6:09 AM

ISLAM BUKAN PENYELESAIAN?


JANJI ALLAH

Dalam tempoh lapan hari sahaja lagi,insyaAllah,umat Islam seluruh dunia akan menempuh tahun baru 1432H.Lebih kurang 14 kurun,Rasulullah SAW telah meninggalkan umat Islam demi menyahut panggilan Ilahi.Selepas tiga bulan berkhutbah di padang 'Arafah di hadapan hampir seratus ribu lebih para sahabat r.anhum,Baginda Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan umat ini buat selama-lamanya.

Pada petang 'Arafah yang bertepatan dengan hari Jumaat itulah juga Allah SWT telah menurunkan ayat penyempurnaan agama iaitu ayat 3 surah al-Maidah.

Agama ini telah diiktiraf sempurna oleh Allah SWT.Yang penting,agama ini telah sempurna dari segala sudut dan segi.Itulah iktikad dan keimanan setiap individu Muslim walaupun di sana para ulama' tafsir berbeza pendapat tentang maksud ikmal al-deen (penyempurnaan agama) dalam ayat tersebut.Yang pasti,semua maksud itu tidak saling bertentangan bahkan ia saling melengkapi antara satu sama lain.

Firman Allah SWT dalam ayat ke-3 surah al-Maidah :

اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا

Pada hari ini aku telah sempurnakan buat kamu agama kamu,aku telah cukupkan ke atas kamu nikmatKu dan Aku telah redha Islam sebagai agama kamu.


Thariq Ibn Syihab telah meriwayatkan bahawa seorang lelaki yahudi telah berkata kepada Umar r.anhu," Jikalah kami-seluruh orang yahudi-mengetahui hari penurunan ayat ini (iaitu ayat 3 surah al-Maidah) nescaya kami akan jadikan hari tersebut sebagai hari raya." Maka Umar r.anhu telah berkata," Sesungguhnya aku mengetahui hari,masa dan di mana Rasulullah SAW berada ketika mana ayat ini diturunkan.Ayat ini telah diturunkan pada malam Jumaat dan kami berada bersama-sama Rasulullah SAW di 'Arafah."

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no 45,4407,4606 dan 7268),Imam Muslim (no 3017),Imam al-Tirmizi (no 3043),Imam al-Nasaie (no 3002) dan Imam Ahmad dalam al-Musnad.

Riwayat yang senada juga telah diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi bersumber dari hadith Abdullah Ibn Abbas r.anhuma (no 3044) bahawasanya ayat 3 surah al-Maidah ini telah diturunkan pada dua hari raya iaitu hari 'Arafah yang bertepatan dengan hari Jumaat.

Dan lelaki yahudi yang bertanya kepada Umar r.anhu adalah Ka'ab al-Ahbar yang telah memeluk Islam pada zaman pemerintahan Umar r.anhu.Detil perkara ini telah dinyatakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari semasa mensyarahkan hadith di atas.

{penomboran hadith adalah berdasarkan edisi Tahzib dan Taqrib Tafsir al-Tabari oleh Dr Salah Fath al-Khalidi,jil 3,ms 132,edisi Dar al-Qalam}

#Selingan.

Inilah pendapat majoriti para ulama' hadith dan tafsir berkaitan penurunan ayat ke-3 surah al-Maidah ini.Namun begitu,golongan Syiah Imamiah percaya bahawa ayat ini telah diturunkan di Ghadir Khum sekembalinya Rasulullah SAW dan para sahabat r.anhum dari menunaikan ibadah haji.Dan ayat penyempurnaan agama ini telah mereka tafsirkan dengan wahyu daripada Allah SWT tentang khilafah (kepimpinan Ali r.anhu) selepas wafatnya Rasulullah SAW! Dan saya masih menunggu,sumber riwayat tersebut dari kitab-kitab rujukan muktabar Syiah.Semoga penantian saya tidak sia-sia.


REALITI DUNIA ISLAM SELURUH DUNIA

Walaupun Islam telah diwariskan oleh Rasulullah SAW untuk umat ini secara sempurna,namun kita dapati sepanjang sejarah Islam,berlaku banyak peristiwa yang tidak boleh dipandang remeh dan enteng.

Umat Islam telah diuji dari pelbagai sudut dan aspek kehidupan samaada yang bersifat dunia ataupun akhirat.Semua peristiwa ini,seharusnya ditafsirkan tidak lebih dari batas ujian Allah SWT terhadap umat Islam untuk melihat sejauh mana taatnya mereka terhadap perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Saya rasa tidak perlu untuk saya senaraikan satu-satu ayat al-Quran dan al-Sunnah yang memerintahkan kita agar berpegang dengan tali Allah SWT dan RasulNya SAW dan agar kita menjadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagai hakil ketika mana kita berselisih dalam satu-satu perkara.Kebanyakan daripada kita mengetahui prinsipal ini sebagai seorang Muslim.

Pelbagai jenis ujian yang telah dicatatkan sejarah.Syaikh Uthman al-Khamis telah memaparkan dengan agak jelas peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku sejak wafatnya Rasulullah SAW sehinggalah peristiwa pembunuhan cucunda Baginda iaitu Husain r.anhu pada tahun 61 H.Ia diabadikan dalam kitab beliau yang bertajuk Hiqbah Min al-Tarikh.Semua peristiwa ini,menggambarkan ujian Allah SWT terhadap generasi sahabat dan selepas sahabat dalam meneruskan hidup di muka bumi ini sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

Sejurus wafatnya Rasulullah SAW,urusan pemerintahan telah menjadi satu topik utama dan ia juga telah dijadikan sebagai pintu Islam dan Kufur oleh sesetengah pihak.Ia berlarutan kepada pembunuhan Khalifah kedua Islam iaitu Umar r.anhu.diteruskan pula dengan syahidnya Khalifah ketiga iaitu Uthman Ibn Affan dan seterusnya Ali r.anhum.Ia tidak berakhir di sini.Peperangan Jamal dan Siffin juga telah menyaksikan gugurnya para sahabat r.anhum di dua belah pihak sedangkan mereka dulu dalam satu barisan saf solat dan perang di belakang Rasulullah SAW.

Pembunuhan Husain r.anhu di Karbala bukanlah episod akhir siri ujian ini.Pertelingkahan antara Bani Umayyah dan Abbasiyyah dan banyak lagi telah menyaksikan terlalu banyak darah yang tumpah.

Sejarah ini bukan untuk ditangisi semata-mata.Ia perlu dijadikan pengajaran dan diambil iktibar.

Kenapa ia berlaku?

Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai jawapan dan kita hanya mampu untuk menyatakan 'Maha Suci Allah SWT.Dia mentakdirkan dan melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.Dan semestinya,setiap perbuatanNya ada hikmah yang tersendiri walaupun kita tidak mengetahuinya.'

Apa yang pasti,segala pertumpahan darah itu,di belakangnya adalah tangan musuh yang hina dan keji.Mereka bekerja siang dan malam untuk mencarik-carik kesatuan umat Islam.

SAMPAI BILA LUKA INI HARUS BERDARAH?

Saat keperitan umat Islam kerana ada musuh yang cemburu dan dengki dengan kesatuan umat Islam tidak terhenti pada zaman Khalifah-Khalifah Rasulullah SAW sahaja.Umar r.anhu ditikam dari belakang oleh Abu Lu' Lu' al-Majusi sang keparat yang dinobatkan sebagai perwira oleh Syiah.Kekecohan pada zaman pemerintahan Uthman r.anhu sehingga membawa kepada konspirasi pembunuhannya.Semuanya perancangan musuh yang bertopengkan Islam.Ali r.anhu yang dibunuh oleh Syiah yang belot sehingga mendapat gelaran baru iaitu Khawarij (kumpulan yang berpaling tadah dari Ali r.anhu).Pengkhianatan Syiah Kufah yang telah menyebabkan pembunuhan Husain dan ahli keluarganya r.anhum di Karbala.Semuanya adalah siri pengkhianatan musuh Islam yang berpakaian dan bernamakan individu Muslim.

Jatuhnya Khilafah Turki Uthmaniah pada 1924 di Istanbul hampir sekurun yang lalu juga hasil campur tangan musuh yang keji.

Aku tak ingin memanjangkan penulisan sejarah ini.Semuanya telah ditulis secara detil oleh ramai penulis.

KENAPA SEMUA INI?

Hari ini,Republik Mesir akan menghadapi pilihanraya.Ah,hampir semua orang tahu siapa yang akan menang.

Ikhwanul Muslimin masih utuh memikul bebanan fardhu kifayah walaupun harganya adalah seksaan dan kemungkinan besar kehilangan nyawa.

Urusan kalah menang itu milik Allah.Hanya doa yang mampu diutuskan agar dipelihara semua individu yang berjuang untuk Islam.

Perkara yang sangat menyedihkan ialah,sebelum pilihanraya berlaku,terlalu banyak artikel yang ditulis oleh individu Muslim yang mempertikaikan moto Ikhwanul Muslimin.Moto yang seakan-akan moto PAS iaitu Islam adalah penyelesaian!

Namun,para musuh yang beragama Islam ini,tanpa segan silu menulis dalam akhbar-akhbar harian bahawa Islam bukan penyelesaian.Islam ialah halangan untuk kemajuan,demokrasi dan perpaduan antara agama dan bangsa!

Ah,macam popular sahaja ulasan dan kenyataan ini di Malaysia!

Apapun yang berlaku,kenyataan ini adalah kufur dan syirik yang jelas.

Kufur dengan ayat penyempurnaan agama dalam ayat ke-3 surah al-Maidah dan menyekutukan Allah SWT dalam bab tauhid perundangan Islam.

Dan kenyataan kufur dan syirik ini adalah terhadap kenyataan dan pegangan sedemikian.Dan ia bukannya pengkafiran terhadap peribadi individu Muslim itu sendiri.InsyaAllah,jika berkesempatan di lain kali,akan dibahaskan apakah perbezaan antara dua perkara ini.


NASIHAT BUAT PARA TEMAN



Jadikanlah dirimu sebagai benteng agama Allah..
Rezekimu adalah dari Allah..
Hidup matimu telah ditentukan..
Matilah dalam keadaan yang mulia di sisiNYA..

Salam juang Salam Mujahadah..
Jangan lupakan doa kalian untuk Islam dan umat Islam di mana jua..


1 comments:

Unknown said...

Judi

Post a Comment