat kemulian sebagai tuan rumah yang banyak membantu dan berkorban untuk Rasulullah SAW dan tetamu mereka.

Ada sahabat yang mendapat kemulian menyertai perang Badar,Bai'ah Ridhwan dan lain-lain lagi.

Mereka semua telah dipuji Allah SWT secara khusus dan umum dalam al-Quran.Para pembaca boleh membelek helaian tafsir Surah al-Taubah,al-Hadid dan al-Fath untuk mengetahui betapa Allah SWT telah memuji mereka dan telah mengiklankan keampunan untuk mereka semasa di atas dunia lagi-semasa hayat hidup mereka-sebagai bukti bahawa mereka adalah generasi yang sangat unik dan hebat.

Saya sengaja tidak membawa ayat-ayat tersebut.Tujuannya adalah agar para pembaca berusaha untuk mencari kebenaran.Semoga dengan susah payah para pembaca yang sedikit,maka Allah SWT menunjukkan kita jalan yang lurus.


TAFSIRAN SYIAH TERHADAP HADITH GHADIR KHUM

Syiah zaman berzaman adalah pendusta.Sehinggakan Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Hafizul Islam al-Zahabi r.alaihima menyatakan bahawa kami tidak pernah melihat satu golongan yang lebih dusta daripada syiah rafidhah!

Sebahagian besar ulama' mereka telah menyatakan dua versi riwayat yang diperselisihkan oleh para ulama' hadith di atas ada dalam Sahih Muslim.Sedangkan riwayat Sahih Muslim tidak mengandungi frasa tersebut.

Perkara yang menjadi kepelikan pada aku ialah,pendokong ahli bait yang konon nya mencintai ahli bait,mereka kerapkali mengemis riwayat kelebihan ahli bait dari sumber ahli sunnah seperti hadith Ghadir Khum,Hadith Thaqalain dan Hadith Kisa'.

Ah,miskin nya mereka!

Dah la mengemis hadith ahli Sunnah,kemudian diselewengkan hadith-hadith tersebut.

Lihat sahaja hadith Ghadir dalam Sahih Muslim.Ia juga dikenali sebagai hadith Thaqalain.Hadith itu diambil separuh sahaja.Isteri Rasulullah juga adalah ahli keluarga Rasulullah SAW.Namun Aisyah dan Hafsah r.anhum dikafirkan mereka.

Ahli keluarga Rasulullah SAW adalah ahli keluarga Ali,Abbas,'Aqil dan Ja'far.Namun mereka membenci Abbas dan anaknya Abdullah Ibn Abbas.

Hatta,keluarga 'Ali r.anhum sekalipun.Kenapa hanya keturunan Husain dan bukannya keturunan adik-beradiknya yang lain?

Syiah mentafsirkan hadith Ghadir Khum sebagai wasiat dan amanat Rasulullah SAW bahawa khalifah selepas Baginda ialah Imam Ma'sum Ali alaihis salam!

Secara mudahnya,mereka merayakan hari tersebut sebagai hari raya saidina Ali diisytiharkan sebagai Khalifah dan Imam selepas Rasulullah SAW!


APAKAH SIGNIFIKAN WASIAT TERSEBUT?

Secara tidak langsung,banyak perkara yang akan mengejutkan para pembaca jika diterima tafsiran Syiah terhadap hadith Ghadir Khum.

Apakah kejutan itu?

Kerana Syiah percaya bahawa hadith Ghadir telah disampaikan oleh Rasulullah SAW dalam bentuk khutbah di hadapan hampir seratus ribu lebih para sahabat r.anhum yang menunaikan haji bersama Baginda,maka kesannya ialah mereka telah menuduh seratus ribu lebih sahabat r.anhum telah MENGKHIANATI wasiat Rasulullah SAW dan MENZALIMI Ali r.anhu kerana menafikan hak baginda untuk memegang tampuk pimpinan!

Inilah kesannya.

Kerana itulah seluruh sahabat telah dikafirkan oleh Syiah kecuali beberapa orang sahaja.

Kerana itulah mereka beriktikad bahawa 3/4 al-Quran telah disembunyikan dan diubah suai oleh para sahabat demi untuk menutup hak-hak pemerintahan Saidina Ali dan kaum keluarganya.

Kerana itulah mereka menolak semua hadith ahli sunnah (kecuali yang berkepentingan bagi mereka) kerana pada mereka semua telah kafir kecuali beberapa orang sahaja.

Akidah asas mereka ialah : Sesiapa yang mengingkari khilafah Ali dan 12 Imam maka dia bukan Muslim.Mereka adalah kafir dan halal darah mereka dan halal harta benda mereka.{untuk rujukan lanjut boleh dibaca buku biografi Imam Ali oleh Syaikh Ali Syallabi.Dalam kitab tersebut,dibawa juga nukilan dari kitab-kitab Syiah dan balas balik oleh beliau terhadap penyelewengan akidah dan syariat mereka.}

Inilah kesan bagi hadith ghadir khum!

Ia bukan hanya hari raya kosong di sisi Syiah.Semuanya ada maksud dan kesannya.

Maka apa guna mengaku sunni jika hari raya ghadir diraikan?


ASBAB WURUD HADITH GHADIR

Untuk memahami sesuatu ayat al-Quran maka kita berhajat kepada ilmu asbab nuzul (ilmu yang membincangkan sebab turun ayat al-Quran).

Begitu juga untuk memahami sesebuah hadith,kita memerlukan ilmu asbab wurud (ilmu yang membincangkan sebab sesuatu ucapan diungkapkan oleh Rasulullah SAW).

Hadith Ghadir Khum yang bersumber dari riwayat Zaid Ibn Arqam adalah ringkas.

Dalam riwayat yang lain yang juga terdapat dalam kitab-kitab Syiah,dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah menghantar Ali ke Yaman untuk mengutip 1/5 harta rampasan perang yang pada masa itu,pasukan tentera Islam dipimpin oleh Khalid al-Walid.

Secara ringkasnya,telah berlaku perselisihan faham antara Ali dan beberapa orang sahabat r.anhum dalam beberapa isu seperti isu wanita tawanan perang (sabiyy) yang akhirnya telah menyebabkan ketegangan di kalangan mereka.

Semasa perjalanan pulang Rasulullah SAW dari Makkah,mereka telah bertemu di satu tempat yang bernama Ghadir Khum.Oleh kerana keadaan menjadi tegang,maka Rasulullah SAW telah berkhutbah di kalangan para sahabat dan menyatakan kelebihan Ali r.anhu.

Tiada perkara yang pelik dalam hadith tersebut.Namun kerana akal pengikut agama Syiah yang telah rosak,maka semuanya menjadi pelik dan bermasalah.

Jika difahami kenyataan Rasulullah SAW di atas secara sihat dan waras,maka sebenarnya tiada sebarang masalah akan timbul.

Ini kerana,Saidina Ali adalah utusan Rasulullah SAW ke Yaman.Maka mentaati baginda adalah wajib seperti mentaati Rasulullah SAW.Dan ini bukan pertama kali Rasulullah SAW memerintahkan agar ditaati wakil Baginda Rasul.Jika begitu,adakah setiap wakil yang dihantar baginda Rasul dan diwasiatkan agar ditaati perintahnya,maka mereka juga berhak menjadi Imam Ma'sum dan menjadi Khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW?


PERSOALAN BUAT SYIAH YANG MASIH MENGHARGAI AKAL FIKIRAN MEREKA

1. Jika Rasulullah SAW ingin mengisytiharkan Ali sebagai khalifah selepasnya,kenapa Rasulullah SAW menghantarnya ke Yaman?Kenapa tiadak di bawa ke Arafah semasa Baginda Rasul SAW berkhutbah di sana dan diumumkan di hadapan seratus ribu lebih jemaah haji?

2. Ghadir Khum terletak 200 km lebih dari Makkah.Hadith Ghadir Khum adalah semasa Rasulullah SAW dalam perjalanan pulang ke Madinah.Dan sudah pasti,ahli Madinah sahaja yang akan pulang ke Madinah bersama Rasulullah SAW.Ahli Makkah tetap di Makkah.Ahli Taif dan Yaman akan pulang ke kampung halaman masing-masing.Ahli Iraq akan pulang ke negara mereka.

Lupakah kalian pasal penetapan miqat makani untuk jemaah haji?
Jika urusan khilafah Ali tersangat penting,kenapa tidak Rasulullah SAW sampaikan kepada seluruh jemaah haji di Arafah,agar mereka dapat sampaikan kepada kaum mereka.Ini kerana urusan khilafah sangat besar dalam Islam dan supaya mereka tidak berselisih selepas itu.

3. Dari perkataan manakah dari hadith di atas dapat diambil hukum bahawa Ali akan menjadi khalifah dan maksum suci dari dosa?

Perkataan wali dan maula dalam bahasa Arab mengandungi lebih dari 10 makna dan maksud.Ia sebagaimana dinyatakan oleh Ibn al-Athir dalam Gharibul Hadith.

Perkataan wali dan maula digunakan secara meluas dalam al-Quran dengan pelbagai maksud.

Jika urusan khilafah Ali sangat penting,maka kenapa tidak dinyatakan menggunakan lafaz yang jelas dalam al-Quran?


CUKUPLAH BUAT YANG INGIN BERFIKIR
Rasanya tiada gunanya untuk menulis panjang-panjang.

Kerana,jika soalan tadi dijawab dengan versi jawapan Syiah,maka kita akan akan sampai kepada kesimpulan memeritkan.

Sahabat semua telah kafir kecuali beberapa orang sahaja.Merekalah yang telah mengubah al-Quran yang mengandungi lantikan Ali sebagai khalifah yang jelas.Merekalah yang telah mereka-reka hadith untuk Abu Bakar,Umar,Uthman,Muawiyah dan sahabat lain.

Bukankah tokoh Syiah Malaysia iaitu Dr Faisal Tehrani dengan secara beraninya menuduh agama ahli sunnah hari ini adalah agama rekaan istana dan sama sekali berbeza dengan agama asal Rasulullah?



(sila lihat minit 1:27-4:20)

Fikirkanlah..

Semoaga Allah memandu kita ke jalan yang benar!



2 comments:

Anonymous said...

Tuan, penulisan tuan mengandungi 'kesilapan maklumat' yang kritikal. Diharap tuan lebih mendalami subjek tersebut sebelum melakukan panulisan kritik.
May Allah guide us always closer to the truth.. ameen.

Lan said...

Kt mne kritikalnya. Syiah ke yg komen ni? Nama xde, kritikan tak spesifik, acah2 betul kritikan die. Penulis ni menulis kebenaran

Post a Comment